Mersing nampaknya semakin mendapat perhatian melalui berbagai promosi dan laporan berita yang disiar akhbar. Hampir setiap minggu ada saja petikan berita mengenai Mersing - ada yang positif dan ada juga yang kelihatan negatif. Pada minggu lalu akhbar Star memuatkan tentang perusahaan keropok tempatan yang semakin menempa nama. Keropok tersebut diusahakan oleh Perusahaan Keropok Noorlita di Kampung Tenglu. Diceritakan bahawa perniagaan keropok tersebut bermula pada tahun 2003 oleh pasangan suami-isteri.
Keropok Noorlita
Di masa lampau sewaktu berkunjung ke Mersing untuk melawat anak sempat juga singgah kedai keropok ini. Apa lagi lokasinya betul-betul menghala ke destinasi pilihan iaitu jalan ke Air Papan. Kalau dah singgah pasti di bawa pulang beberapa paket produk jenama Mersing ni.
Berita di akhbar Star
- - - - -
Ingin bertanya kepada warga Mersing apa asal usul nama Kampung Tenglu? Apa makna Tenglu tu ye? Nama orang ke?
- - - - -
5 comments:
Info menarik. Tak perasan ada rencana utama ttg perusaahaan keropok Noorlita. Kedai beliau ada juga di sepanjang jalan Endau-Kuantan. Taukenya seorang yg rajin turun padang & mendapat gelaran 'jutawan keropok'. Keropok Mersing ada kelainan dgn keropok Terengganu. Mereka yg dah biasa dengan keropok Terengganu mmg minat dengan kelainan keropok di sini.
Ada lagi berita 'menggemparkan' di Mersing minggu lepas. Malam Sabtu lalu pengawal SMK Anjung Batu diserbu dengan 4 orang warga Indon yang berparang & pedang. Beliau diikat & diheret ke kantin. Hampir semua bilik digeledah termasuk bilik guru, PSP, pejabat dll. 6 laptop,wang guru,kain-kain & bermacam peralatan telah diambil dlm operasi dari jam 1.30 pg hingga 6.30 pagi. Mereka juga melarikan berkotak2 air milo, nugget dari kantin. Sesuatu perlu dilakukan demi keselamatan barangan dan warga sekolah berikutan kes jenayah yg amat berleluasa sejak akhir-akhir ini.
Jenayah kian meningkat - tak mengira tempat. Bandar besar, bandar kecil, pekan dan kampong semuanya berlaku. 5 jam menyamun di sekolah. Lama tu. Mujur juga pengawal tak dicederakan. Trauma ...
Itulah. Ada satu dua kes termasuk kecurian di MRSM. Lps sehari baru pegawai penyiasat datang. Itupun di sindir2 dan dikatakan menyusahkan mereka.Baru-baru ni ada accident melibatkan seorang pengusaha pelancong yg terkenal dgn panggilan Zali. Accident tu berlaku di jalan Nitar tak jauh dari Mersing. 2 orang cikgu MRSM menyaksikan dan menunggu kedatangan ambulan.Malangnya lebih satu jam baru tiba wlpun jarak dekat. Mangsa dah meninggal dunia. Beberapa kali dah berlaku kononnya ambulan tiada (saya mengalami sekali bila anak accident). Pemandu dan ambulan yg bertugas ada minum di restoren berdekatan.
Asal-usul nama Tenglu ada diceritakan tp dah tak ingat.Saya tinggal kat area situ. Nanti saya rujuk orang kampung.
Ada sedikit penerangan mengenai asal-usul nama tenglu yang boleh dibaca dari mdmersing.gov.my/sejarah_kawasan. Tarafnya macam catatan kat wikipedia sahaja(boleh baca sebagai panduan tapi faktanya belum tentu boleh terima).
Membaca mengenai apa yang berlaku dalam negara memang menyakit hati. Semuanya sudah hilang integriti. Baik peringkat atasan sampailah ke bawah. Lihat saja mengenai tindakan pdrm, sprm, kehakiman, parlimen, dun ... aah apa kesudahannya ni.
Saya rasa punca haru-biru di negara kita akibat minda masyarakat kita. Sejak dulu kita menyerahkan segala-galanya utk orang lain fikirkan. Contohnya: kita serahkan para ulama' utk fikirkan ttg agama,serahkan kepada parti utk uruskan hal-hal politik, serahkan hal kg kpd JKK dan macam2 lagi. Kita tak buat double checked apa yg dibuat, kewangan dll. Bila sekarang dah agak terlewat kerana bila satu isu nak ditangani maka diprovokasi hal2 lain utk melrikan fokus masyarakat.
Post a Comment