8 Disember 2012
Pantai Air Papan Mersing
3.00-6.30 petang
Kami datang sesi petang. Masa tu orang tak ramai lagi..
Cuaca cerah..Panas..Laut membiru & bergelora..menandakan monsun sudah tiba
Team layang-layang formasi tidak berehat. Mereka bermain sepanjang petang
Pulau-pulau perairan Mersing jelas kelihatan kecuali Pulau Tioman
Petang tadi langit & awan begitu indah..
Layang-layang spiral hanya berputar di darat..Sgt cantik..
Kekuatan tarikan layang2 ni umpama lembu..Mgkn Arnold Swarzenneger shj yg mampu
Pekena goreng pisang..rm 5..sedap
Keropok lekor agak keras tapi masih sedap..Cuma harga air 50% lebih mahal. Mungkin sebagai ganti kerana tak perlu bayar tiket masuk
Permainan dari Vivin World ( ?) yg sungguh mengasyikkan kanak2..hanya rm5 sahaja
Gerai yg menjual layang-layang yg pelbagai saiz dan harga..ada rm5, rm 10 dan rm 20
Semakin petang semakin banyak layang-layang diterbangkan. Pengunjung pun makin ramai
Layang-layang formasi yang menarik tumpuan ramai. Seronok nampaknya
Apabila senja makin hampir laut bertukar warna menjadi sangat cantik & memukau warna & berkilau-kilau
Layang-layang saya rm5 sahaja..
Ikan gergasi
Syabas dan tahniah kepada penganjur.
Moga pesta layang-layang ini dijadikan acara tahunan !
No comments:
Post a Comment