Parti Komunis Malaya melalui laman blognya http://www.matamin.blogspot.com/sekarang cuba menghasut pemikiran anak-anak muda generasi baru agar menerima perjuangan komunis atas nama perjuangan suci lagi adil. Memang benar pada peringkat awal PKM menentang penjajahan British.Namun begitu apa yg berlaku kepada umat Islam di negara2 komunis spt Soviet Union & China? Jutaan umat Islam dilarang mengamalkan Islam,ratusan ribu dibunuh, ratusan ribu dihantar ke kem tahanan Siberia, ribuan ulama' dibunuh, ratusan ribu wanita Melayu dipaksa berkahwin dgn bangsa lain yg komunis,anak-anak didoktrin sejak kecil, bacaan disekat, tiada kebebasan bersuara langsung. Tempoh 14 hari slps kekalahan Jepun di mana puluhan ribuan orang Melayu dibunuh kerana dendam & tidak mahu masuk ke hutan, ribuan penduduk termasuk wanita & kanak2 dibakar hidup2 dlm masjid. Di China, tentera Mao mengebom melalui udara jutaan pelarian nasionalis yg cuba lari dari peperangan. Janganlah berselindung..komunis ingin menubuhkan republik. Kuasa raja-raja, hak Melayu & hak umat Islam akan musnah. Jangan marahkan nyamuk (parti pemerintah) kelambu dibakar !!
Lihat sahaja perlawanan bola sepak antara Iran dan Korea Utara pada pra-piala dunia di Pyongyang ,ibu negara Korea Utara yang mengamal pemerintahan komunis dan sosialis. Semua penonton yang berjumlah hampir 50,000 berpakaian bush jacket berlengan panjang dengan 4 poket. Semuanya warna hijau dan kelabu yang kusam. Penonton kelihatan berdiri tertib dan bertepuk tangan dengan kaedah yang tertentu. Mereka kelihatan takut-takut dan kelihatan 'kurang kebebasan'. Semua kilang, perniagaan dan ladang milik kerajaan . Rakyat hanya bekerja dengan kerajaan. Tiada yang kelihatan kaya (sebenarnya anggota politburo komunis kaya-raya) dan tiada kebebasan bersuara, tv, radio, internet dan bahan bacaan disekat kecuali buku-buku doktrin komunis dan terbitan negara. Kenderaan begitu buruk dan rakyat sukar menikmati pakaian yang berjenama & berfesyen dan juga makanan pelbagai pilihan.
Kini PKM melalui Kg Perdamaian Sukhrin cuba mengelirukan rakyat Malaysia dengan alasan buku sejarah yang diputar-belit, keadilan sejagat dan nilai-nilai kemanusiaan. Ramai juga penyokong-penyokong muda yang kebanyakannya pro-pembangkang terpengaruh dan memberi sokongan kepada mereka dengan memuatkan artikel perjuangan komunis dalam laman blog atau forum maya.
Dalam Islam, ideologi komunis adalah sesat & amat merbahaya. Ada pilihan lain iaitu Islam yang lebih sempurna. Malah amalan demokrasi jauh lebih baik dari komunis.
Banyak kisah kekejaman komunis. Jika kita bertemuan dengan golongan emas yang pernah hidup pada zaman komunis bermaharaja-lela pasti perasaan benci kepada komunis akan sangat dirasai.
Antara kisahnya..'Ayah saya diseksa sebelum disembelih'
BANGI 27 Mei - "Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.
"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."
Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.
Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.
Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.
"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.
"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.
"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.
"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.
Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.
Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.
"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam
Utusan Melayu dan
Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu.
No comments:
Post a Comment