Kita biasa mendengar kata-kata orang tua kepada anak-anak " Belajar rajin-rajin.Berusaha dengan gigih. Nanti kalau jadi menteri atau PM senang nanti"
Bagi saya nasihat ini amat salah dan merosakkan nilai-nilai amanah sebagai bakal pemimpin/khalifah
Sepatutnya nasihat begini: " Belajar rajin-rajin. Jadi menteri dan PM. Boleh jaga rakyat, bangsa dan agama. Dikasihi Allah dan semua makhlukNya serta mendapat kemuliaan di langit dan bumi"
Ambil iktibar dari beberapa kisah pemimpin yang amat amanah di bawah:
1. Sayyidina Umar Al-Khattab ra bermula sahaja dilantik menjadi khalifah 'mengharamkan' dirinya memakan sebarang lauk-pauk selain cuka diperbuat dari kurma sehingga akhir hayatnya kerana amat bimbang ada rakyat yang lebih miskin darinya.
2. Khalifah Umar Abd. Aziz ra (cucu sayyidina Umar ra) akan memadamkan api pelita kepunyaan negara (katanya) apabila sahaja ada anaknya datang berbincang hal-hal keluarga
3. Presiden Ahmenajad dari Iran akan memadam lampu dan air-cond apabila anaknya datang ke pejabat Presiden. Beliau kerap menaiki kenderaan awam sejak sebelum beliau menjadi Dato Bandar Tehran dan Presiden Iran. Beliau apabila naik sahaja sebagai Presiden Iran mengambil gaji yang setaraf dengan guru-guru biasa sahaja walhal kekayaan Iran lebih 600 kali berbanding Malaysia.
4. Banyak lagi iktibar dan kisah seumpamanya.Rakyat menjadi senang hati dan bersemangat dan sanggup bekerja dengan pemimpin. Sama-sama menanggung susah mahupun sama-sama menikmati kesenangan (bukan segelintir sahaja)
Lihatlah betapa bijaknya masyarakat islam di negara-negara pemimpin di atas memilih pemimpin mereka. Majoriti rakyat telah mengenakan syarat sebagai pemimpin negara haruslah berilmu, bijak, amanah dan lebih penting adalah sanggup berkorban untuk negara (buka slogan sahaja)
Jadi perbetulkan nasihat kepada anak-anak anda.
Satu lagi..
JANGAN JADIKAN PELUANG MENJADI PEMIMIPIN/PENTADBIR SEBAGAI 'SKIM CEPAT KAYA' yang akhirnya memusnahkan semua asas negara
p/s ; kalau nak kaya berniagalah kerana Nabi bersabda bermaksud " Berniaga adalah 9/10 dari rezeki dunia"
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
2 comments:
tersentuh hati bila tau di zaman sekarang masih ada lagi org macam ni
Pemimpin yg mencintai Allah & Rasul dan menyayangi akan orang di bawah kepimpinannya memelebihi segala kemewahan umpama sebutir intan dlm lautan kaca
Post a Comment