By Pak Syeikh
Asalam mualai kum !!!
RIWAYAT HIDUP SAYYID AHMAD AHMAD TAJUDDEN atau AHMAD SALIM atau AHMAD QADIR atau PANGLIMA ALANG DAIK HITAM atau TOK PUTIH (1457-1577 MASEHI)
Beliau adalah anak Tertua dari 3 beradik.Bapa nya bernama Syeikh Sultan Ariffin Sayyi Ismail bin Sayyid Abdul Qadir bin Sayyid Jabbar bin Sayyid Shollih bin Syeikh Sayyid Mohyidden Abdul Qader Jilani.Beliau lahir pada tahun 1497 m di Pulau Besar.Ibunya ialah Syarifah Siti Maimunah binti Maulana Mohamad Yusof atau Maulana Ishaq.Beliau di didik olih bapa nya dan datuk nya darihal islam dan persilatan juga hal hal perubatan.Beliau banyak terlibat semasa perang melawan penjajah Portugis.Hampir keselurohan perang melawan Portugis, beliau terlibat,Nama gelaran nya paling terkenal ialah Panglima Alang Daik Hitam atau TOK PUTIH.
Pada tahun pada tahun 1517 m beliau di kawin kan dengan Raja Siti Kamariah .Beliau tiada zuriat dari perkhawinan ini.Raja Siti Kamariah berketurunan Bugis Riau.Pada tahun 1521 m semasa perang melawan Portugis Melaka Raja Siti Kamariah turut berperang dan SYAHID.Panglima Alang Daik Hitam lari arah Selatan Sumatera selepas pecah perang dan Angkatan Perang Demak kalah.Semasa lari ke arah Selatan Sumatera bersama keluarga nya dan menyamar menjadi orang kampong dan menukar nama menjadi TOK PUTIH.
Setelah perang reda dan aman,beliau kembali pulang ke Pulau Besar dan nama nya kekal sebagai TOK PUTIH.Atas nasihat dari ibu dan nenek nya beliau mencari tempat baru untuk berdakwah.Tempat yang di pilih ialah PALEMBANG.Pada tahun 1545 m beliau bergerak ke Palimbang tetapi malang sampai di Selat Berhala kapal yang di tumpangi olih Ulama ini karam.Dan beliau hidup.Di Selat ini sangat keras dan penduduk di sini menyembah berhala.Tok Putih berdakwah,dengan takdir ALLAH SWT,banyak penduduk masuk islam.Penduduk tempat ini mengelar kan beliau dengan nama Datuk Paduko Berhalo.Dimasa itu kehebatan Tok Putih dalam ilmu persilatan memang mashur,lalu di perintah mengadap olih Pemerintah Pagar Ruyung.Pemerintah Pagar Ruyung waktu itu seorang Puteri.Setelah melihat kewarakan dan kehebatan Tok Putih,Puteri Selaras Pinang Masak,jatuh hati.Beliau berkahwin dengan Puteri Selaras Pinang Masak.Hasil dari perkawianan ini maka lahir lah 4 orang anak iaitu Sayyid Ahmad Khamil dan Sayyid Ahmad Husoh. Dua lagi anak nya saya tidak ketahui.
Dari Zuriat Keturunan TOK PADUKO BERHALO atau TOK PUTIH,menjadikan satu tempat baru yang di kenali dengan nama JAMBI.Jambi di asakan olih Sayyid Ahmad Khamil atau TOK KAYO HITAM.Setelah hampir ke penghujung usia,Tok Putih kembali ke Pulau Besar untuk menghabis kan sisa sisa usia nya.Pagar Ruyung bukan lah tempat tumpah darah nya.Beliau meninggal kan anak keturunan nya di Tanah Minang setelah wafat nya Puteri Selas Pinang Masak pada tahun 1562 m.Setelah kembali ke Pulau Besar saya fikir beliau ada pergi berdakwah atau mengajar ugama di Daerah seperti Ulu Pahang atau Negeri Sembilan atau Segamat..perlu kita ingat Ulu Pahang,Ulu Jempol dan Segamat berdekatan jika kita menghulu Sungai Muar atau Sungai Melaka.Kedua sungai ini mempunyai hulu yang sama di Ulu Jempol..atau sekarang FELDA SERTING..Atau nama dulu nya PENARIK. Menurut kata Karimon, di Mengkarak juga ada makam Tok Putih.Saya belum ada kesempatan untuk menziarah MAKAM TOK MENGKARAK ini.Insyallah jika ada kesempatan saya akan pergi…tapi klu nya dah di beri olih nenek saya….Ramai betul keluarga aku niii!!!.
Pada tahun 1577 m TOK PUTIH yang warak ini di panggil menghadap ILLAHI dan di semadi kan di Pulau Besar.Tok Putih menurut kata nenek saya orang nya sangat lembut,tutur kata nya sangat halus dan sangat Zuhud.Saya percaya,tetapi itu mungkin semasa umur nya tua,saya fikir pada waktu muda,beliau keras dan tegas,kerana kalau tidak,bagaimana nak jadi PANGLIMA!!!.Tak lah seorang Panglima berlemah lembut…he..he..he..nanti,musoh tak lari…Panglima pulak lariii.Sebenar nya memang betul..seperti kata nenek saya,mereka semua nya lembut tutur kata pada hal hal dakwah !!!tapi KERAS pada masa Peperangan….wasallam.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment