Mangsa terakhir Titanic meninggal
MILLVINA DEAN bergambar bersama artifak Titanic di London pada 1994.
LONDON - Millvina Dean, mangsa terakhir yang terselamat dalam tragedi kapal karam RMS Titanic, meninggal dunia pada usia 97 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita berkenaan masih seorang bayi apabila dia diselimut dengan sehelai guni sebelum dipindahkan ke sebuah bot keselamatan semasa Titanic tenggelam di Lautan Atlantik Utara pada 1912.
Rakannya, Gunter Babler berkata, Dean menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang tidur kelmarin.
Dia meninggal dunia di Southampton, England yang merupakan kawasan penempatan asal keluarganya sebelum mereka menaiki Titanic untuk berhijrah ke Amerika Syarikat (AS).
Kata Babler, kematian wanita itu disedari oleh seorang jururawat yang merawatnya.
Dean dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami radang paru-paru minggu lalu tetapi dibenarkan pulang setelah doktor-doktor berpuas hati dia beransur sihat.
Wanita itu hanya berusia dua bulan ketika Titanic berlanggar dengan sebuah bongkah ais pada 14 April 1912 dan karam dalam masa kurang daripada tiga jam.
Dia merupakan antara 706 penumpang kapal Titanic yang terselamat manakala bapanya adalah salah seorang dari 1,517 mangsa yang maut dalam tragedi tersebut. - AP
Blog-blog Percutian untuk warga Mersing
No comments:
Post a Comment