Tarikh : 31 Januari 2011
Masa : 3.30 petang
Venue : Timotel (roof top)
Petang tadi kemuncak hujan lebat 4 hari melanda Johor. Berita menyatakan Mersing terputus hubungan dengan Kluang & juga JB. Walaupun kelihatan gembira diraikan, namun bila disebut perjalanan balik esok mungkin ramai yang akan ketidaksampaian jika air sungai berterusan naik malam ni.
Semasa posting ini ditulis , sejak petang tadi ibu bapa kepada anak-anak homeroom berusaha datang. Seorang bapa menelefon dari Kahang mengatakan keretanya tersekat di situ dalam perjalanannya dari Kluang ke Mersing. Beliau bertanya bolehkan maktab meminta bantuan tentera utk meredah dan membawa keluar pelajar yg bakal terkandas di situ esok. Ada yang menelefon dan akhirnya membuat keputusan memandu lori syarikat untuk meredah banjir di Kota Tinggi untuk ke sini malam ini.
Cuma pesanan PHD keselamatan perlu diutamakan..cehh cam MB Johor jer cakap
No comments:
Post a Comment