Para ibu bapa yang telah selesai mendaftarkan anak-anak mereka sedang khusyuk mendengar taklimat dan amanat dari Pengetua dan ahli senat maktab.
Kaunter dan petugas yang lebih ramai membolehkan urusan pendaftaran berjalan lancar
Kenderaan ibu bapa hanya dibenarkan untuk diletakkan di satu ruangan luas di padang maktab. AJK lalu-lintas berjaya mengawal trafik keluar-masuk maktab dengan efisien dan professional
Sekumpulan pelajar senior berbangsa India di MRSM Mersing. Mereka berjaya menyesuaikan diri di sini dan dilayan dengan baik oleh semua warga maktab. Keistimewaan mereka adalah kerana mereka rajinmenegur, peramah dan suka bertemu dengan guru. Mereka juga aktif dalam semua aktiviti dan program yang dijalankan di maktab. Sekarang pelajar India paling ramai di maktab ini. Comel-comel juga diorang ni..
Sesi pertemuan antara anak-anak homeroom, ibu bapa mereka dan guru penasihat. Banyak borang perlu diisi dan juga pertanyaan yang perlu dijawab oleh penasihat homeroom
No comments:
Post a Comment