Bagi peminat sejarah, atau mereka yang dewasa sekitar tahun 50-60an dahulu, terutama di negeri Pahang Darul Makmur tentu pernah mendengar kisah Tok Guru Peramu. Untuk post kali ini, MalaysiaSensasi akan menceritakan tentang Tok Guru Peramu ini. Dikatakan bahawa beliau seorang pendekar yang handal. Namun ini bukanlah menghairankan kerana di Tanah Melayu ketika itu, negeri Pahang adalah antara negeri yang paling ramai pendekar dan pahlawan. Antara tokoh yang terkenal ialah Mat Kilau, Tok Gajah, Pendekar Endol, Pawang Nong, Pawang Kadir, dan Datuk Bahaman.
Di halaman rumah Tok Guru Peramu
Apa yang menarik mengenai Tok Guru Peramu ini ialah, beliau dikatakan sebagai Datuk Bahaman. Pembesar dan pahlawan Pahang yang memulakan penentangan kepada penjajah British di Semantan, yang kemudianya disertai oleh Mat Kilau dan rakan-rakan, serta Tok Gajah kemudianya. Datuk Bahaman dikatakan telah meninggal dunia di Siam, setelah ditangkap oleh Siam atas permintaan British pada 1895.
Kemudian muncul pula Tok Guru Peramu ini. Orang mengatakan bahwa beliau adalah Datuk Bahaman, bagaimanapun tiada pengiktirafan dilakukan ke atas beliau kerana dikatakan bahawa ada kena mengena dengan taktha kesultanan Pahang. Malah Tok Guru Peramu juga tidak pernah mengaku bahawa beliau adalah Datuk Bahaman, walaupun rakan-rakan seperjuanganya yang masih hidup ketika itu mengakui bahawa beliau adalah Bahaman.
Apa yang pasti Datuk Bahaman tidak mati di tangan Siam. Adakah sebegitu mudah Siam ingin membunuh Pahlawan Pahang ini?. Sedangkan Inggeris yang begitu besar kuasanya tidak mampu untuk membunuh Datuk Bahaman. Untuk mengelakkan nama mereka aib, adalah mudah bagi Inggeris untuk menulis bahawa Mat Kilau, dan Datuk Bahaman telah mati. Menurut orang, Datuk Bahaman selalu balik ke Pahang dan berjumpa dengan anaknya Pendekar Hussin/Cikgu Jantan. Sama halnya dengan Mat Kilau, Cikgu Jantan pernah ditahan oleh komunis. Beliau ditembak dan ditanam hidup-hidup setelah peluru komunis tidak dapat menembusi tubuh beliau, tetapi keesokanya apabila digali hanya tinggal batang pisang sahaja.
Berbalik kepada Tok Guru Peramu, beliau tidak suka gambarnya diambil. Penah ada orang mengambil gambarnya, kemudian dia menjerkah "mampus kamu". Lalu orang tersebut menjadi kurang waras.
Dalam satu cerita lain, keluarga Datuk Bahaman telah dikepung Siam, ketika ini Datuk Bahaman berada di Kelantan. Mengetahui hal itu Datuk Bahaman kemudiannya terus pergi untukmenyelamatkan keluarganya yang sedang dikepong. Bersamanya dibawa lembing yang bernama “Beringin” (lembing berupa daun sireh), yang dikatakan mampu untuk memukau orang. Apabila tiba di sana, lembing tersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yang dikepong. Akibatnya semua askar Siam yang sedang mengepong itu dipukau dan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato’ Bahaman menyuruh seluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (Kuala Berang). Kemudian, pada malam itu juga Dato’ Bahaman melarikan diri ke Menara (Siam).
Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato’Bahaman, Awang Nong (adik Mat Kilau), The Ibrahim (adik Mat Kilau), Haji Mat Wahid dan Mat Lela (anak Datuk Bahaman), telah menyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawanya ke Siam. Sebenarnya Dato’ Bahaman tidak menyerah diri kepada Siam. Apayang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi di sana.
Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato’Bahaman, Awang Nong (adik Mat Kilau), The Ibrahim (adik Mat Kilau), Haji Mat Wahid dan Mat Lela (anak Datuk Bahaman), telah menyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawanya ke Siam. Sebenarnya Dato’ Bahaman tidak menyerah diri kepada Siam. Apayang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi di sana.
Di lain kali MalaysiaSensasi akan menceritakan lagi kisah-kisah Tok Guru Peramu ini.
Simposium siapakah Tok Peramu: Adakah orangtua itu Bahaman atau bukan atau siapa!!! Inisiatif ini ditaja oleh DPMP pada tahun 1976-77 ( kalau tak silap) dengan membuka kepada semua ahli ahlinya, Ahli ahli sejarah dan siapa saja yang tahu mengenai seorang tua yang tinggal di Kampung Peramu itu. Kg. Peramu terletak diseberang Sg. Kuantan kira kira berhadapan ( opposite) hospital atau Kompleks Teruntum.. Ada dua jalan ( masa itu) untuk sampai ke Peramu, satu menaiki bot ( tambangnya masa itu 50 sen seorang bagi satu perjalanan) dan satu lagi dengan menaiki kereta atau bas. Jauhnya perjalanan dengan kereta lebih kurang 20 batu dari bandar Kuantan.
Hasil daripada kajian tersebut ramailah yang memberi pendapat. Ada yang mengatakan Ya dan ada yang mengatakan Bukan. Hasilnya 50 - 50. Kerajaan Negeri, sudah tentu tidak dapat menerima kerana pro dan kontra nya sama. Sekiranya Tok Peramu itu Bahaman, pastilah struktur Orang Besar Berempat Negeri Pahang menjadi kacau bilau.
Apa yang hendak saya ceritakan ialah episod rombongan 10 orang yang hendak menemu bual orangtua itu termasuk saya. Sebaik sampai dihadapan rumah Tok Peramu, ketua rombongan memberi salam. Salam dijawab oleh pengasuh lalu mempersilakan kami naik. Orangtua itu berbaring diatas katil dengan selimut sampai keleher dan memakai cermin mata hitam. Disebelah kepalanya terletak sebuah radio yg terus berkumandang tanpa tepat pada channel. Kamipun duduk. Tanpa berlengah ketua rombongan membuka mukadimahnya, " pada tahun sekian sekian blah blah blah, Tok Aki duduk dimana?" Itulah pembukakata yang awal dan akhir. Selepas setengah jam kemudian pertanyaan ketua rombongan tiada responce, kamipun sapu punggung lalu balik.
Ada member yang tak puas hati. Minggu hadapannya, saya sendiri bertindak sebagai ketua rombongan lalu membelah arus Sg.Kuantan ke rumah Tok Peramu. Sebelum pergi, saya minta orang rumah saya, ibu pada si Firdaus, buat pulut kuning dan ayam panggang. Sesampai saja dihadapan rumah orangtua tu, saya memberi salam. Salam di jawab oleh pengasuhnya lalu mempersila kami naik, sambil berkata, " ini anak cucu datang bawok pulot kuning" Phuh!!! orangtua itu terus bangun lalu berdoa. Panjang doanya. Kamipun berceloteh. Susah nak faham celotehnya, pekat loghat Kelantan purba. Member Kelantan yang sama dlm. rombongan itu juga tidak faham. Diantara lain yg. saya dapat fahamkan bahawa katanya, Mat Kilau tu orang handal. Sepelepah daun nyior gugur, dia dah tahu berapa banyak regisnya (lidi). Dari ungkapan itu saya yakin bahawa orangtua itu sebenarnya Datok Bahaman, bekas Orang Kaya Semantan, orang besar berempat Negeri Pahang.
No comments:
Post a Comment