Pengenalan & Konsep Pelaburan Emas
PENGENALAN SYARIKAT
Public Fine Gold International Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 23 Mei 2008 adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual & membeli Emas dan Perak bagi tujuan pelaburan disamping mereka juga ada menjual produk barangan kemas bagi mempelbagaikan variasi keluarannya. Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan Emas & Perak bagi tujuan Pelaburan. Kini, hanya dalam masa kira-kira 3 tahun sahaja, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah berjaya dirangkul oleh Public Gold, diantaranya Malaysia Bussines Award, APEA Award, KWYP Award dan ARIFF Award.
Justeru, peranan Public Gold pada hari ini mempunyai fungsi yang sama sebagaimana kedai2 menjual emas yang lain seperti Poh Kong, Habib Jewels, Tomei dll, cuma perbezaannya adalah Public Gold memfokuskan jualan Emas untuk tujuan pelaburan dan kedai2 emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan.
PERBEZAAN EMAS PELABURAN DAN HIASAN
Produk Emas yang dijual adalah berbentuk Bar dan ianya bermula dengan berat 10g, 20g, 50g, 100g & 250g. Manakala Dinar pula dijual dalam variasi 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar dan Perak pula dijual bermula dengan berat 250g, 500g dan 1000g (1kg). Senarai produk Bar, Dinar dan Silver boleh dilihat Disini, dan senarai produk barangan kemas boleh dilihat Disini.
Emas untuk tujuan pelaburan mempunyai kadar Spread (susut nilai) yang jauh lebih rendah berbanding Emas Perhiasan. Sebagai contoh Emas yang dijual oleh Public Gold hanya dikenakan Spread sekitar 4%-8% bergantung kepada beratnya, semakin berat Emas nya maka semakin rendah Spread yang dikenakan dan sebaliknya. Manakala kadar Spread Emas perhiasan pula amat tinggi iaitu sekitar 25%-30%. Kadar Spread yang tinggi akan menyebabkan pulangan yang bakal diraih dari kenaikan semasa harga emas menjadi rendah.
Sebagai contoh pada tahun lalu kenaikan harga Emas adalah sebanyak 28%. Jika saya membeli Emas 100g (Spread 4.5%) yang dijual Oleh Public Gold dan menjualnya semula pada awal tahun ini, keuntungan saya ialah 28% (Kenaikan Emas) – 4.5% (Spread) = 23.5%.
Berbanding jika saya membeli 100g Emas yang dijual oleh kedai emas dengan Spread 25%, pulangannya hanya sekitar 28% (Kenaikan Emas) – 25% (Spread) = 3%.
Selain itu, Emas bagi tujuan Pelaburan juga lebih menitikberatkan aspek kandungan ketulenan Emas dan Beratnya, berbanding Emas perhiasan lebih menitikberatkan aspek Rekabentuk dan Kehalusan Senireka dan seringkali berlaku situasi dimana Emas perhiasan yang dijual dengan harga Emas berketulenan 916, sebaliknya ketulenan sebenar hanya sekitar 835 dan 750 sahaja.
PESANAN SAYA:
1. Jika anda berminat mengetahui rahsia Perniagaan Emas Public Gold. Dapatkan ebook saya yang bertajuk “Rahsia Pelaburan Emas” secara PERCUMA !. Anda akan didedahkan dengan pelaburan emas yang betul, jenis-jenis emas yang betul serta teknik-teknik membuat keuntungan dengan emas. Jadi anda boleh jimatkan banyak masa dan cepat faham (klik sini)
2. Jika anda merupakan pembaca baru, anda boleh baca semua artikel terdahulu mengenai emas disini (klik sini)
3. Kongsikan ilmu emas ini dengan rakan-rakan anda. Jika anda rasa artikel dan blog ini bagus, klik icon Facebook recommend di bawah sana. Terima kasih banyak-banyak.
4. Ada komen, pendapat ? Sila letakkannya di ruangan komen. Terima kasih.
Ok, selamat menyimpan emas !
No comments:
Post a Comment