Saturday, 31 January 2009

Seminar Pecutan Kognitif MAS..Hj Hamzah Othman

Karya beliau mendapat pengiktrafan oleh Perdana Menteri, Menteri Pelajaran dan juga MB Terengganu sendiri
Bersama pelajar yang mendapat 20A1 dan 1A2



Tarikh : 31.1.2009 (Sabtu)
Masa : 8.15 pagi-4.30 petang
Venue: Dewan Kuliah 2

Fakta:

-Disampaikan oleh Tn Hj Hamzah b.Harun
-Dibantu oleh Tn Hj Norirwan
-Buku MAS (versi yg di'upgrade')
-Cd panduan (cetakan terbaru)
-Tn Hj Hamzah adalah pencipta,pengarang, penerbit dan pemudahcara Kaedah Pecutan Kognitif Sains yang tidak asing lagi dalam Sistem Pendidikan Negara seawal tahun 1994
-Ciptaan beliau memenangi pelbagai anugerah berprestij di peringkat kebangsaan dan negeri diantaranya Anugerah Inovasi Kebangsaan
-Menjadi guru pakar dan Guru Super Gred DG 54
-Salah seorang penggubal kertas peperiksaan Sains PMR
-Karya dan usaha beliau bersama Tn Hj Irwan berceramah dan mengadakan bengkel di seluruh negara berjaya membantu beribu-ribu pelajar memperolehi keputusan cemerlang dalam subjek Sains PMR melalui pendekatan yang pantas, mudah dan 'self access learning' . Isi kandungan modul sentiasa di'upgrade' berdasarkan kertas peperiksaan terkini.
-Rata-rata pelajar yang ditemui merasa gembira dan berpuas hati serta lebih yakin mencapai kejayaan memperolehi 'A' dalam sains.
-Usaha yang dilakukan ini sejak lebih sepuluh tahun yang lalu bukan berorientasi keuntungan dimana beliau tidak membuat sebarang tuntutan elaun yang beliau layak menerimanya dan penjualan buku berharga RM10 semata-mata menampung kos perkhidmatan.
-Buku MAS adalah percuma kepada anak-anak yatim
-Bercadang untuk bersara awal untuk menumpukan usaha menghasilkan banyak karya yang tertangguh yang menurutnya adalah sumbangan kepada pihak kerajaan yang berjasa selama ini.

Sunday, 25 January 2009

Ceramah Insuran Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat


Tarikh : 23.1.2009 (Jumaat)
Tempat : Dewan Kuliah Siti Hawa
Masa : 11.30pg-12.00 tengahari

Ceramah ini mengambil masa singkat sahaja tetapi disampaikan dengan ringkas dan menarik. Tujuan utama adalah untuk menjual polisi insuran MCIS Zurich usahasama sebuah agensi insuran berkaitan dengan kesatuan. Mungkin ini adalah satu cara kesatuan menambah tabungan disamping memberi perlindungan kepada ahli-ahli. Sebagai seorang guru yang banyak menggunakan 'tenaga' emosi dan fikiran (i.e. berkorban demi anak bangsa) risiko dihinggapi penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi (yang boleh membawa kegagalan buah pinggang), serangan jantung dan stroke adalah besar dalam tempoh perkhidmatannya. Oleh itu eloklah sekiranya seorang guru mendapat perlindungan sekurang-kurangnya satu polisi atau plan takaful. Jika tiba-tiba berlaku penyakit kritikal tersebut dan tak mampu bekerja, sekurang-kurangnya duit pampasan tersebut boleh membantu kos rawatan yang tinggi seperti dialisis dan sebagainya.'Saham ' diri seorang guru biasanya akan' menurun' selepas anda terlantar. Rakan-rakan baik sekalipun (apatah lagi anak murid) biasanya keberatan untuk menyumbang rm200 sebulan lebih-lebih lagi kos dialisis sahaja mungkin mencecah rm2400 sebulan. Wang pampasan tersebut juga mencukupi untuk menggaji pembantu rumah Indonesia untuk menjaga anda kerana adik-beradik atau keluarga sudah pasti tak mampu sentiasa bersama kerana terpaksa mencari rezeki.
Cuma sebelum membeli sebuah polisi insuran atau plan takaful hendaklah meneliti polisi kerana apa yang diiklankan dalam brochure tu bukanlah nilai yang terjamin.

Bengawan Solo..Cafe ala-Western 'open now'..

Begitulah nama cafe baru yang baru dibuka di Mersing. Cafe ini rekabentuk dalamannya menarik dan sesuai untuk semua golongan bersantai. Hidangan yang disajikan semuanya ala-western dan memang enak. Jika tak silap, chef cafe ini bernama Fuad yang terkenal dengan resipi western yang lazat dan pelbagai. Beliau pernah membuka gerai di tepi Hotel Sri Malaysia yang mendapat sambutan hangat dengan chicken chop, sos, mayonisse dan pelbagai sup yang enak. Gerai tersebut terpaksa ditutup kerana dikatakan pihak pengurusan Sri Malaysia tak membenarkan lagi berniaga di situ. Di cafe Bengawan Solo terdapat 3 jenis kerusi meja. Kerusi santai di bahagian luar, kerusi ala mini bar dan kerusi-meja famili di bahagian dalam.
LOKASI
Jika berkunjung ke Mersing, anda dan keluarga hanya perlu memandu ke Taman Wawasan dan cafe ini dalam deretan yang sama Klinik Insan.
Selamat Mencuba..



Thursday, 22 January 2009

Pesakit VIP vs Pesakit Marhaen

Sejak beberapa hari lalu banyak pula berita mengenai hospital tersiar di akhbar. Ada yang menyiarkan laporan mengenai tempoh menunggu yang lama untuk pesakit luar menerima rawatan. Di KT pula sempena kempen PRK beberapa program melibatkan kesihatan telah berjalan. Antaranya perasmian penubuhan fakulti perubatan di UDM dan pengumuman pembinaan unit kardiologi dengan biaya Rm10 juta. Itu satu langkah yang baik tetapi bila diumum ketika musim prk jadi isulah pulak. Apa sekali pun hampir Rm1 bilion telah ditabur waktu kempen tu. Baca kat sini dan sini.

Namun ada satu hal menarik tentang pesakit vip di hospital KT. Akhbar BH semalam menyiarkan satu surat pembaca memuji layanan yang diberikan oleh hospital KT. Menariknya surat tersebut ditulis oleh seorang Timbalan Menteri. Beliau menerima rawatan di hospital KT (mungkin di waktu sibuk berkempen) dan telah mendapat layanan baik dari pihak hospital. Dia pesakit vip memanglah okay!

Pada hari berikutnya satu lagi surat pembaca disiarkan oleh akhbar yang sama (BH) mengulas mengenai surat Timbalan Menteri berkenaan. Ironinya surat kedua ini dari rakyat marhaen dan menulis mengenai keluhan betapa berbezanya tahap layanan yang beliau terima waktu menerima rawatan di hospital yang sama. Beliau dan pesakit lain disergah dengan kasar ! Begitulah bezanya pesakit vip dengan pesakit marhaen. Macam mana pula kat Hospital Mersing? Apa lagi kalau pelajar maktab yang datang untuk rawatan!


Pemandangan dalam sebuah wad di Hospital Sultan Ismail JB

Wednesday, 21 January 2009

Keharmonian Bunyi Alam Semulajadi

Sabtu, 2008 Disember 06

By DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Ipoh, Perak,

Setiap objek bergetar dan membentuk satu sukatan bunyi yang tersendiri. Batu, pasir, kayu, daun, udara, air, wap air dan sebagainya masing-masing mengeluarkan frequensi bunyi yang halus dan tersendiri. Dalam sesuatu kawasan yang harmoni, adunan pelbagai objek akan mewujudkan keharmonian.

Kawasan yang kehilangan bunyi yang harmoni boleh musnah dan mudah terjadi risiko seperti tanah runtuh, banjir, gempa bumi dan sebagainya.

Keharmonian bunyi ini mewujudkan "muzik" alam yang semulajadi yang boleh menterapikan kesihatan tubuh.

Kawasan yang kotor, tercemar dan bersepah tidak akan mewujudkan muzik alam yang harmoni malah akan memudaratkan kesihatan. Kawasan yang bersih, lancar pergerakan udaranya dan tersusun kemas akan menenangkan minda seterusnya membantu meningkatkan kualiti kesihatan.

Terapi Muzik

Muzik semulajadi ini mempunyai ukuran masa dan dianggggap sebagai kekuatan yang dapat mencipta keselarasan komunikasi dalam fikiran serta tubuh manusia sehingga ia layak digelar sebagai muzik. Bunyinya yang harmonis dengan bahasa-bahasa indah disamping kombinasi ukuran getaran warna membawa kepada penyembuhan dan kedamaian kerana disitu akan timbulnya nada-nada kedamaian ayng sungguh menajubkan. Buktinya kedamaian itu terdapat di dalam diri kita sendiri dan kedamaian itu bukan dikecapi dari persekitaran.

Seni getarannya yang amat mempengaruhi tumbuhan, manusia serta batu karang ini menjadi penawar bagi segala jenis penyakit. Ia menjadi sumber kekuatan, harapan, pelengkap serta pengiring bagi kita untuk meneruskan kehidupan ini. Getaran muzik ini tidak akan pernah lupus malah akan terus dan terus kekal bergetar sebagai getaran elektomegnatik melalui frekunsi resonance alam semesta selama-lamanya dalam satu bentuk tenaga yang paling stabil. Keseimbangan interaksi dari semua frekunsi resonan yang masuk dan melewati tubuh kita membuat kita terus hidup dan menjalankan aktiviti selaras dengan frekunsi yang diterima disamping ia membentuk kepada pembentukan fungsi-fungsi sel tubuh badan.

Tubuh kita seumpama instrument muzik dalam kumpulan okestra yang sangat harmonis. Muzik tidak berbicara kepada fikiran namun kita seperti kata-kata yang akan memisahkan bicara muzik sehingga mampu menusuk ke setiap inti hati serta akar jiwa kita. Bahasa dan sebutan yang berirama seperti bernyanyi sangat menentukan erti kata-kata yang diungkapkan. Mejej-mesej dalam lagu yang disampaikan melalui muzik yang harmoni tidak dapat dinyatakan dengan kata-kata. Manakala mentera atau nyanyian yang diulang-ulang adalah salah satu bentuk ekspresi muzik yang paling tahan lama.

Aristotle yang pertama memperkenalkan formula warna-muzik mempercayai bahawa setiap objek mempunyai warna dan keaktifannya adalah mengikut darjah cahaya atau bayangan. Menurut beliau, gabungan putih dan rentak muzik yang sekata akan membentuk satu warna yang harmoni dan menarik. Teori warna muzik ini telah pun mnjadi popular di zaman Romantic sebagai pengharmoni universal yang mempunyai momemtum. Manakala menurut Newton, isyarat warna dihantar dalam bentuk gelombamg nadi melalui proses yang sama. Merurut kenyataan beliau, bunyi yang harmoni mampu menguasai persepsi muzik dan warna.

Muzik dan suara mempunyai pengaruh yang besar atas deria spiritual. Warna yang melahirkan bunyi menjadi muzik yang dapat menciptakan keteraturan dan kelancaran yang ideal selaras dengan kesatuan. Ternyata warna harian dapat mengandakan kekuatan bunyi berkali-kali ganda. Jika kita menginginkan kesihatan baik secara fizikal mahupun spiritual kita harus berhati-hati mempertimbangkan dengan tepat jenis muzik yang boleh masuk ke dalam diri kita dan SEBAIK-BAIKNYA ADALAH DENGAN CARA YANG BERMULA DENGAN TERAPI GETARAN WARNA dan biarlah tubuh kita yang menerbitkan bunyinya sendiri bagi menyelaraskan sisten tubuh kita.

Terdapat teori menyatakan bumi tidak mampu didengar pada ruang kosong atau ruang tanpa udara. Akan tetapi yeori tersebut sama sekali tidak benar.Bunyi terbit dari angin yang muncul dari alam semesta dan bentuk gelombang radio yang dapat dikesan dari aliran elektrik atau partikel planet seperti bulan dan bintang yang mengelilingi bumi yang membentuk kepada banyak penciptaan kejadian makhluk hidup. Di angkasa terdapat banyak bunyi aneh yang akrab dapat dirakam dan ini akan dinamakan suara angkasa yang luar biasa.

Perlu diterima bahawa bunyi yang mencipta alin semesta serta satu tiupan penciptaan adalah ciptaan maha kebesaran maha pencipta. Memuji pencipta dengan suara yang menyatakan seluruh warna-warna ditukarkan menjadi bunyi kesyukuran dengan nada-nada muzik yang murni akan memberi gelombang tenaga di dalam tubuh badan. Di dunia yang telah tercipta ini maka lagulah satu muzik yang terkandung suara didalamnya melalui nada sebutan pada huruf serta kata-kata bahasanya. Terdapat banyak simbolik cara memuji tuhan seperti membunyikan trompet, gendang atau nyanyian yang diulang-ulang. Salah satu adalah perutusan bunyi trompet para malaikat akan memberi tanda peringatan bahawa kiamat akan terjadi.

Muzik merupakan bentuk rawatan yang lahir dari karya seni warna dan bunyi untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Penyembuhan dan regenerasi melalui warna dan muzik menjadi penawar bagi kebanyakan penyakit dalam mengurangi tekanan (stress) dimana muzik merupakan inspirasi dalam manguatkan emosi diri. Muzik yang gembira, pernyataan-pernyataan serta visualisasi yang tergabung dari sebuah pendekatan holistik digunakan dalam mengurangi kesedihan serta kemurungan. Hubungan diantara muzik dan warna dapat mencetuskan resppon fizikal dan mangembalikan daya pemikiran yang positif dan semulajadi. Muzik juga memainkan peranan sebagai vitamin bagi mengaktifkan zat-zat makanan yang ditukar menjadi gema yang akan membentuk kepada kesegaran diri.

Muzik dan Warna

Bermula April hingga Oktober 1995 di Museum of Modern Art at Heide, Domenic De Clario memperlihatkan tujuh peristiwa dibawah perkara Sevenness: Sublunar. Warna yang terpancar daripada bulan penuh serta muzik yang beliau mainkan akan berubah setiap malam. Muzik key C akan digunakan pada malam yang pertama, D pada malam kedua, F malam ketiga, dan seterusnya sehingga malam yang ketujuh dimana ia berakhir dengan huruf B. Manakala warna yang terhasil daripada cahaya melalui susunan spectral akan membentuk warna merah, orange, kuning, hijau, biru dan violet akan berakhir dengan putih. Kod muzik dan warna akan terhasil apabila BUNYI DAN CAHAYA ADALAH SERASI dan ini bermula daripada frekunsi rendah (gelombang yang panjang) sehingga ke frekunsi tinggi (gelombang pendek). Kombinasi daripada getaran ini akan memberi kesan portal terhadap 7 titik spesifik (chakras) tubuh badan manusia.

Di Australia, kod warna ringkas digunakan, dan ia berpandukan pada warna pelang (merah, orange, kuning, hijau, biru,indigo violet /ROYGBIV). Nomenklatur ini ditemui oleh Sir Isaac Newton pada abad ke 18 dimana beliau ingin menjelaskan mengenai pembiasan cahaya yang dipantulkan melalui spektrum. Pemecahan cahaya yang membawa kepada tujuh bahagian membentuk tujuh not pada sekala muzik dan terbentuk ROYGBIV.

Putih melambangkan warna untuk semua dan putih juga adalah warna permulaan dan terakhir dalam kod warna. Penyembuhan dan regenerasi melalui warna dan muzik ini menjadi panduan dalam sistem De Clario. Putih menyerap pengaliran warna spectral bila muzik dimainkan lebih dari satu oktaf. Not B berada pada warna putih , not A berada pada violet, not G pada warna biru, not F berada pada warna hijau, not E berada pada warna kuning, not D berada pada warna orange manakala not C berada pada warna merah. Kombinasi semua warna mewujudkan warna hitam dan warnanya amat misteri sebagai rahsia penciptaan atau kemusnahan. Key C major merupakan not yang biasa digunakan berbanding not B yang jarang digunakan. Not B yang jarang digunakan ini dikenali sebagai not spiritual dan paradoks (kenyataan yang kelihatan bercanggah tetapi mempunyai kebenaran).

Aristotle merupakan yang pertama memperkenalkan formula warna-muzik. Beliau percaya setiap objek mempunyai warna dan keaktifannya adalah mengikut darjah cahaya atau bayangan. Menurut beliau, gabungan putih dan rentak muzik yang sekata akan membentuk satu warna yang harmoni dan menarik. Selepas membandingkan sekala not, hitam dikelaskan sebagai simbol not kekunci muzik manakala putih adalah oktaf atas. Penggunaan hitam dan putih sebagai pengukuran standard dapat memberi sekala ton dari warna kuning (cerah&lembut) sehingga warna yang lebih gelap.

Pada kurun ke-18, Newton memperkenalkan warna muzik dengan ini menjadi popular di zaman Romantik sebagai pengharmoni universal yang mempunyai momentum.

Orang Greek lebih memahami mengenai warna dengan mempelajari teknik lukisan. Pelukis kontemporari memahami perkembangan warna pelangi dan didapati terdapat gabungan pigmen-pigmen tertentu. Selain itu juga, mereka berpendapat teori dan simbol ini adalah dari zaman lewat klasik, ilmu yang medival, astrologi, ahli kimia, perubatan dan ilmu sihir.

Aristotle mengkategorikan teori pelangi sebagai sains optik yang merupakan salah satu sub kategori geometri. Manakala Newton menyatakan sensasi warna dihantar dalam bentuk gelombang nadi melalui saraf optik ke otak. Pada masa yang sama, saraf auditori juga melalui proses yang sama. Menurut kenyataan beliau, bunyi yang harmoni mampu menguasai persepsi muzik dan warna.

Pada tahun 1704, ‘Opticks’ memperkenalkan spectrum visual yang berpadanan dengan bunyi dan warna pelangi melalui oktaf muzik yang harmoni. Lima warna yang ringkas seperti merah, kuning, hijau, biru dan violet digunakan sebagai satu ton muzik manakala oren dan imdigo menduduki kedudukan semiton.

Pada kurun ke-19, kesean psikologi warna ditemui. Chromotherapy adalah yang pertama ditemui dalam eksperimen psylogy. Ia merupakan satu kaedah merawat pesakit dengan menggunakan warna terutamanya pesakit lunatic asylimps (pesakit mental).

Jimi Hendrix, 1970 (pemain gitar virtuosa) menyatakan bahawa hubungan diantara muzik dan warna dapat mencetuskan respon fizikal dan mengembalikan daya pemikiran yang positif dan semulajadi.

Terapi soft-care yang berasaskan warna dan muzik digunakan dalam rawtan psychiatric dan ia berupaya mengawal tekanan (stress) dan schizopherina.

Tujuh warna (ROYGBIV) digunakan bagi memenuhi tujuh selingan not (8 not). Pengukuran muzik dimanfatkan dalam warna prisma di mana ia menyerupai teknik thin plate disamping penggunaan peralatan matematik dalam pengukuran muzikal.

Sunday, 18 January 2009

Kelab Khidmat Masyarakat MRSM Mersing..jutaan terima kasih

Menyejukkan hati..

Begitulah apabila mendapati meja, fail dan buku-buku telah dikemas oleh ahli-ahli Kelab Khidmat Masyarakat MRSM Mersing. Mula-mula di tawarkan perkhidmatan kelab oleh penasihat kelab tersebut iaitu Cikgu Nor Juhaida & Puteri terasa begitu bersalah seolah-olah 'menganiayai' mereka. Oleh itulah tengahari semalam saya hanya berpesan agar mengemaskan fail-fail PEKA di lantai sahaja. Tetapi lain jadinya.Anak-anak ini memang suka benar berkhidmat kepada guru-guru mereka. Semoga sifat suka membantu dan membuat kerja amal ini dapat diteruskan apabila memasuki alam pekerjaan dan dewasa nanti. Terima kasih kepada anda semua.




Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya

Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya
Disiarkan pada Jan 18, 2009 dalam kategori Tamadun

By Dr Maza

Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.

Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

Thursday, 15 January 2009

Tragedi pemikiran Melayu

Tragedi pemikiran Melayu

Oleh: PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ

KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan
mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.

Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.

Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.

Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.

Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka
akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.

Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.

Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.

Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di
sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.

Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.

Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.

Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.

Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita.

Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka?

Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an,
walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.

Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak
kahwin?

Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.

Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapatanak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.

Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.

Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universi ti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.

Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.

Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.

Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang
seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.

Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya
orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang
Melayu.

Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.

Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan.

Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.

Tetapi itulah minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang
Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

Monday, 12 January 2009

MUSLIMS IN THE AMERICAS BEFORE COLUMBUS
by
Dr. Youssef Mroueh

Introduction
Numerous evidence suggests that Muslims from Spain and West Africa arrived in the Americas at least five centuries before Co1umbus.It is recorded, for example that in the mid-tenth century during therule of the Umayed Caliph Abdul-Rahman III (929-961), Muslims of African origin sailed west ward from the Spanish port of Delba (Palos)into the ocean of darkness an fog.?They returned after a long absence with much booty from a strange and curious land.?It is evident that people of Muslim origin are known to have accompanied Columbus and subsequent Spanish explorers to the New World.
The last Muslim stronghold in Spain, Granada, fell to the Christians in 1492 CE, just before the Spanish inquisition was launched. To escape persecution, many non-Christians fled or embraced Catholicism. At least two documents imply the presence of Muslims in Spanish America before 1550 CE. Despite the fact that adecree issued in 1539 CE, by Charles V, King of Spain, forbade the grandsons of Muslims who had been burned at the stake to migrate to the West Indies. This decree was ratified in 1543 CE, and an order for the expulsion of all Muslims from overseas Spanish territories was subsequently published. Many references on the Muslim arrival in the Americas are available. They are summarized in the following notes:

Historic Documents
l. A Muslim historian and geographer Abul-Hassan Ali Ibn Al-Hussain Al-Masudi(871 - 957 CE) wrote in his book Buruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar?The Meadows of Gold and Quarries of Jewels) that during the rule of the Muslim Caliph of Spain Abdullah Ibn Muhammad (888 - 912 CE), a Muslim navigator Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad of Cordoba,Spain sailed from Delba (Palos) in 889 CE, crossed the Atlantic,reached an unknown territory (Ard Majhoola) and returned with fabulous treasures. In Al-Masudi's map of the world there is a large area in theocean of darkness and fog (the Atlantic ocean) which he referred to as the unknown territory (the Americas).
2. A Muslim historian Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya narrated that during the reign of the Muslim Caliph of Spain, Hisham II (976 -1009 CE), another Muslim navigator Ibn Farrukh of Granada sailed from Kadesh (February 999 CE) into the Atlantic, landed in Gando (Great Canary Islands) visiting King Guanariga, and continued westward where he saw and named two islands, Capraria and Pluitana. He arrived back in Spain in May 999 CE.
3. Columbus sailed from Palos (Delba), Spain. He was bound for Gomera (Canary Islands) - Gomera is an Arabic wordmeaning small firebrand?- there he fell in love with Beatriz Bobadilla, daughter of the first captain General of the island (the family name Bobadilla is derived from the Arab Islamic name Abouabdilla). Nevertheless, the Bobadilla clan was not easy to ignore.Another Bobadilla (Francisco), later as the royal commissioner,put Columbus in chains and transferred him from Santo Domingo back to Spain (November 1500 CE). The Bobadilla family was related to Abbadid dynasty of Seville (1031 -1091 CE).
On October 12, 1492 CE, Columbus landed on a little island in the Bahamas that was called Guanahani by the natives. Renamed San Salvador by Columbus, Guanahani is derived from Mandinka and modified Arabic words. Guana (Ikhwana) means brothers?and Hani is an Arabic name. Therefore the original name of the island was Hani Brothers.?[Click here for corrupted names of Arabic origin, such as those starting with Guad-, al-, Medina and others.]
Ferdinand Columbus, the son of Christopher, wrote about the blacks seen by his father in Honduras: the people who live farther east of Pointe Cavinas, as far as CapeGracios a Dios, are almost black in color.?At the same time in this very same region, lived a tribe of Muslim natives known as Almamy.In Mandinka and Arabic languages Almamy was the designation of Al-Imam?or Al-Imamu,?the person who leads the Prayer, or in some cases, the chief of the community, and/or a member of the Imami Muslim community.
4. A renowned American historian and linguist Leo Weiner of Harvard University, in his book Africa and The Discovery of America (1920)wrote that Columbus was well aware of the Mandinka presence in the NewWorld and that the West African Muslims had spread throughout the Caribbean, Central, South and North American territories, including Canada, where they were trading and inter marrying with the Iroquois and Algonquin Indians....

Tuesday, 6 January 2009

Serangan Gaza dan Mama Mia


Serangan regim Zionis Israel ke atas wilayah Palestine Gaza adalah suatu berita yang memenuhi media pada ketika ini. Amat sedih melihat penderitaan rakyat Palestin yang terus berdepan dengan serangan ganas sejak hampir sebulan. Para ustaz yang menyampaikan kuliah di surau dan masjid mungkin ada mengingatkan kita supaya berbuat apa yang kita mampu waima berdoa dan bersolat hajat sebagai sokongan kepada Palestin.
Pada hari Jumaat lepas sebaik solat Jumaat satu demonstrasi kecil telah di adakan di luar Masjid utm membantah serangan ganas Israel. Kalau lihat foto di bawah mungkin tidak ramai mana yang menyertai demo tersebut. Sebenarnya pihak masjid telah membuat pengumuman bahawa 'tiada' sebarang demonstrasi akan diadakan (atau boleh di fahami sebagai demonstrasi tidak dibenarkan). Pengumuman tersebut pastinya dengan arahan pihak pengurusan. Makanya ramai yang menjauhi tempat tersebut kerana 'berisiko'. Begitulah suasana negara kita di mana-mana pun. Untuk menyatakan sokongan dalam isu besar seperti Gaza itu pun tidak dibenarkan ! Apatah lagi isu-isu dalam negara kita sendiri.


Demo Gaza di Masjid utm


Namun ada satu berita disiarkan dalam akhbar The Star yang menarik untuk kita renungi. Beritanya adalah mengenai pemimpin besar kita yang sempat menghadiri konsert Mama Mia di ibu negara. Beliau masih berkesempatan datang ke konsert tersebut walau pun suasana di Gaza masih jelas dalam ingatan semua. Lebih molek rasanya kalau di batalkan saja program seperti itu atau di wakil kepada orang lain untuk hadir ke situ. Begitulah Hadharinya kita agaknya...

Perhatikan siapa yang berhibur dengan Mama Mia!


Baca akhbar The Star Ahad 4 Jan. Akhbar berbahasa Melayu tidak pulak menyiarkan berita berkenaan.

Friday, 2 January 2009

Skim Pinjaman Buku Teks MRSM

Berita baik untuk semua. Skim pinjaman buku teks buat kali pertamanya akan dilancarkan bermula sesi 2009. Semua pelajar akan diberikan sejumlah buku teks yang mencakupi semua subjek. Ini merupakan satu hadiah tahun baru kepada semua ibu bapa yang kebanyakannya berpendapatan rendah dan sederhana. Masalah perbelanjaan tahunan yang besar untuk setiap pelajar MRSM merupakan antara isu utama yang sering menjadi rungutan ibu bapa. Kebanyakan guru menyedari hal ini dan pelancaran skim ini sudah lama ditunggu-tunggu oleh kerana ini bermakna pelajar lebih berkemampuan membeli lebih banyak buku latihan tambahan. Ini bukan bermakna guru kurang menyediakan set latihan kepada pelajar tetapi apalah kemampuan dengan 2 mesin riso dan seorang staf yang ditugaskan. Apabila setiap kali ujian atau peperiksaan, terlalu banyak bahan perlu dicetak walaupun petugas terpaksa bekerja lebih masa.

Satu jawatan kuasa buku teks yang terdiri dari staf dan guru telah ditubuhkan. Guru media iaitu Cikgu Rinawati telah 'berkursus' dengan guru SPBT SMK Mersing yang telah menerima anugerah Sekolah SPBT terbaik Johor.


Cuma untuk permulaan, AJK terpaksa bekerja keras mengecop, menyusun, menulis nombor rujukan buku-buku yang berjumlah hampir 10,000 buah. Setiap pelajar akan menerima satu set buku teks yang telah siap diikat dan diberi nombor rujukan. Edaran akan dibuat melalui homeroom dengan kerjasama penasihat.

Pesanan kepada pelajar: "peliharalah buku tersebut baik-baik sebagaimana kemuliaan ilmu itu sendiri".

Cikgu Ghazali sempat menjenguk petugas di stor KH untuk mengucapkan selamat tinggal sebelum ke MRSM Betong, Sarawak

p/s : Kredit harus diberikan kepada petugas-petugas/AJK yang membanting tulang menyiapkan susunan buku-buku tersebut. Sakit seluruh badan ooii..Lebih-lebih lagi penulis yang telah berumur 40an, AJK tertua.(bukan nak mengadu tapi nak bermanja)

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing

Blog Pilihan