Prof Zainal Kling memberi kenyataan tidak lama slps Prof Khoo Kay Kim, seorang lagi pakar & pengulas sejarah menyebutnya ketika mengulas isu Timb Presiden Pas, Hj Mohd Sabu bergelut dengan kontroversi sokongannya kpd perjuangan Mat Indera iaitu ketua Rejimen Melayu Parti Komunis Malaya. Sebenarnya Prof Khoo Kay Kim telah berulang-kali memperkatakan tentangnya sejak 3-4 tahun lepas.
Di sini saya nak mendedahkan ,seorang guru sejarah MRSM yang telah bersara yang digelar Sifu Sejarah oleh rakan-rakan guru telah menulis buku tentang isu ini kira-kira awal tahun 1980an lagi.
Buku tersebut bertajuk 31 OGOS YANG SILAP ditulis oleh Tuan Hj Ahmad b. Ismail. Kehebatan beliau menyampaikan fakta-fakta & ulasan sejarah menjadi kekaguman guru-guru, para pelajarnya (termasuk PHD) dan juga ahli-ahli politik yang mengenali beliau. Karisma, keberanian & 'tahap IQ' yang jarang-jarang dimiliki oleh orang Melayu sangat mempengaruhi sesiapa yang mendengarnya. Namun beliau selepas itu lebih beralih kepada bidang hartanah & perladangan kerana pandangan terlalu jauh ke masa depan setaraf dengan Prof DiRaja Ungku Aziz namun sukar diterima oleh masyarakat semasa. Kepintaran beliau menyebabkan beliau sangat berjaya dan menjadi jutawan dalam bidang tersebut.
Moga kontroversi ini dapat diselesaikan dengan baik. Biar kita berbeza pendapat tetapi sepakat membuat suatu keputusan agar umat Islam, bangsa Melayu & keharmonian negara kekal utuh !
'BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH'
Ini sinopsis buku 31 Ogos Yang Silap yang dipetik dari laman
http://thereadinggroupmalaysia.blogspot.com
Tajuk: 31 Ogos Yang Silap.
Penulis: Ahmad Ismail.
Penerbit: Sri Kemilau Enterprise.
Kandungan
Bab 1. Kemerdekaan: 31 Ogos Yang Silap.
Bab 2. Penaklukan: Ertu Yang Tersurat- Contoh Dari Ibarat.
Bab 3: Kemerdekaan Dan Kedaulatan:Orang Melayu Lebih Berjaya Daripada Barat.
Bab 4: Inggeris: Sahabat Yang Termakan Budi.
Bab 5: Tanah Melayu Dijajah? Faktanya Salah - Tarikhnya Bercanggah.
Bab 6: Campurtangan Dan Gangguan Inggeris.
Bab 7: Inggeris: Budinya Manis - Pahitnya Tak Dapat Ditelan.
Bab 8: Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (NMTB)
Bab 9. Jawatan Dan Tugas.
Bab 10. Malayan Union.
Bab 11. Kedaulatan: Satu Dalam 1000 Bukan 1000 Dalam Satu.
2 comments:
Ni buku hasil tulis cikgu sejarah saya ni....sbb dia lah senang je saya A subjek sejarah masa spm thn2000 dulu...dia ngajar xpayah bukak buku...tapi murid sume paham...
mana nak dpt buku nie...
Post a Comment