Reply from JAKIM:-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
i) McDonald
ii) A&W
iii) Secret Recipe
2. Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat
dan piawaian halal :
i) Victoria Station
ii) Kam Lun Tai
iii) Lotus Family Restoran
3. Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
i) San Francisco Steakhouse
ii) Chicken Rice shop
iii) Kiwi Express
4. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat. KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
6. Ayamsegar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B,syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
7.Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.
Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara.. Utk pengetahuan,JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses dimalaysia sahaja .
8.Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yangtelah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal. Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walaupun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam di negara asal produk tersebut diimport.
9.Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.
10.Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ):Madam K wan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis,California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, RotiboyBakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen(Vietnamese) , Chin oz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, GloriaJean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco SteakHouse/Santini.
Jawapan:Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yangdisenaraikan itu.
11. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS( Jabatan Agama IslamSelangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yangdigunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
12. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
13.Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
14.Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fishball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas,memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
15.Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.
waallahua'lam
by Hallesuliby

No comments:
Post a Comment