31 Disember 2012
Lokasi :
Tanjung Genting
Nota :
Kawasan pantai cetek berhampiran bandar Mersing yang disempadani oleh Pulau Setindan dengan kawasan laut dalam merupakan fenomena yang unik. Ketika air surut pengunjung mungkin boleh sahaja berjalan kaki menyeberangi ke pulau tersebut yg mungkin jaraknya 2-3 km ( PHD belum pernah melakukannya). Cuma satu nasihat jika tidak pasti keadaan air pasang silalah bawa brg berisi sedikit bekalan makanan, air dan life jaket. Manalah tahu anda mungkin terperangkap di pulau tersebut atau di tengah-tengah laut apabila air pasang
Permukaan air laut bertukar menjadi 'cermin'..
Permukaan air laut bertukar menjadi 'cermin'..
Fenomena air surut yang indah di Mersing..Perairan cetek yang surut menjadikan permukaan air seperti cermin membayangi pulau-pulau berhampiran Mersing.
MERSING LAGUNA..
Inilah perairan cetek yang dicadangkan untuk membina pulau-pulau tiruan untuk pembangunan resort yang luasnya lebih kurang 3000 hektar tetapi dibatalkan baru-baru ini.
Inilah perairan cetek yang dicadangkan untuk membina pulau-pulau tiruan untuk pembangunan resort yang luasnya lebih kurang 3000 hektar tetapi dibatalkan baru-baru ini.
Pulau Setindan..Sempadan terakhir perairan cetek. Apa yang dilihat dalam foto ini sepatutnya menjadi Mersing Laguna
Sebelah kanan Pulau Setindan kelihatan dari jauh Pulau Besar. Antara dua pulau ini menjadi laluan ke pulau-pulau peranginan di perairan Mersing seperti Tioman, Pulau Aur dll.. Jauh kelihatan di sebelah kanan ialah Pulau Tinggi. Pulau Tinggi boleh dilawati melalui Jeti Tg Leman iaitu lebih kurang 70 km dari Mersing
Di sebelah kiri ialah menganjur pantai-pantai dan teluk sehingga ke Teluk Buih. Teluk Buih bersebelahan dengan Pantai Air Papan yang popular. Kawasan ini sepatutmya menjadi sempadan sebelah kiri Mersing Laguna.
Di sepanjang pantai Mersing dari selatan ke utara terdapat banyak kemudahan permainan kanak-kanak.
Sebuah tabika Kemas berhadapan dengan pantai ini..
No comments:
Post a Comment