Disebabkan psting kat bawah ni bagaimana Che Det ni 'born to be' Negarawan saya pun nak ceritakan sikit apa yg saya kagumi tentang Tun M..bukan kisah usahanya sehingga menjadi Bapa Pembangunan Malaysia tetapi bagaimana pesanan arwah ibunya yang saya kira amat hebat. Begini..
Tun M bila diajukan soalan tentang kisah ibunya, maka beliau selalu menceritakan bahawa semasa beliau masih kecil, ibunya selalu pesan :
" KALAU TENGAH SEDAP SANGAT MAKAN, MAKA BERHENTILAH.."
Nasihat ini nampaknya biasa tetapi saya ingin bertanya , adakah kanak-kanak kecil mampu berhenti makan ketika enak menikmatinya?
Hanya mereka yang benar-benar hebat, sabar dan disiplin sahaja mampu menahan nafsu ketika sedang enak menikmatinya.
Hasil didikan seperti ini akan membuahkan hasil iaitu :
1. Sabar
2. Disiplin
3. Tak pentingkan diri sendiri
4. Anti-Rasuah/komisyen
5. Tahan cabaran
Sama ada Tun M berjaya membentuk identiti di atas terpulang kepada anda menilainya tetapi ciri-ciri kebanyakan di atas sememangnya ada.
Teringat saya satu kisah seorang ulamak sufi yang rajin beramal ibadah dan sangat zuhud.
Satu hari seorang pemuda datang bertanyakan persoalan 'luar biasa' kepada beliau " Selama hidup tuan beribadah dan menzuhudkan diri ini adakah perkara keduniaan yang paling tuan ingini?"
Jawab ulamak tadi "Ya, aku sangat menginginkan satu manisan lebah yang hatiku telah mendambakan sejak 40 tahun lepas"
Tanya lagi pemuda " Adakah tuan mendapatkannya? Madu lebah ada dijual di mana-mana kedai dan harganya tidaklah mahal!"
Jawab ulamak lagi " Tidak. Langsung daku tidak mendapatkannya walaupun setiap pagi daku amat mengingininya."
Pemuda itu makin heran lantas berkata " Hal itu amat mudah bagi tuan. Tuan boleh saja pergi ke kedai di hadapan rumah tuan. Madu itu halal diminum dan tidak salah pun tuan merasainya"
Ulamak itu dengan suara perlahan berkata " Benar. Pada fikiran daku jika keinginan nafsu sekecil secangkir madu pun daku tidak mampu mengatasinya apatah lagi keinginan lain"..
BAGAIMANA DENGAN KITA?
Selalu kita merasakan bahawa kitalah orang yang paling Islamik atau setidak-tidaknya golongan profession yang paling mulia tetapi adakah kita dapat menahan nafsu dari..
1. Berbuat maksiat sama ada perbuatan atau lisan
2. Berdendam dan hasad dengki
3. Sukakan pujian atau pengiktirafan
4. Cepat marah bila ditegur
5. Suka mengumpat dan menceritakan keburukan orang lain
6. Suka menceritakan tentang kelebihan dan kebaikan yang dibuat
7. Tidak sanggup menerima idea dan pandangan orang lain walaupun orang itu mungkin lebih muda atau kita rasa kedudukan lebih rendah dari kita
8. Mengejar pangkat, gred atau pengiktirafan tetapi kerana Allah sahaja
9. Hanya mementingkan salah satu sama ada urusan negara, urusan keluarga dan urusan diri dengan Allah setiap hari.
10.Meng'hightlight' kelemahan orang lain tetapi 'melupus' kelemahan diri.
11.Mengharapkan makhluk lebih dari Allah swt
12.Gemar memandang rendah manusia lain kerana kelebihan pangkat, harta, jawatan,populariti,anugerah, kecantikan dan lain-lain.
Jika kita sebagai guru masih 'bergelumang' dengan hal di atas maka gelaran guru 'musyid' atau 'marsyad' yg dimuliakan oleh Allah mungkin masih jauh nak dicapai.
Mungkin sama-sama kita boleh menghayati dua kisah di atas dan mengamalkan sifat 'menahan diri terhadap nafsu peringkat rendah' kerana bila-bila sahaja ajal akan sampai (game over) dan tiba-tiba sahaja kita dah berada dalam ruang sempit tanpa ditemani oleh rakan, keluarga mahupun majikan kita.
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment