Lokasi:
Taman Pantai Bandar
Masa :
10 pagi- 10 malam
Hari penutup :
1 Januari 2013
Lewat petang di Taman Pantai Bandar..Bermacam-macam aktiviti termasuk bermain layang-layang dan motor bungy. Penduduk mengambil peluang cuaca yg baik setelah berhari-hari hujan
Deretan gerai pasar monsun ( ekspo ) pada waktu maghrib..
Pelbagai pilihan makanan. Gerai sup tulang sahaja ada 3 buah. Begitu juga beberapa gerai burger bakar. Teringat pasar malam Cameron Highlands yg kerap dikunjungi oleh PHD
Ramai pengunjung yang membeli makanan bersantai di sepanjang pantai untuk menikmati suasana indah laut yang diterangi bulan purnama. Angin bertiup kuat dan ombak agak besar
Gerai nugget menjadi pilihan kanak-kanak
Jika ke Mersing singgahlah ke Taman Pantai Bandar pada musim-musim monsun. Nikmati keindahan dan kesegaran angin malam di sini..
No comments:
Post a Comment