Mon Jun 9, 2008 9:34 pm (PDT)
Subject: Aduhai 4 orang Isteriku..
Aduhai 4 orang Isteriku..
> > Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang
> mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri
> yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan
> yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang
> tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak
> hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik
> untuk isteri keempatnya itu.
> >
> > Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga.
> Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering
> berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini
> kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang
> kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki
> yang lain.
> >
> > Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga
> sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang
> sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun
> apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu
> meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah
> tempat bergantung. Dia selalu menolong dan
> mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
> >
> > Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia
> adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering
> membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah
> yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha
> si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu
> mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu
> saying kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu
> memperdulikannya.
> >
> > Suatu ketika , si pedagang sakit. Kemudian dia
> menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak
> lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan
> indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku
> punya empat orang isteri. Namun, apabila aku
> meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika
> aku harus hidup sendiri."
> >
> > Lalu dia meminta semua isterinya datang dan
> kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya,
> "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan
> perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati,
> mahukan kau mendapingiku dan menemaniku?" Isteri
> keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab
> isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaj tanpa
> berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan
> hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan
> menghiris-hiris hatinya.
> >
> > Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada
> ; isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati,
> dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau
> ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri
> ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku
> akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu
> terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
> >
> > Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku
> selalu berpaling padamu setiap kali mendapat
> masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku
> perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah
> kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua
> menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu
> menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu
> keliang kubur saj. Nanti, akan kubuatkan makam yang
> indah buatmu."
> >
> > Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si
> pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar
> satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan
> ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan
> meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si
> pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan
> mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu.
> Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya
> seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si
> pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu
> melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan
> kubiarkan kau seperti ini isteriku."
> > Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri
> dalam hidup ini;
> >
> > ISTERI KEEMPAT
> > adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan
> belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya
> tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia
> akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada
> keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita
> menghadapNYA.
> >
> > ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan
> kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi
> kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan
> melupakan kita yang pernah memilikinya. >
> >
> > ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman.
> Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka,
> mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya
> sampai kuburla mereka akan menemani kita.
> >
> > DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan
> amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan
> melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.
> Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah
> yang mampu untuk terus setia dan mendampingi
> kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu
> menolong kita diakhirat kelak.
> >
> > Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal
> kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal
> kemudian hari!...
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment