Tempat : Jabatan ICT, ILP Mersing
Masa : 9.00-5 petang
Fakta:
1. 10 orang guru MRSM Mersing telah menawarkan diri utk mengikuti kursus ini.
2. Bayaran : RM 114 satu kepala (untuk pakej 10 orang)
2.Banyak kursus dalaman dan luaran ditawarkan dan dikendalikan oleh ILP
Pemandangan gelanggang dan asrama dari Kafetaria
3. Kerja-kerja pembinaan dimulakan tahun 2002 dan pengambilan pelajar pertama pada tahun 2005(?)
4. Terdapat lebih 700 pelajar (100 tinggal di luar). Kebanyakannya lepasan SPM.
6. Kampusnya agak besar iaitu 60 hektar dan bangunan-bangunan dibina di atas puncak-puncak bukit yang agak tinggi dan juga dilerengnya. Jika berjalan kaki antara bangunan akademik, asrama, kafe dan padang bola sepak memang memenatkan.
Ini adalah pemandangan dari surau yang terletak bersebelahan dewan kuliah. Padang kelihatan sayup di bawah dan angin segar akan merawat para jemaah yang keletihan. Memang best !!
7. Bangunan-bangunan akademik bersaiz besar dan ala-ala bengkel di Universiti. Ini adalah tangga menuju bilik-bilik kuliah dan staf. Suasana agak sunyi pada hujung minggu. Terpaksa menaiki tangga yang tinggi untuk sampai .
Ruang bawah tangga adalah ruang latihan amali pemasangan litar/wiring. Bangunan '0lok-olok' 3 tingkat itu digunakan sebagai simulasi. P/s: Bertuah jika MRSM ada sebuah tempat seperti ini. Bermacam-macam kajian rekacipta boleh dibuat. Bangunan 'olok-olok' tu b oleh digunakan untuk aktiviti Drama B.Inggeris..
Kelas di sini lebih mengkagumkan kerana memiliki 2 buah penghawa dingin 2.5 HP, speaker, LCD projektor dan kerusi rekabentuk baru. Kemudahan mereka jauh mengatasi kita..Tak percaya lihatlah pada kerusi pengajar. Barulah kemudahan Kelas Pertama..
Ini adalah deretan rumah-rumah staf yang di bina dari puncak bukit menuruni cerun di bawahnya. Terdapat rumah yang berbentuk seperti taska serta tempat permainan kanak-kanak yang lengkap. Dibahagian bawah tersusun 4 atau 5 blok penginapan bertingkat dan jumlah 'parking' berbumbung memang banyak dan cantik
Bilik komputer memang luas, komputernya mempunyai monitor LCD, pantas dan kerusinya memang selesa. Menurut pengajar, Pn Haizan terdapat 10 server di ILP Mersing. Setiap meja terdapat ruang untuk menyimpan barangan dan buku.
Inilah kali pertama kursus luaran online database dibuat di sini dan kali pertama juga guru-guru MRSM Mersing berkursus di sini. Kafetaria memanglah agak besar. Ruang kakitangan ada 4 buah penghawa dingin 2.5 HP. menakjubkan !!. Di sebelahnya ruang pelajar yang boleh memuatkan lebih kurang 80-100 peljar makan serentak. Mejanya pelajar ala-ala kafe kopitiam. Semuanya berhawa dingin.
Pn Haizan mampu menyampaikan isi kuliah dan amali dengan baik dan berkesan. Kursus yang sepatutnya 5 hari dapat dilaksanakan dengan berkesan selama 2 hari. Ramai yang tak mahu pulang. Tahniah !!
Tenaga Pengajar, Pn Haizan(baju biru) dan Cik Shima( bertudung coklat)..
Di akhir kursus dibuat sesi bergambar (foto tak dimasukkan lagi). Ramai yang telah berkira-kira melaksanakan pengetahuan online database di antaranya:
1. Pendaftaran online
2. Borang-borang online
3. Pengundian secara online
4. Update data-data UPPM, k0-Q dan asrama online
5. Permohonan online untuk makmal bitara PSP
6. Memesan eksperimen secara online
Beberapa peserta menyatakan rasa puas hati dengan kursus dijalankan dan berharap pihak maktab akan membenarkan kursus yang lebih advanced spt web online database yang boleh dicapai di mana-mana sahaja. Diharapkan hubungan baik antara MRSM Mersing dan ILP Mersing diteruskan melalui kerjasama dan aktiviti yang banyak manafaatnya
Sebarang pertanyaan tentang kursus ditawarkan bolehlah di email ke haizan@ilpmsg.gov.my
2 comments:
Terima kasih kerana menulis artikel ilp mersing dalam blog cikgu.harap dpt bekerjasama lagi pada masa akan datang.
tuan,
terima kasih kerana menulis artikel berkenaan ILP Mersing dan perjalanan kursus Online Data Base di ILP Mersing.
semuga kerjasama seumpamanya di antara MRSM Mersing & ILP Mersing dapat diteruskan pada masa akan datang.
terima kasih.
Hamdan, ILP Mersing
Post a Comment