Dipetik dari http://matsamurai.blogspot.com
Salasilah Buah Pukul Mersing
SAIDINA SAMAON
TOK BERTUAH KEMIAN
ENCIK ABU HASSAN DATO PATINGGI
SYED ABDULLAH ALSAGAF YUNAN
HJ ABDULLAH
TOK BERTUAH KEMIAN
ENCIK ABU HASSAN DATO PATINGGI
SYED ABDULLAH ALSAGAF YUNAN
HJ ABDULLAH
- AWANG BIN ALI S.M.J (Awang Daik)
- MUHAMAD YASSIN BIN YUNOS (Pak Long mat yassin)
Mengikut dalam Nukil, Awang Daik menerima IJAZAH dari tuan Said pada 5 Januari 1897 di Bandar Maharini, Muar.
Di bawah ini adalah murid Awang Daik di MERSING:
- Muhamad Yassin bin Kubong(Pak Teh Mat Yassin)
- Wan Chik
- Awang Langar
- Encik Ali
- Wan Nawang
- Taib bin Muhamad Amin.
Di bawah ini adalah anak murid PAK LONG MAT YASSIN di MERSING:
- Awang Tarik
- Pak Ngah Bentan
- Isa Bin Sulaiman
- Othman B Abu Samah
- Hussin B Abu Samah
- Yusof B Abu Samah
- Awang Chik
- Long Kadir
- Kassim Bin Muhamad Salleh
- Ali
- Taib
- Yaakob Bin Tera
- Ariffin Bin Alang Majid
Adapun Abdul Rahaman Bin Awang Chik (Chu Aman) ialah anak murid kepada Pak Teh Mat Yassin dan murid kepada Yakub Bin Tera. Beliau ada dua guru, satu dari sebelah Awang Daik iaitu Pak Teh Mat Yassin dan dari sebalah Pak Long ialah Yakub Bin Tera.
Adapun Sani bin Abu Samah (Pak Sani) ialah murid kepada Isa bin Suliaman yang merupakan murid kepada Pak long. Pak Teh Mat Yassin pula adalah murid kepada Awang Daik. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa Pak Sani juga dapat dari kedua-dua belah.
Adapun saya telah belajar BUAH PUKUL MERSING sejak umur saya 12 tahun dari beberapa orang guru dari kedua belah pihak. GURU pertama saya ialah CHU AMAN. Saya mula menuntut dengan beliau sejak dari tahun 1959. Belum pun sempat saya menamatkan pelajaran dengan beliau, beliau telah dipanggil ke Rahmatullah. Selepas itu, saya telah menuntut dengan muridnya, JAAFAR B. ENDUT dan beberapa orang murid kanan CHU AMAN Abu Bakar bin Isnin (pak Bong) mandor Hamzah -Abdrahman Majid Muhamad B Cik-Cik B Alidan Ali B Matzin(pak ngah Ali) merupakan anak murid Pak teh Mat Yassin sehinggalah saya telah di anugerahkan IJAZAH oleh guru saya SANI B ABU SAMAH pada 6 Januari 1972 di MERSING, Johor.
Ini petikan dari posting
By : Red Far (Facebook)
Assalamualaikum. Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha Penyayang yang mengetahui segalanya. Di sini saya mulakan coretan salasilah. Yang kurang harap ditegur.
Buah pukul sebenarnya berasal dari Yunan China. Di china dipangil Wing Chun. Ia adalah asalnya dicipta oleh SAIDINA SAMAUN. Akan tetapi kedatangannya di tanah melayu adalah dibawa oleh pedagang dari Yunan yang bernama Syed Abdul Rahman Yunan. Ada satu ketika tiba di johor, telah berlaku perselisihan faham antara syed abdul rahman dan beberapa orang di sana. Dengan mudahnya Syed Abdul Rahman menewaskan mereka. Perkara ini sampai ke pengetahuan sultan. Maka sultan memerintahkan dua panglima utama baginda untuk mencuba kehebatan syed abdul rahman. Dua panglima kanan sultan johor ini adalah Dato Awang bin Ali Al-hakim (awang daik) dan Muhamad Yassin bin Yunos (pak long mat yasin). Setelah puas diumpan, barulah syed abdul rahman menunjukkan kehebatan. Dan kedua2 panglima sultan itu mudah ditewaskan beliau. Maka sultan pun mengarahkan supaya awang daik dan pak long mat yasin berguru dgn syed abdul rahman yunan. Bagi memudahkan perguruan, mereka pergi ke mersing utk bergurv. Sebab itulah ia dipanggil buah pukul mersing. Jadi di sini kita dpt tahu org melayu pertama yg memegang ilmu buah pukul ini ialah awang daik dan pak long mat yasin dan mereka menerima ijazah dari syed abdul rahman pada tahun 1897. Kemudian awang daik menurunkan ilmu ini kepada 6 orang muridnya iaitu, Muhamad Yassin bin Kubong (pakteh mat yasin), Wan Chik, Awang Langar, Encik Ali, Wan Nawang dan Taib bin Muhamad Amin. Manakala pak long mat yassin pula menurunkan ilmu ini kepada 13 orang murid beliau iaitu, Awang Tarik, Pak Ngah Bentan, Isa bin Sulaiman, Othman bin Abu Samah, Hussin bin Abu Samah, Yusof bin Abu Samah, Awang Chik, Long Kadir, Kassim bin Muhamad Salleh, Ali, Taib, Yaakob bin Tera dan Arifin bin Alang Majid. Dan ia seterusnya diturunkan seterusnya kepada pemegang2 buah pukul sehingga sekarang. Cuma ada yg telah diubah dan digabung. Salasilah perguruan saya pula jika disambung dari salasilah diatas pula adalah seperti berikut. Abdul Rahman Bin Awang Chik (chu aman) adalah murid kepada pakteh mat yasin (murid awang daik) dan yaakub bin tera (murid pak long mat yassin). Chu Aman belajar dari kedua2 belah dari Awang Daik dan Pak Long Mat Yassin. Kemudian Guru saya Muhamad Sah bin Endut aka. Jaafar Endut belajar dari Chu Aman. Dan kemudian saya pula belajar dari Arwah Jaafar Endut. Begitulah salasilahnya. Jadi apa yg saya belajar adalah yang asal dan belum pernah diubah atau digabung sehinggalah saya sendiri mendapat ijazah dari arwah. Sekian. Yang kurang harap dimaafkan.
Nota : Pak Mat Samurai mempunyai blog peribadi di http://matsamurai.blogspot.com/
Petikan artikel yang terawal dalam blog beliau yang sangat penting untuk dihayati:
Peringkat Ilmu Buah Pukul
Assalamualaikum.
Dalam menuntut buah pukul ada 3 peringkat;
Peringkat Pertama
Permulaan belajar peringkat ini, murid hanya menyerah diri kepada Guru. Baginya Guru adalah segala-galanya. Buat apa yang diarah tanpa banyak soal. (Jadikan diri seperti mayat)
Peringkat Kedua
Dalam peringkat ini, apa yang di pelajari akan diperbaiki, dimantapkan, dihalusi, diterangkan maksud-maksud dan tujuan Lian, Tumbok, Pukul, Lapis, Gelut, Diam, Gerak, Gayung, Ruang, Belbat, Jurus, Main Gerak-Anggota, Bunoh, Ambik, Turut.
Peringkat Ketiga
Dalam peringkat ini, pencapaian kemantapan yang tinggi hingga boleh mengolah BUAH sendiri. Dalam LIAN ada banyak BUAH tersembunyi. Apabila sudah menggali dan mengolah BUAH sendiri. TAPI dia mesti tetap ingat kepada GURU ASAL dan TIDAK MEMUTUSKAN hubungan dengan Guru. (Jika suci muhibah dengan Guru, ia akan membuka HIJAB yang mendinding pada pintu YAKIN. Ingat oleh mu, akan bagi ingat yang tiada lupa selama-lamnya).
Dalam artikel Nasihat Buah Pukul :
Orang jahat ialah perkataan nya dan kelakuan nya menuyuruh orang marah.
Orang yang celaka itu ialah orang yang menolong orang menggali kuburnya.
HIDUP KITA DI DUNIA; kalau tidak menolong orang jangan lah menyusah kan orang.
Ada pun orang itu terbahagi empat :
1.pandai bacakap dan pandai buat(ini bagus)
2.tak pandai bacakap tetapi boleh buat (ini bagus
3.pandai bacakap tak tahu buat (ini tak bagus)
4.tak pandai bacakap tak tahu buat (ini tak bagus)
Kalau pun kita pandai jangan lah di cakap kan sangat
Kalau pun kita berani jangan lah di tunjuk kan sangat
Kalau pun kita penakut jangan lah di nampak kan sangat
Kalau pun kita bodoh jangan lah di terang kan sangat
Kalau pun kita kaya jangan lah di heboh kan sangat
Kalau pun kita meskin jangan lah di ketara kan sangat
*BELAJAR BUAH PUKUL INI tidak susah dan tidak senang
kalau susah tiada orang dapat dan kalau senang ramai orang dapat
Wahai anak ku muda terbilang kesukaran menuntut bukan kepalang
enam sayrat jangan lah kurang akan di nayta dengan terang
CERDIK dan TAMAK hendak lah ada BERSUNGGOH2 WANG pun ada
GURU pintar mahu pun ada PANJANG KAN MASA jangan lah tiada.
"APA BILA MATI ANAK ADAM TERPUTUS LAH AMALAN NYA
Melain kan TIGA macam AMAL yang tiada putus;
- SEDEKAH JERIAH (yang berkekalan fadeah)
- ILMU yang memberi manfaat
- ANAK yang mendoakan dia"
Wassalam...
1 comment:
hebat, pak mat samurai, moga lapisan seterusnya teruskan pusaka ini
Post a Comment