Cuti Semester 1 ni bagi penduduk yang kurang mampu membawa anak-isteri melancong ke destinasi jauh seperti Sunway Lagoon, Cameron Highlands, Melaka (tempat-tempat ni diminati oleh orang Mersing)ada banyak pilihan tempatan yang tidak kurang hebatnya. Jika tidak masakan Mersing mendapat jolokan Bandar Pelancongan Johor. Ada banyak lokasi berlibur semulajadi di Mersing dan kebanyakannya berlatarbelakangkan laut. Antara yang boleh disenaraikan di sini ialah:
1. Pantai Air Papan ( paling terkenal, banyak kemudahan baru telah dan sedang dibina)
2. Pantai Teluk Buih (Pantai sempit tetapi agak privasi)
3. Pantai Teluk Gorek (Pantai yang makin terkenal)
4. Pantai Pasir Lanun (bersebelahan jeti memancing Teluk Penyabung
5. Pantai Sekakap
6. Tg Resang (agak privasi dan terdapat resort keluarga yang lengkap dan cantik)
7. Pantai Teluk Penyabung (Jeti memancing, terdapat kelong, pemandangan teluk yang indah, terdapat gerai makan makanan laut, terdapat sebuah resort di lereng bukit mengadap teluk)
8. Pantai Tenglu (pantai berlumpur tetapi pemandangan pulau yang cantik. Sesuai untuk aktiviti memukat pantai))
9. Pantai Sri Lalang (perusaahaan makanan laut & gerai. Juga sesuai aktiviti memukat)
10. Pantai Tg Leman (50 km menuju ke JB)
11. Jeti Mersing ke pulau-pulau peranginan Pahang dan Johor)
12. Teluk Iskandar (Kawasan berbukit batu yang menjadi lokasi banglo-banglo mewah dilerengnya. Terdapat chalet-chalet dan restoren lereng pantai. Terdapat sebuah gerai sate yg sangat enak menjual bermacam jenis sate)
Tetapi lokasi yang paling dekat dan disukai oleh kanak-kanak ialah Pantai Batu Cawan. Terdapat banyak gerai dan pusat permainan kanak-kanak di sini. Berada di pinggir bandar sahaja.
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
4 comments:
Waktu anak masih kat mrsm selalu juga bermalam kat beberapa tempat yang ada.
Pantai Batu Cawan kat mana ye? (Malu pulak itu pun tak tahu!) Yang kat Seri M'sia tu ke atau yg kat tapak pasar tani (hari Ahad) tu?
Yg kat Sri Malaysia tu tuan.Pantai ni tak bernama? Tapi saya yg beru nama sempena batu berbentuk cawan yg terletak dipinggir pantai.
Terima kaseh atas maklumat tuan. Pernah singgah tempat tu sambil makan kat gerai berhampiran. Alangkah elok kalau pengusaha gerai makanan kat situ (dan tempat-tempat lain juga) lebih memberi perhatian untuk meningkatkan tahap kebersihan mereka. Budaya ini memang susah untuk dihayati.
Sejak YDP Majlis Daerah Mersing ni Bandar Mersing lebih ceria, bersih dan terdapat landskap baru. Contohnya kawasan semak bersebelahan Hotel Sri Malaysia dah berubah wajah. Kawasan pantai Sri Lalang dari Tg hinggan ke Restoren Green house (dah bertukar jadi Sally's palace) juga dah lbh bersih dan ceria. Harap penduduk dapat mengekalkan keadaan yg telah di'upgrade' ini. Cuma hobi pembakaran terbuka yg sukar diubah.
Post a Comment