Dahsyat !! Gambar terkini dari salah seorang forumer internet yang tinggal berhampiran dengan stadium ini di Gong Badak, Kuala Terengganu. Stadium ni memang besar dan moden. Bayangkan jika puluhan ribu penonton berada ketika stadium ni roboh. Memang ngeri !!
Nostalgia 2008.
Projek RM350j mercu tanda baru Terengganu
13/5/2008
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
PEMILIHAN Terengganu sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 bermula 31 Mei ini bukan saja dilihat sebagai satu penghormatan dan kepercayaan terhadap kemampuan negeri ini menganjurkan acara sukan berprestij itu, bahkan memberi rahmat kepada rakyat untuk menikmati prasarana sukan serba lengkap, moden dan selesa.
Pembinaan kompleks sukan termoden bernilai RM350 juta di kawasan 150 hektar itu, merangkumi stadium utama diberi nama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin serta stadium tertutup yang menempatkan prasarana sukan termasuk bowling, skuasy dan badminton.
Perasmian stadium utama itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu pada upacara gilang-gemilang dan penuh warna-warni malam tadi, dengan kehadiran lebih 50,000 rakyat.
Majlis diserikan dengan persembahan artis nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Anuar Zain, selain persembahan tarian oleh 1,000 penari serta silat, akrobatik China, brassband dan tatoo Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pertunjukan bunga api.
Kompleks sukan itu adalah yang terbaik di Pantai Timur dengan keunikan dan kelebihannya berikutan penggunaan spesifikasi moden, terkini dan berteknologi tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata 99.9 peratus pembinaan kompleks sukan yang dibina kontraktor Bumiputera itu siap mengikut jadual.
Antara syarikat Bumiputera tempatan yang terbabit dan bertanggungjawab dalam pembinaan stadium utama ialah Bina Struktur, Emarcom, Gerbang Mercu JV serta Konsortium Protech, AZM Engineers, Senibahri Arkitek dan MAA Associates.
Bina Struktur sejak ditubuhkan banyak terbabit dalam industri pembinaan meliputi kejuruteraan struktur dan sivil berpengalaman luas dan kini sedang mengendalikan 48 projek bernilai lebih RM141 juta.
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment