Updated..
19 Disember 2011
19 Disember 2011
Mentakab->Sg Koyan,Raub->Ringlet->Tanah Rata
Destinasi:
Tanah Rata
Cameron Highlands
Percutian ke pantai-pantai spt Langkawi, Terengganu dan seumpamanya bukan destinasi PHD & famili kerana kami telah 'puas' dengan suasana pantai.
Kami berkunjung ke Cameron Highlands yg hampir 6 tahun tak bercuti ke sana
Kali ini kami melalui lebuh raya baru Sg Koyan-Ringlet. Dari Mentakab kami terpaksa melalui perjalanan sejauh 166km untuk ke lebuh raya ini.
Ini peta laluan kami..
Ini peta laluan kami..
Agak mengejutkan kerana di simpang lebuh raya ini terdapat restoran nasi ayam yg begitu eksklusif
Kami tiba di Pos Betau iaitu penempatan pertama yg kami temui
Selepas Pos Betau kualiti lebuh raya lebih baik dan jalan agak lurus tetapi mendaki
Pemandangan memang indah tetapi jalan raya agak sunyi
Sesekali berselisih dengan kenderaan lain.
Kelihatan rimbunan pohon buluh yang besar dan cantik
Pemandangan yg memukau..
Kelihatan pengembara berbasikal berbangsa Eropah
Lebih kurang 25 km dari Ringlet
Jalan semakin curam
Penempatan orang asli
Kebun-kebun sayur yg di tanam di bawah rumah berbumbung putih
Seluruh ruang bukit-bukau di penuhi tanaman sayur
Cuaca di sini mulai dingin
Pekan Lembah Bertam, Ringlet, Cameron Highlands
Pekan Ringlet
Di sini terdapat stesen Shell yg menerima bayaran kad kredit secara automatik
Jarak perjalanan dari Sg Koyan ke Ringlet, Cameron Highlands sejauh lbhkurang 80km dan memakan masa lebih kurang 1 jam.
Pengguna perlu berhati-hati kerana ada 2-3 tempat jalan ini rosak dan kenderaan perlu dibawa perlahan
Jarak perjalanan dari Sg Koyan ke Ringlet, Cameron Highlands sejauh lbhkurang 80km dan memakan masa lebih kurang 1 jam.
Pengguna perlu berhati-hati kerana ada 2-3 tempat jalan ini rosak dan kenderaan perlu dibawa perlahan
Habu..lokasi smoke house & lake house
Kira-kira 8 km sebelum tiba di Tanah Rata terdapat 2 buah Tea Shop yang letaknya di lereng bukit yg dipenuhi tanaman teh yang menghijau
Tea shop ke-2 yg lebih besar dan lengkap
Kami sudah hampir sampai ke bandar Tanah Rata, Cameron Highlands
Tanah Rata , bandar utama Daerah Cameron Highlands
Hampir semua bank utama terdapat disini
Kami menyewa di apartment Puncak Arabella iaitu lokasi yang tertinggi di Tanah Rata
Apartment ini memang jauh berada di puncak. Udara sungguh dingin ditambah musim hujan yang telah bermula
Empat pusingan mendaki barulah menghampiri kemuncak..
Pemandangan dari tingkap apartment yg disewa
Kadar sewa rm550 untuk 3 malam. PHD mendapatkan maklumat setelah mencari di internet dengan menaip 'Muslim apartment' pada enjin pencarian Google
Ikuti 15 episod lawatan kami ke Cameron Highlands...( Klik di sini )
2 comments:
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman saudara menguji Jalan Ringlet-Sungai Koyan FT102, minta izin share di blog saya di http://blogjalanraya.blogspot.com
Terima kasih.
Sama-sama saudara. Terima kasih kerana sudi memuatkan kisah perjalanan ini. Usaha tuan untuk memudahkan rakyat mengembara amat dihargai
Post a Comment