Luhak singkarak & Solok(lembah)Dari Gunung Merapi menurun perlahan-lahan ke bawah, sejajar dengan Tanah Datar yang terpisah oleh pegunungan rendah, terletaklembah Singkarak-Solok. Pada dasar lembah ini terdapat Danau Singkarak, berbentuk bulat telur, panjangnya kira-kira 12.5 mil dengan lebar maximum 5 mil, yang mengalirkan airnya kesisi timur melalui sungai yang akhirnya menyatu dengan salah satu sungai terbesar di pantai Timur Sumatera. Dilembah ini juga terdapat gunung berapi, karena pada sebelah barat laut berbatasan dengan Gunung Talang yang menjulang 4.500 kaki di atas permukaan laut.
PENEMUAN KAMPUNG MENGKARAK. ( Sekitar 1620 an )
Kampung Mengkarak pada sejarah awal sebelum penempatan moden merupakan sebuah kawasan hutan yang disaliri oleh Sungai Pahang. Sebagaimana kedudukan kampung kampung lain ditepi sungai pahang, Kampung Mengkarak tidak dapat tidak didiami oleh kumpulan Melayu Asli dari keturunan Semelai dan Melayu Proto. Namun tiada bukti kukuh mengenai kaum asli yang menetap di Kg Mengkarak sebelum tahun 1600, ( penulis pernah menjumpai lokasi tanah perkuburan pra sejarah dengan himpunan tengkorak manusia dan tulang tulang manusia- lokasi Projek Mengkarak Warefront dan lain lain andaian - elok kalau ada anak kg mengkarak membuat kajian terperinci persejarahan awal kampung bertuan ini !! ).
Sungai Mengkarak dengan muaranya yang bertemu dengan Sg Pahang betul betul terletak di tanjung Sg Pahang yang paling selatan jika merujuk peta negeri pahang..dan keunikan ini menjadikan aliran sg pahang seperti berbentuk huruf U.
Sekitar tahun 1620an, semasa kegemilangan Kerajaan Kesultanan Pagar Ruyung di Pulau Sumetra, berlaku pertentangan aliran fahaman tarikah dalam pengembangan agama Islam. Kumpulan pendakwah yang lebih berfahaman ekstreem dalam bidang tauhid telah meletakan tarikat Martabat 7 sebagai dasar utama amalan agama islam. Imam Nur Al Bayan dan anaknya Iman Nur Al Qadim ( Kamudian dikenali sebagai Tok Mengkarak ) merupakan pendakwah dan pengamal tarikat ini yang mendapat penentangan daripada Sultan Iskandar Muda Thani ( Sultan Pagar Ruyung ). Baginda sultan telah mengeluarkan titah untuk menangkap, membunuh pengikut Martabat 7 selain membakar semua kitab kitan yang digunakan.
Menyedari ancaman ini, Iman Nur Al Bayan dan anaknya Iman Nur Al Qadim serta pengikut pengikut yang setia dan pengikutnya telah berhijrah ke Tanah Melayu untuk mempertahankan ajaran yang dianuti serta mengembangkan Agama Islam ke Tanah Melayu terutama untuk kawasan pendalaman Negeri Pahang...penghijrahan ini juga melibatkan waris kesultanan Pagar Ruyung yang merasa terancam dengan kuasa Sultan yang memerintah. ( Ada dakwaan bahawa..kumpulan ini merupakan waris kesultanan Pagar Ruyung yang dipinggirkan dan dengan salasilah kesultanan ini mereka telah mendapat tempat sebagai pemimpin atau pemerintah di tempat tempat yang tertentu - Contohnya, hubungkait dengan salasilah kesultanan Seri Menanti di Negeri Sembilan, kesultanan Maharaja Perba Jelai di Lipis dan perkaitan dengan salasilah keluarga di Pekan, Chenor.....Sumber :
http://universitimengkarakk.blogspot.com
4 comments:
salam tuan...
mengenai kata tuan yang kg mengkarak didiami oleh kaum semelai itu adelah tidak benar,menurut cerita orang tua2,kehadiran tok mengkarak 1 iaitu Tun Derma/Dharma Putera@iMam Dzol Bayan ke sana telah diterima baik oleh penduduk melayu asal di kawasan itu,sila rujuk bagaimana Suji Bilang dan adik2nya tak diterima oleh kaum melayu di Chenor,kemudia dia telah berdakwah kepada orang asli di temerloh..sebenarnya kita boleh susur kembali sejarah di Kg kertau(seberang Chenor)krn di sana ada penempatan melayu tua,anggapan setgh pihak mengatakan pahang hanya didiami org asli sebelum kedatangn org minang adelah tidak benar sama sekali..wallahualam.
:)
Salam Saudara Mazru,
Terima kasih tak terhingga atas kesudian memberi maklumat yang tepat tentang asal-usul sejarah tokoh dan penduduk di Pahang.
Saya juga amat menanti-nantikan pertemuan semua kerabat yg ada maklumat dan dibincang serta dibuat suatu buku panduan sejarah Pahang. Jika belum dapat diterbitkan, biarlah dlm bentuk elektronik spt laman web khas dan ebook.
Terima kasih
Admin
Assalamualaikum
saya baru-baru ini mengkaji susur galur keturunan keluarga sebelah Arwah Ayah Saya Dan Didapati Bersangkut Paut Dengan Tajuk Blog Ini Iaitu Tok Mengkarak,Akan Tetapi Masih Didalam Kesamaran Info Yang Terkumpul....Jika Ada Waris Tok Mengkarak Yang Terbaca Dan Sudi Berkongsi Cerita Alhamdulillah Sangat Dialu-Alukan....
Boleh Hubungi Saya Di Talian 011-11251412(Amier)
Terima Kasih.
assalamulaikum...klu ada yang tahu..bolah bagi tahu ..salasilah datuk mngkarak..anak2..dan cucu tok mngkarak...sebab saya cicit dato iman perang raja koter bin dato muda raja mat piah bin orang kaya jaafar bin orang kaya tahir..itu jee yang saya tahu...ke atas lagi saya tak tahu...
Post a Comment