Professor-professor sejarah di Jepun telah men'delete' kekejaman tentera maharaja di China pada tahun 1930an dalam silibus sejarah di Jepun. Mengikut kiraan seramai 11 juta penduduk China telah disembelih semasa penjajahan tersebut. Di Nanking iaitu salah satu bandaraya utama China beratus ribu penduduk dibunuh, beratus ribu wanita dan kanak-kanak diperkosa, puluhan ribu kanak seusia 8 tahun dijadikan hamba seks tentera Jepun. Inilah sebab kenapa kaum Cina di Malaya disiksa teruk oleh Jepun dan ramai yang menyertai komunis untuk menyelamatkan diri dan kemudiannya membalas dendam kepada mereka yang berkhidmat kepada pemerintahan tentera Jepun.
Semasa pemerintahan komunis Stalin di Soviet Union, 'genoicides'/penghapusan etnik secara sistematik dilakukan selepas Perang Dunia ke 2 yang dikatakan meragut nyawa hampir 7 juta orang yang mensasarkan etnik Muslim sebagai mangsa utama.
Di China, perkara yang hampir sama tetapi lebih tersembunyi dilakukan oleh pemerintahan komunis terutamanya pemerintahan Mao. Umat Islam yang sebelumnya berjumlah hampir 50 juta orang kini dalam lingkungan 5 atau 6 juta sahaja yang berpegang kepada agama Islam.
Adakah kita perlu memilih fahaman komunis, sosialis atau diktator sebagai ganti kepada demokrasi yang terkawal yang diamalkan di negara ini.
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment