Sempena Syawal yang masih dalam suasana kemeriahannya maka eloklah di ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca yang sempat mengunjungi blog ini. Ramai di antara kita yang pulang beraya ke kampung dan tentunya banyak cerita yang boleh dikongsi bersama. Ada yang terperangkap dalam kesesakan lebuh raya terutama perjalanan dari Pantai Timur. Begitu juga ceritanya yang balik dari utara melalui lebuhraya.
Selain kesesakan di jalanraya ada beberapa perkara yang agak mengecewakan yang dapat dilihat apabila berkunjung untuk beraya di beberapa buah kampung. Jalan raya yang sempit dan tidak diurus dengan baik menjadi perkara biasa. Begitu juga halnya dengan sistem bekalan air dan letrik yang sering terganggu kerana keupayaan yang jauh lebih rendah berbanding bilangan pengguna yang semakin bertambah. Kenapa sesudah 50 tahun merdeka perkara asas ini masih belum selesai.
Ada satu lagi hal yang menyakitkan pandangan iaitu berkaitan timbunan sampah yang tidak terurus. Perkhidmatan memungut sampah memang tidak pernah disediakan kepada penduduk kampung. Akibatnya mereka tak punya pilihan melonggok sampah di mana-mana sahaja terutama di belakang rumah. Tambahan pula yang mendiami kampung ialah warga tua yang tak sudah tak larat nak mengorek lubang untuk mengambus sampah berkenaan. Pembeli surat khabar lama pun tak ada yang datang maka nak melupuskan surat khabar lama pun susah. Maka tak hairanlah banyak kes penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi kian bertambah.
Foto ini dipilih kerana sampah yang ada tak menimbun sangat ....
1 comment:
Tinggal di pedalaman spt di Mersing, kemudahan yg biasa didapati di bandar memang kurang.
Ini adalah kerana jumlah orang yg sharing the common tak ramai..
Cth :
Bas sekolah tak banyak-sbb ramai naik basikal, motor dan jalan kaki
Kurangan nurseri, tadika islam dll..
Hospital tiada kemudahan ICU,bilik bedah dan pakar
Bahan-bahan bacaan ilmiah, tuisyen yg bagus, perkhidmatan sanitasi yg baik juga tiada
Kadangkala susu anak yg kualiti baik sukar diperolehi dan cepat kehabisan..perlu travel lbh 150km. Itu belum dikira utk rawatan pakar anak..
Berurusan dgn pejabat2 kerajaan
Mcm2 lagi..
Jadi banyak masa dihabiskan utk mendapat servis yg paling mudah diperolehi di bandar besar..
Tinggal di pedalaman perlu byk kesabaran..
Post a Comment