Masa : 9.30 malam
Sudah lama tak berkunjung ke cafe ni mungkin akibat kesibukan tugas dan juga urusan anak-anak. Cuti ni berpeluang apabila keluarga dari Pahang bertandang dan kepingan untuk menikmati resipi istimewa Bengawan Solo
Nasi goreng rasanya sedap, segar dan banyak jenis sayur. Ada ayam, sotong dan sosej
Banyak pilihan meja dan kerusi untuk bersantai sama ada bersendirian, 'couple' atau famili penuh. Untuk makan di kaki lima atau 'open air' pun boleh. Terdapat TV LCD di luar dan di dalam
Steak Bengawan memang istimewa. Dihidang begitu menarik dan rasanya sudah tentu lain dr yg lain (RM 12)
Di sulami dengan minuman biasa dan istimewa yang setiap satunya rasa memang sedap. Kena dengan aroma dan manisnya. Gelas dan cawan digunakan menaikkan kesegaran dan mood
Kebanyakan harga menu istimewa telah mengalami penurunan namun terdapat harga yg masih agak 'class'. Namun untuk merasai suasana yg santai, selesa dengan keenakan dari chef yang berpengalaman tak rugi berkunjung ke sini terutama ibu bapa pelajar yang membawa anak-nak keluar di hujung minggu.
Lokasi Cafe Bengawan Solo :
Taman Wawasan iaitu dalam deretan Klinik Insan.
No comments:
Post a Comment