Tarikh : 16 Jun, 2009
Time : 10.30 am
Venue : Dewan Sri Mersing
Penyelaras : Pn Hanifa @ Tokoh Guru Aktif
Perasmi : TP HEP Ust Hj Zawawi
Time : 10.30 am
Venue : Dewan Sri Mersing
Penyelaras : Pn Hanifa @ Tokoh Guru Aktif
Perasmi : TP HEP Ust Hj Zawawi
Apalah agaknya hadiah pertukaran yang baru dimiliki KJ Sains Hj Khairol..Alhamdulillah. Yang penting dapat dengan hati yg gembira
Calon-calon anugerah guru 'most commited' ialah Ms Suraya, Ms Suhaini & Miss I..Jatuh kepada Miss Suraya..tahniah2 (Pengarah Kem Juara ting 5)
Mr Zaimi ..most commited..kalu tak dapat maka 'kiosk' akan beliau tutup dan korang kat asrama alamatnya berlapar la (he3)
Calon2 fleksibel..GHD, M J dan Tok Janggut..ehhh silap Tuan HEA kita En Aziz
Punyalah banyak anugerah guru
Itu dari kaca mata pelajar
Mungkin ada lagi anugerah yang sepatutnya semua guru mencapainya (mungkin lebih bermakna kot). Cadangannya:
1. Guru Paling Ikhlas
2. Guru Kerana Allah
3. Guru Tak Mengharap (i.e apa2 balasan kemudian)
4. Guru Dunia/Akhirat
5. Guru Sunnah Nabi
6. Guru Solat Malam
7. Guru Istighfar
8. Guru Hati Mahmudah
9. Guru Pendakwah
10.Guru Mencintai Mati
11. Guru Zikrullah
12. Guru Benci Dosa(besar/kecil)
13. Guru Memahami (mengambil kira semua faktor)
14. Guru Adil (kepada pelajar/guru/suami/isteri/anak)
15. Guru Prihatin (murid/keluarga)
16. Guru Rajin Memasak
17. Guru Bersih (di sekolah dan tak lupa di rumah)
18. Guru Bebas Berhutang
19. Guru Dermawan
20. Guru Ziarah
21. Guru Tutup Aurat
22. Guru Khatam Quran
23. Guru Solat Awal
24. Guru Rajin ke Surau/masjid
Ms Kib..Nama yg makin meningkat populariti
Laa..GHD dapat jugak satu
Tapi ada sesetengah je mungkin advanced la tapi banyak yg tak advanced..
Akhir kata dari GHD : Selamat Hari Guru.
Jangan bimbang walapun ada guru yang tak dapat apa2 anugerah (aku baru ni dapat pun) namun pada hemat saya guru-gurulah yang paling komited dalam tugasnya malah melayan dengan baik pelanggannya /pelajar tanpa jemu malah banyak dibuat secara sukarela serta di luar waktu kerja (petang, malam, hujung minggu, masa cuti, bawa kerja balik rumah, pergi kursus naik bas, tidur kat sickbay. (kalu tak caya tengok sendiri kat jabatan-jabatan kerajaan lain dan bandingkan pegawai-pegawai kumpulan A di situ).
Cuma pesanan GHD kepada guru-guru agar bersatu-hati, saling -memahami, membersihkan hati nurani agar kita semua seronok bekerja, memudah dan meringkaskan tugasan (yang penting berkesan),membahagikan masa dengan betul (antara tugas di maktab dan tugas di ru mah..) dan memimpin pelajar bukan sahaja untuk mendapat A dalam semua subjek malah me membimbing emosi dan spiritual pelajar untuk selamat dunia akhirat.
Guru juga mesti rajin membaca dan mendapat info tentang ilmu -ilmu lain dan perkembangan semasa agar pemikiran lebih global dan memhami hak masing-masing agar tidak dilabel orthodoks, 'katak bawah tempurung' atau diperkotak-katik , di'perkuda' serta dimanipulasi oleh mereka yang berkepentingan.
Guru tidak harus cepat 'syok sendiri' dengan kata-kata pujian pada Hari Guru kerana ada baki 365 hari lagi guru untuk membuktikan yang beliau adalah 'Mulia' untuk layak menjejakkan kaki ke syurga tanpa hisab atau terlepas siksaan kubur (sudah pasti anak-murid dan anak isteri di bawa bersama)
Salah satu petikan kata-kata Mahaguru/Prof Diraja /Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang amat terkenal dengan Kitab Ehya Ulumuddin iaitu :
'Pastikan Ilmu mu dapat menjamin diri mu dari siksaan pedih dikubur'
..Pandangan GHD sahaja
Jangan Pandang Belakang Congkak..Teruskan perjuangan mulia anda !!
Video Papa Azmin bernasyid
Video potong kek
Video Papa bergurindam
Video duet Mr Shahril & Mr Yusri
Video Sajak oleh Mr Yusri
Video Nyanyian Guru wanita
Video Nyayian pelajar
1 comment:
owh, ramai nye cikgu2 saya dulu. rindu pulak dengan mrsm mersing. Hehe, cikgu I, cik hasnah, puan rina, ustazah ishqi, semua lah. Doakan saya berjaya dunia akhirat. Semoga cikgu-cikgu semua dirahmati ALlah. Amin.
Post a Comment