Tarikh : 27 Jan 2011
Masa : 6.45- 7.10 pm
Cuaca : Hujan, udara sejuk & lembab, angin agak kencang, laut bergelora
Petang ini setelah menjemput anak di sekolah agama, destinasi yang dirancang adalah Pantai Taman Bandar. Apabila sampai di simpang jalan pantai tersebut, hampir keseluruhan jalannya ditutup bertujuan untuk memasang kanopi yang begitu banyak jumlahnya ( Karnival Mersing akan tiba?)
Jadi kami mengubah destinasi ke hujung tanjung di sebelah kanan pantai. Kawasan tersebut kurang dikunjungi kerana tidak disediakan pelbagai kemudahan. Setelah meletakkan kereta di tepi jalan berhampiran klinik pergigian Hospital Mersing ekplorasi bermula..
Kawasan Pantai Bandar ini jarang dipukul gelora kecuali musim monsun
Kawasan Pantai Bandar ini jarang dipukul gelora kecuali musim monsun
Sebelah kiri pantai..kawasan tumpuan ramai kerana terdapat banyak kemudahan permainan kanak-kanak, gerai, dataran dan sebuah ampiteater
Arus ombak kuat juga. 2 Minggu sebelumnya air pasang bani bertemu ombak laut setinggi hingga 3 meter menyebabkan air laut melimpah ke tebing
Sebelah kanan pantai yg agak 'ditinggalkan'..Terdapat banyak batu-batu di tepi pantai
Kanak-kanak paling gembira
'batu cawan' dipukul ombak
Rumah rehat zaman kolonial yg begitu strategik untuk dimajukan terbiar begitu sahaja
Nun di sana Tanjung dan Pantai Seri Lalang (pusat keropok)
Paip-paip fiber bersaiz mega digunakan untuk menyedut pasir di tengah laut untuk projek tambak laut.
Mengikut plan, kawasan Pantai Bandar akan menjadi pusat rekreasi yang sangat besar & menarik
Pandangan pantai dari rumah rehat di atas bukit tadi
Untungnya tinggal di Mersing kerana kehidupan di kelilingi laut.
Penghayatan keindahan & kuasa alam yang sukar diperolehi di bandar besar
Penghayatan keindahan & kuasa alam yang sukar diperolehi di bandar besar
No comments:
Post a Comment