Mungkin ini taktiknya..
Mengikut ceritanya dari versi Tony Wong..Liu Bang atau Liu Bei Maharaja yang berjaya dalam pertikaian 3 negara ini asalnya samseng kampungan sahaja.Setelah mendapat pertolongan dari Zhang Liang atau Zhuge Liang ( Naga Tidur ) mereka telah berjaya mengalahkan Xiang Yu yang lebih kuat dari mereka.
Teknik yang saya kagumi di lakukan oleh Zhang Liang pada saat pertempuran yang terakhir ialah melelahkan musuh atau juga di namakan 'gelombang musuh'..Liu Bang mengerahkan tenteranya melelahkan musuhnya dengan serangan bertali arus.Dengan modal sejuta orang askar dia melelahkan tentera Xiang Yu yang hanya berjumlah 500,000 orang..Modalnya, askar yang lebih banyak.....mottonya..Jika orang aku mati 100 orang, maka orang engkau mesti mati 50 orang..
Akhirnya Xiang Yu berundur ke bukit dan di tengah malam,peperangan saikologi pula di jalankan..
Zhang Liang mengarahkan tentera memainkan lagu simbolik Negara Chu..Askar Xiang Yu yang kepenatan dan rindu kampung halaman tak sanggup lagi berperang dan meninggalkan Xiang Yu dan hanya beberapa ratus orang pengikutnya yang setia..
Kesudahannya Liu Bang yang lebih lemah dari segi fizikal dapat mengalahkan Xiang Yu dengan taktik yang lebih berkesan..
Tapi saya masih ingat pesanan Chang Kong bapa Waja Timur..
Jika tiada musuh maka engkau tidak dapat mengekalkan semangat juang mu..Oleh itu jika engkau tiada musuh..maka perlu lah di cipta satu musuh untuk diri mu sendiri..
Itulah yang di amalkan Singapura...seige mentality..Haunted by the enemy..Real and imaginary..
No comments:
Post a Comment