Tuesday, 2 June 2009

Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula di Malaysia..part 2

Sisa balai polis Bukit Kepong selepas serangan
Gambar kenangan terakhir anggota polis di balai polis Bukit Kepong..Al-Fatihah


Ini adalah satu artikel tentang perjuangan/pengkhianatan komunis oleh seorang pemimpin politik di tempat kelahiran komunis itu sendiri. Kebetulan saya (GHD) berasal dari Kerdau, Temerluh iaitu tempat kelahiran Rejimen ke-10 komunis. Ibu, nenek dan moyang selalu bercerita bagaimana semua pemuda kampung dipaksa masuk ke hutan. Pemimpin komunis iaitu Abu Samah adalah nama pemimpin komunis yang paling terkenal.

Mengikut cerita Almarhum Sultan Abu Bakar yang sangat terkenal itu pernah ditangkap oleh komunis. Nyawa baginda seperti telur di hujung tanduk kerana pihak komunis bila-bila masa sahaja akan menamatkan riwayat baginda. Takdir menentukan diselamatkan oleh seorang wira tempatan yang bertindak berani iaitu Dato' Awang Ngah yang berkhidmat dalam tentera Melayu.

Penduduk Temerluh (Kuala Semantan) memang terkenal sebagai golongan anti-penjajah. Sehingga kini jati diri penduduk di sini memilih pemimpin yang berjiwa rakyat tidak kira dari parti apa pun. Malah mereka bukanlah golongan yang terlalu menghormati Istana tetapi taat kepada Sultan yang berjiwa rakyat. Tengku Mahkota iaitu Tengku Abdullah pernah mengakuinya dalam ucapan di masjid 20 tahun lalu memberitahu yang orang Semantan ni memang 'istimewa'. Biasanya Sultan Pahang dan pengganti baginda berjiwa rakyat dan pandai mengambil hati penduduk di sini.

Inilah artikelnya:

Siapa nak jadi Komunis, sila angkat tangan...!

Secara terbuka saya menolak komunisme. Saya menolak komunisme kerana teori asasnya yang menolak agama, menolak ketuhanan.


Saya bertemu dengan sebahagian pejuang-pejuang komunis yang kembali ke Tanah Air setelah ujudnya Perjanjian diantara Malaysia-Parti Komunis Malaya-Thailand. Sesetengah mereka ada hubungkait kekeluargaan dengan saya walaupun semasa mereka mula menyertai PKM dahulu, saya masih amat kecil dan tidak pun mengenali mereka.


Saya bertanya kepada mereka, kenapa mereka tertarik dengan Parti Komunis Malaya sedangkan mereka mempunyai latar belakang agama yang kuat dan sesetengah mereka itu wajar digelar ustaz kerana mereka adalah terdiri daripada cerdik-pandai ketika itu dan lulus dari pondok-pondok terkenal, dan jika mereka itu tidak menyertai PKM, mereka boleh dinobatkan sebagai Imam dan Kadi. Mereka adalah golongan terpelajar agama.


Mereka bukanlah berasal dari Parti Komunis Malaya, mereka itu kebanyakannya adalah ahli-ahli PKMM, API, AWAS, BTM, dan PETA. Tetapi satu demi satu organisasi mereka diharamkan oleh Inggeris dan sehingga 1948 tidak ada lagi pertubuhan nasionalis progresif yang tidak diharamkan oleh Penjajah Inggeris. Yang tinggal hanyalah UMNO sebuah parti yang berkompromi dengan Inggeris dan dipimpin oleh golongan aristokrat dan feudal yang kebanyakannya pro-Inggeris dan menentang arus Merdeka berslogankan HIDUP MELAYU.
Ramai ahli-ahli UMNO lebih berminat untuk mendapat pendidikan yang sewajarnya dan memperolehi pekerjaan dibawah pentadbiran Inggeris, hidup senang lenang dan tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Inggeris.
Opsyen yang ada kepada ahli-ahli Nasionalis pada waktu itu adalah samada ditahan tanpa bicara oleh Inggeris atau lari ke hutan belantara dan meneruskan perjuangan menentang Inggeris.
Vanguard kepada perjuangan menentang Inggeris pada waktu itu adalah Parti Komunis Malaya, dan mahu atau tidak, golongan nasionalis pro-Merdeka itu terpaksa menyertai PKM tetapi dengan bersyarat iaitu mereka menerima sebahagian daripada dasar perjuangan khususnya dibidang politik dan ekonomi, tetapi menolak dari segi teori komunis yang bercanggah dengan agama Islam khususnya berhubung dengan ketuhanan.
Kalau seseorang melawat perkampongan bekas pejuang-pejuang Komunis yang ada di Selatan Thailand, yang menempatkan orang-orang Melayu, mereka akan bertemu dengan Masjid dan Surau, mereka sembahyang berjemaah sama seperti orang-orang Islam ditempat lain. Dan mereka juga menunaikan Haji dan Umrah apabila berkemampuan, dan bagi mereka yang pulang ke Tanah Air, mereka beramal-ibadat mengerjakan apa yang dituntut didalam Fardhu Ain, dan mereka tidak kekok menyempurnakan tuntutan-tuntutan itu kerana mereka ada Orang Melayu yang beragama Islam. Tah, tah ada Orang Melayu yang mengaku Islam yang tak se lebai mereka.
Mengingatkan perjuangan mereka untuk kemerdekaan Tanah Air tidak ada kena mengena dengan mempersetujui komunisme, dan tak usahlah ada Menteri-Menteri nak mengingatkan kita bahawa putik-putik komunisme sedang dihidupkan.
Walaupun pada waktu itu golongan nasionalis dan golongan kiri bermati-matian berjuang untuk kemerdekaan tanah air, namun, ramai pula Orang-Orang Melayu yang menyebelahi Inggeris. Mereka makan gaji dengan Inggeris. Mereka menjadi Polis, mereka menjadi Askar, mereka menjadi SC (Special Constable) untuk memburu pejuang-pejuang kemerdekaan, dan membunuh mereka dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Tindak balas dari pihak Nasionalis dan pejuang kemerdekaan itu adalah setimpal dengan keganasan yang dilakukan terhadap mereka. Penghulu-Penghulu dan tali-tali barut Inggeris di kampong-kampong dibunuh dan diseksa. Askar dan Polis Melayu yang bermati-matian mempertahankan Penjajah Inggeris diserang dan ramai dari kalangan mereka yang mendapat cedera, luka dan ada yang mati.
Saya sangat tidak faham apabila dikatakan bahawa mereka yang mempertahankan Inggeris dipanggil sebagai Pejuang Kemerdekaan dan disebaliknya mereka yang menentang Penjajah Inggeris dipanggil sebagai Pengganas.
Mayat anggota polis di Bukit Kepong sama ada mati terbakar atau dibakar oleh komunis

Jika kita ambil Vietnam sebagai contoh, ada orang Vietnam berjuang mati-matian menentang Perancis dan Amerika, mereka membunuh dan terbunuh. Mereka menuntut supaya Negara mereka Merdeka dan diantara Utara dan Selatan Vietnam dapat disatukan.
Disebaliknya, ramai pula orang-orang Vietnam yang memihak kepada Penjajah dan mereka menjadi alat Perancis dan Amerika dan menjadi anggota tentera dibawah upahan Penjajah menentang pejuang-pejuang Vietnam, mereka membunuh dan dibunuh.
Hakikatnya, golongan yang menentang Penjajah boleh dengan bangganya dipanggil pejuang-pejuang kemerdekaan bagi Vietnam, dan sebaliknya golongan yang menjadi alat penjajah adalah pembelot Tanah Air, dan tidaklah pembelot-pembelot itu boleh dipanggil Pejuang-Pejuang Kemerdekaan semata-mata kerana mereka cedera, luka atau mati didalam pertempuran-pertempuran.
Saya tidak bersetuju dengan Komunisme dan sekali-kali tidak mahu mendekati Parti Komunis samada yang ada didalam Negeri atau pun di luar Negeri.
Tetapi saya juga tidak bersetuju untuk melabelkan mereka yang menentang Pejuang-Pejuang Kemerdekaan sebagai wira-wira pembebasan Negara dari penjajahan.
Itu adalah hakikat sejarah, walaupun dipusingkan, kebenaran akan timbul akhirnya!
1 JUN 09'

Sumber :http://lubokkawah.blogspot.com

No comments:

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing

Blog Pilihan