Saya sempat mengutip beberapa nama tokoh besar yang telah menulis di akhbar menyuarakan penentangan mereka terhadap usaha untuk mengekalkan PPSMI. Di antara mereka adalah - Prof DiRaja Ungku Aziz, Prof Dr Abdullah Hasan (dari UPSI juga Presiden Persatuan Linguistik), Tan Sri Abdul Rahman Arshad (Bekas Ketua Pengarah Pelajaran), Prof Emeritus Dr Isahak Haron (pernah menjalankan penyelidikan mengenai PPSMI bersama penyelidik dari UPSI), Dr Kamaruddin Musa (dari fakulti Perniagaan dan ekonomi UPSI). Prof Madya Dr Ali Hasan (Jabatan Geologi UM dan Persatuan PIBG Kebangsaan).
Mengapa Kami Bantah (sumber - klik)
Di kalangan tokoh bahasa pula adalah Dr Hassan Ahmad (Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan), Datuk Baharudin Zain (Baha Zain - Presiden Pena), Abdul Ahmad (Ketua Satu Aksara - Angkatan Sasterawan Indera) dan Puan Ainon Mohd (Presiden Penerbit PTS). Saya percaya banyak lagi nama yang tidak tersenarai di sini yang pernah menyatakan bantahan mereka.
Sentimen yang sama boleh dibaca dalam banyak entri yang ditulis oleh para blogger . Di antara yang sempat dijengah ialah rausanfikir dan syeikhryz.
1 comment:
Tak sangka begitu ramai cendiakawan menentang. Persoalannya ialah semasa mula-mula perancangan hampir tiada suara-suara mereka memberi komentar yang bernas.Jika dibatalkan maka suatu kerugian atas semua usaha yang dilakukan.PPSMI ini bukan semuanya tidak baik.Buku-buku yg diterjemah dalam BI tidak banyak. Buku-buku ilmiah dalam BI beribu-ribu kali ganda banyaknya berbanding dengan dalam BM.Sekolah-sekolah elit seperti MRSM memang keberkesanannya terbukti. Apa kata dilaksanakan sekolah aliran Inggeris seperti suatu masa dulu. hasilnya generasi sebelum 70an mempunyai penguasaan tinggi dalam BI sehingga sekarang dan penguasaan ilmu mereka pun hebat-hebat belaka serta minda mereka lebih terbuka. Jika dibatalkan rugilah elaun 5%daripada gaji.Rupa-rupanya minda masyarakat kita masih belum bersedia dari segi ilmu, politik dan lain-lainnya.
Post a Comment