Setelah hampir 3 tahun blog ini diwujudkan, kebanyakan entri/artikel panduan melancong tertumpu kepada pantai-pantai pelancongan sekitar tanah besar (Mersing).
Kini tiba masanya kami mempromosi pulau-pulau sekitar Mersing. Bak kata pelancong-pelancong yang kerap ke sini (majoriti sekitar JB, Singapura, KL, Melaka), kalau dah datang ke Mersing ,rugi kalau tak ke pulau-pulau terumbu yang tersohor di dunia seperti Pulau Tioman, Pulau Aur, Pulau Sibu, Pulau Besar dan banyak lagi pulau-pulau resort eksklusif terpencil. Jika ingin bermalam sebelum ke pulau, bandar Mersing mempunyai semua kemudahan seperti jeti, pusat rehat& rawat,pengangkutan dan hotel-hotel penginapan sementara yang paling lengkap.
Jika anda sampai ke sini, berbelas-belas pulau ini jelas kelihatan (sememangnya cantik). Ini menjadikan pantai Mersing mempunyai panorama yang memang unik dan berbeza.
Kali ini, sebuah resort di Pulau Tioman menjadi pilihan, sering menambat hati pelancong-pelancong yang biasa ke pulau ini
Sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong tetap (regular) di kalangan rakyat Sngapura dan Johor Bahru
Anda akan terkejut dengan pemandangan hadapan chalet yang begitu mengkagumkan
Hanya di pulau-pulau seperti Tioman terdapatnya chalet pantai yang bersebelahan pantai terumbu semulajadi
Sun Beach Resort terletak di Kg Tanjung Genting, yang terkenal dengan pantai yang indah, bersih dan tidak jauh dari Taman Marin
Terdapat pelbagai pilihan chalet berdasarkan bajet dan pakej yang berbeza, namun semuanya terjaga dengan baik dan lokasi yang strategik
Peluang diri untuk merasai ketenangan setelah sepanjang tahun berhempas-pulas mencari rezeki
Semua kemudahan diperlukan ada di sini sama ada anda ingin berbulan madu, berehat bersama keluarga atau mengadakan program hari keluarga
kkkk
Pandangan dari atas bukit
Anda pasti tak mahu melepaskan peluang mengalami panorama begini..
Mungkin pengalaman pasangan ini boleh menjadi panduan..
[klik]Contoh quotation (cadangan) pakej yang didapati dengan semua syarat & bonus
Jangan lepaskan peluang terbaik menikmati keindahan dan servis terbaik yang bertaraf dunia.
Untuk mendapat pakej terbaik dan maklumat terperinci bolehlah email :
cikgurahman@yahoo.com
Jika berkumpulan, bolehlah menyenarai bilangan keluarga dan nama serta ahli-ahli (umur) untuk mendapat cadangan pakej dan kos yang paling sesuai serta tepat untuk pilihan anda
Selamat Melancong ke Pulau-pulau Perairan Mersing !!