Sudah lama juga tidak berkesempatan menyumbang bahan kepada ghd. Kalau nak memberi alasan tu memang senang ... sebut saja sibuk dengan kerja, sibuk itu, sibuk ini. Namun yang pastinya beberapa minggu kebelakangan memang banyak hal yang berlaku dalam negara. Terutamanya hal mengenai politik yang memenuhkan berita nasional. Kalau di media perdana kebanyakannya berita cuma dari sebelah pihak sahaja sampai tak larat nak baca, tak sanggup lagi nak dengar. Kebejatan media membuatkan berasa cukup stress dan menghilangkan mood untuk bekerja.
Mujur juga dalam riuh-rendah begitu ada tugas yang memerlukan berada di luar kawasan. Dapatlah berjalan ke tempat yang jauh dari pejabat sambil menambah pengalaman. Tugas kali ini adalah menyelia pelajar yang sedang menjalankan praktikum di firma persendirian.
Satu perkara menarik dari lawatan tersebut adalah kagum melihat bekas pelajar yang sudah berjaya menjadi usahawan membuka perniagaan sendiri. Bidang ukur (atau geomatik) ternyata mampu melahirkan graduan yang boleh berdikari. Mereka mendapat ilmu yang profesional dan meneruskan karier sebagai Juruukur Bertauliah dan membuka firma perniagaan yang berjaya. Kini pelajar ukur yang sedang dalam semester latihan mendapat peluang untuk menjalani praktikum di firma ukur berkenaan. Itu satu kitaran pendidikan yang yang amat bermakna.
Salah sebuah firma yang dilawati adalah Syarikat Jurukur Ramadhan yang membuka pejabat di sebuah taman perumahan di Bandar Kota Bahru. Satu perkara menarik mengenai firma berkenaan adalah penerapan nilai keagamaan yang disemaikan. Pada setiap pagi semua staf akan memulakan tugas dengan sesi membaca Al-Quran selama setengah jam. Pada petangnya pula sebelum habis bekerja semua staf akan solat asar secara berjemaah di premis mereka. Selain itu sebagai ganjaran kepada pekerja yang bagus prestasi kerjanya syarikat akan menghantar pekerja tersebut untuk berumrah atau mengerjakan haji.

Firma Jurukur Ramadhan di Kota Bahru Kelantan

Juruukur Asas (Tanah Merah Kelantan) - bangunan besar cat merah
Syarikat Jurukur Asas beroperasi di Tanah Merah Kelantan. Firma ini amat berjaya sehingga mampu memiliki sebuah rumah kedai tiga tingkat terletak di kawasan perniagaan Tanah Merah.
3 comments:
Salam..
Terima kasih tuan kerana masih sudi dan berkesempatan (walaupun kesempitan masa) untuk menyumbangkan artikel di sini.Usaha tuan menjejaki sebahagian kejayaan anak didik dan menyiarkannya merupakan usaha penting untuk dicontohi oleh generasi baru anak-anak didikan kita. Kadangkala guru seperti kami ketandusan bahan seperti ini untuk dipaparkan sebagai contoh atau idola. Sangat menarik artikel ini yang mempunyai makna dari segi karier dan nilai-nilai keinsanan. Sudah tentu kesadaran mereka tentang hal-hal di atas berkemungkinan dari didikan sama ada secara langsung atau tidak. Anyway keep blogging.We are waiting for your next posting sooner.thanks
Juruukur Tanah yang bertauliah amat kecil bilangannya. Di Semenanjung cuma ada dalam lingkungan 400 orang. Bilangan bumiputera dengan non-bumi adalah agak setanding. Maknanya pencapaian kuota DEB telah berjaya.
Begitu juga dengan Jurukur yang bekerja di jabatan kerajaan. Kini graduan dari utm dan uitm mengisi hampir keseluruhan jawatan utama sektor kerajaan.
Begitu situasinya. Inilah dikatakan sebagai perjuangan dalam senyap oleh 'unsung heroes'. Tahniah.Kalau zaman-zaman penjajah agaknya orang British sahaja yang pandai dalam bidaang ini. Patutlah mereka mampu menguasai dunia kerana pengukuran dan penilaiannya tepat.Rasanya ada dalam Al-Quran menerangkan bahawa setiap satu ada ukurannya?Maknanya bidang sangat penting dan fardhu kifayah yang wajib ditunaikan.
Post a Comment