Kejayaan Iran melancarkan satelit ke orbit..apa kepentingannya?
Lupakan sebentar tentang percakaran antara Iran-US-Israel..Mari kita tumpukan kepada isu yang lebih ilmiah..
Pelancaran roket untuk penghantaran satelit ke orbit merupakan satu 'lompatan kuantum'@quantum leap bagi sesebuah negara mahupun empayar moden. Kenapa? Inilah antara fakta yang mampu diketengahkan:
1. Pelancaran roket dan satelit melibatkan kemajuan ribuan peralatan berteknologi tinggi. 2. Ini bermakna Iran telah terkedepan (berbanding negara-negara Islam yang lain) dari segi pelbagai bidang kejuruteraan seperti aeoroangkasa, roket, telekomunikasi,ketenteraan dan juga bidang-bidang lain seperti fizik, matematik,astronomi dan lain-lainnya. 3. Kemajuan adalah hasil kecemerlangan dari segi pendidikan, politik,falsafah, sejarah, ekonomi, sosial dan perhubungan antara bangsa. 4. Inilah dikatakan sebagai keagungan budaya masyarakat Parsi sejak sebelum Islam hinggalah kini. 5. Mereka dikatakan bangsa yang paling bijak dalam organisasi dan pentadbiran selepas bangsa Yahudi di dalam dunia ini. 6. Mereka mempunyai maruah, iltizam dan ketahanan yang tinggi menghadapi semua cabaran di dunia sejak ribuan tahun lalu. 7. Mengapakah dan apakah yang menyebabkan keagungan bangsa Parsi?
Jawapannya mudah sahaja iaitu..MINDA atau dalam bahasa yang mudahnya ialah AKAL..
Sebaliknya jika sebuah negara MINDA bangsanya lemah maka apa yang berlaku? Inilah kemungkinannya:
1. Diberi amanah menjaga AGAMA tetapi apa yang berlaku masyarakat rosak akhlak dan agamawan tak mampu menegur an memperbaiki masayarakat. 2. Diberi kuasa POLITIK, tetapi disalahguna untuk meratah semua hasil bumi tanpa menghiraukan rakyat 3. Diberi NEGARA tetapi akhirnya banyak harta negara dimiliki oleh warga asing dan wilayah dirampas oleh negara lain 4. ....
Tugas mengubah MINDA ini terletak kepada:
1. Guru yang mendidik untuk melahirkan ilmuan yang benar-benar menguasai ilmu, cinta ilmu, sayang agama, bermaruah,mempunyai falsafah hidup yang tinggi, berkemahiran dalam pelbagai bidang,bijak mentadbir dan berpolitik serta bercita-cita menguasai dunia seperti bangsa Yahudi, Eropah, Cina, Jepun dan Parsi 2. Ahli politik/pemimpin yang menjaga dan menguruskan ekonomi negara untuk diagihkan bagi menyedia dan membekalkan semua prasarana dengan mencukupi,lengkap, sempurna dan dengan kos yang sebenar untuk kajian dan pembangunan (R&D). Pemimpin juga wajib menjadi model kepada rakyat dari segi amanah, kebijaksanaan, bermaruah serta mampu memberi inspirasi kepada masyarakat 3. Ulamak yang memberi kefahaman, menjaga dan memelihara agama. Mereka wajib menegur dan memberi buah fikiran kepada pemimpin dan rakyat (amal makruf nahi mungkar) 3. Pentadbiran perlu menyalurkan semua kemudahan tadi dengan penuh bijaksana, telus, penuh perancangan,mempunyai tindakan susulan seta memilih pegawai yang benar-benar berkemampuan dari segi IQ dan EQ. Ini melibatkan semua jabatan kerajaan, swasta, NGO, perbandaran mahupun JKK.
No comments:
Post a Comment