Namun ada satu hal menarik tentang pesakit vip di hospital KT. Akhbar BH semalam menyiarkan satu surat pembaca memuji layanan yang diberikan oleh hospital KT. Menariknya surat tersebut ditulis oleh seorang Timbalan Menteri. Beliau menerima rawatan di hospital KT (mungkin di waktu sibuk berkempen) dan telah mendapat layanan baik dari pihak hospital. Dia pesakit vip memanglah okay!
Pada hari berikutnya satu lagi surat pembaca disiarkan oleh akhbar yang sama (BH) mengulas mengenai surat Timbalan Menteri berkenaan. Ironinya surat kedua ini dari rakyat marhaen dan menulis mengenai keluhan betapa berbezanya tahap layanan yang beliau terima waktu menerima rawatan di hospital yang sama. Beliau dan pesakit lain disergah dengan kasar ! Begitulah bezanya pesakit vip dengan pesakit marhaen. Macam mana pula kat Hospital Mersing? Apa lagi kalau pelajar maktab yang datang untuk rawatan!
Pemandangan dalam sebuah wad di Hospital Sultan Ismail JB
1 comment:
Saya pernah mendapatkan rawatan pesakit luar di HKT semasa bekerja di MRSMKT dalam tahun 1996. Pada masa tu dikatakan HKT merupakan hospital paling lengkap di Pantai Timur (hospital rujukan) kerana ramainya pakar pelbagai bidang di sana. Saya sampai jam 8.15 pg. Beratur mengambil kad dan hanya dapat rawatan dalam jam 3.15 petang. Doktor bertanya sepatah perakataan sahaja dan apabila saya cuba menerangkan lebih lanjut beliau berkata yang beliau tiada masa mendengarnya.Saya hanya diberi panadol sahaja.
Pengalaman di Hospital Temerluh yang baru, besar dan canggih berlainan pula. Berlaku dalam tahun 2006. Kereta yang dipandu oleh ibu mertua bersama isteri (yg mengandung 7 bulan) dengan 2 orang anak dirempuh oleh kereta lain.Isteri saya pengsan dan anak saya luka-luka seluruh badan dan kepala bengkak besar akibat hentakan yang kuat. Apbila sampai di emergency hanya teradat seorang pesakit yang sedang tidur. Isteri saya dan anak2 tak mendapat apa2 rawatan lebih sejam.Doktor2 hanya sibuk membuat laporan.Sehingga lebih 3 jam luka2 anak saya masih tak dibersihkan walaupun hampir 20 kali saya meminta mereka melakukannya. Hinggalah sebelum diminta pulang barulah dicuci ala kadar. Tiada scan atau doktor bertanya bahagian yang menerima rempuhan kuat.5 hari kemudian saya membawa anak ke Kuantan Medical Centre untuk dianogsis dan scan bahagian rahang dan kepala yang masih sakit.Perkara sebegini kerap berlaku menurut kata penduduk di sini. Pengalaman di Hospital Mersing lebih dahsyat. Kebanyakan kita mengamalkan konsep 'Aiman tak kisah'.Apabila sendiri mengalami barulah bising-bising tak puas hati.
Di mana-mana begitulah standard rawatan yang diperolehi. Manusia Melayu walau apa jawatan sekalipun kebanyakannya mempunyai minda kelas ke-3.Belum cerita tentang rasuah, komisyen atau mark-up harga yang berlaku dari jawatan bawah hingga ke atas. Jangan hairan umat Islam dibelasah oleh Yahudi atau bangsa lain kerana sifat2 Yahudi pun banyak pada kita. Wallahu'alam.
Post a Comment