Pada minggu ini ada dua aktiviti yang rata-ratanya berlangsung di banyak sekolah. Pertamanya menyambut Hari Guru dan yang kedua musim peperiksaan pertengahan tahun. Di negara kita Hari Guru secara rasminya disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi menzahirkan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga guru atas usaha berterusan mereka mendidik dan menyampai ilmu kepada anak murid.
Sempena suasana Hari Guru tahun ini elok juga kita mengimbau bagaimana sambutan hari tersebut di arena global. Hari Guru sebenarnya turut disambut di merata tempat. Tarikh rasmi sambutan tersebut berbeza mengikut kesesuaian masing-masing negara. Negara Mexico menyambutnya pada tarikh hampir serupa dengan kita iaitu pada 15 Mei. Lebih hebat lagi Mexico menyambutnya dengan setem pos khas pada setiap tahun.
Mexico - setem Hari Guru 2007 (kiri) dan 2008 (kanan)
- - - - -
Di peringkat dunia PBB mengiktiraf tarikh 5 Oktober setiap tahun sebagai World Teachers Day. Oleh itu negara seperti Canada contohnya menyambut Hari Guru pada bulan Oktober sesuai dengan saranan PBB.
Canada - setem Hari Guru 2002
- - - - -
Selain Canada, Algeria dan Brazil turut menyambut Hari Guru pada bulan Oktober. Algeria menyambutnya pada 5 Oktober sementara Brazil pada 15 Oktober. Negara-negara tersebut turut melancarkan setem khas apabila menyambut Teachers Day.
Algeria - setem Teachers Day (2006)
- - - - -
Brazil - setem Teachers Day (2005)
- - - -
Negara lain yang dikenal pasti pernah menyambut Hari Guru bersekali dengan menerbit setem khas adalah Syria (bulan Mac), Cyprus (bulan September) dan Indonesia (bulan November).
Syria - setem Hari Guru 2004 (kiri) dan 2003 (kanan)
- - - - -
Cyprus - Hari Guru 2002
- - - - -
Indonesia - Hari Guru (2004)
- - - - -
4 comments:
Selamat Hari Guru Qilla. Semoga Allah merahmati usaha dan bakti yg tuan taburkan dalam mendidik generasi masa depan.
Sambutan kat maktab dah selesai ke? Bulan Mei penuh dengan sambutan yang berbagai. Ada Hari Buruh, Hari Ibu, Hari Telekomunikasi, Hari Belia, World Migratory Birds, Hari Kebebasan Akhbar, World Bilogical Diversity Day,UN Int Day of Peacekeeper dan tidak ketinggalan Hari Jangan Meroko (No-Tobacco Day) pada 31 Mei nanti.
Sambutan kat maktab mgkn lps exam kot. Tak sangka banyak betul mr qilla senaraikan hari-hari sambutan tsbt.Masyarakat kita mungkin kurang prihatin kerana masing2 sibuk ngan kerja dan survival. Orang kita memang kurang penghayatan. Kalau sampai ke sebuah pulau pelancongan, orang kita akan tempah teksi dan round selama 1 jam je selesai satu pulau. Kalau pelancong Barat boleh berhari2 baru selesai. Dalam kamus orang kita mungkin hanya wujud istilah tidur- kerja-surau-makan-tv-suratkhabar-sembang politik ringan2-shopping-pi haji-balik kg-Mati masuk syurga
selamat hari guru buat semua cikgu cikgi mrsm mersing
Post a Comment