Setiap kali menjelang Idul Fitri antara acara yang utama adalah mengadakan ziarah ke pusara ayahanda yang telah 6 tahun meninggalkan dunia ini.Menziarahi mereka (ahli kubur)bukanlah semata-mata mengingati mereka yang telah pergi namun yang lebih penting adalah peringatan bahawa matlamat kehidupan di dunia akan berakhir di 'terminal barzakh' ini . dari situ, kita akan berlepas ke destinasi yang penuh teka-teki ( adakah kebahagiaan atau penderitaan) dalam tempoh yang lama.
Secara sedar atau tidak topik 'kematian' tidak popular' sebagai bahan perbualan harian.Ini mungin budaya orang kita atau setidak-tidaknya akan 'merencatkan' mood pada hari itu. Malah ramai beranggapan bahawa mengingati kematian merupakan langkah mundur ke belakang dan lebih baik diisi dengan wawasan kerja atau perkara-perkara yang kreatif. Namun saya beranggapan sebaliknya kerana ianya 'menyegar' dan mengaktifkan minda bila dijadikan sebagai bahan analisis. Antara perkara yang boleh dikaitkan dengan kematian adalah perbezaan bentuk persoalan antara 2 aras iatu :
Lapisan atas (tanah):
Hari ini nak buat apa?
Nak makan apa?
Nak pakai pakaian apa?
Urusan apa nak diselesaikan?
Prestasi kerja bagaimana?
Bila nak naik gred?
Apa pandangan 'Boss', suami/isteri, rakan dan anak-anak ?
Nak bersembang dengan siapa?
Nak pergi mana?
Nak jumpa siapa?
Popular/glamour tak aku?
Pengurusan bajet harian?
Hiburan apa?
Lapisan bawah (tanah):
Bila akan dibawa?( hari ini/esok/Sedang bekerja/Sedang berseronok)
Selesa tak?
Sempit atau lapar tak ?
Apakah golongan yang kita dikategorikan?
Selamatkah aku ?
Apakah yang ditemui di sana?
Apakah prestasi perbicaraan Mungkar-Nangkir
Apakah tuntutan-tuntutan manusia lain yang perlu dihadapi?
Bilakah ianya berakhir?
Ingatkah kaum keluarga kita terhadap kita?
Mana rakan-rakan atau boss yg sering 'membantu' aku?
Keseorangan atau tidak?
Suatu keajaiban kerana kebanyakan kisah panglima peperangan yang handal (sentiasa menang dan terselamat ), mereka seringkali menginginkan kematian. Walhal majoriti mereka yang takut kematian itulah yang sentiasa terbunuh dalam peperangan.
Jika nak dikaitkan dengan prestasi akademik, pelajar yan cemerlang biasanya menunggu-nunggu saat peperiksaan sementara pelajar-pelajar yang lemah amat takut dengan peperiksaan.
Berbalik kepada persoalan menghadapi saat kematian..Persoalannya adakah hati kita benar-benar bersih sebelum perjalanan terakhir ke alam abadi ini?
Adakah minda kita sudah 'delete' memori:
>Video-video dendam, benci, irihati, riak, takabur?
>Audio (sejarah lama) pertelingkahan,kata-kata penghinaan/dihina dan kata2 yg 'terlampau'
>Perbuatan yg menjadi kesalahan terhadap Allah atau sesama manusia (terutama keluarga atau jiran) termasuklah penganiayaan, ketidakadilan, tidak melaksanakan t/jawab dll
Amat menyeramkan bila sekali sekala menziarahi pusara.
Sememangnya KEMATIAN adalah TERAPI TERBAIK ...
Goodbye..until next Raya..Assalamualaikum (wahai ahli kubur)
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment