Lokasi : Taman Pantai Bandar
Tarikh : 25 Januari 2011
Masa : 6.40-7.00 pm
Cuaca : Angin sangat kencang, lembab, hujan sekali sekala
Sudah masuk 2 hari keadaan ini berlaku dan hari ini angin bertambah kencang. Apabila angin berlaga dengan dahan-dahan pokok besar yang banyak terdapat di sini bunyi berdetup-detap umpama ada yg akan tumbang memberi sedikit suasana yg mengerikan. Teringat suasana yang lebih dahsyat semasa mengajar di Kuala Terengganu, tak ingat tahun berapa . mungkin 1995. Terengganu di landa angin terkuat yang pernah dirasai. Waktu itu bulan Ramadahan. Bunyi dahan-dahan besar dan pokok tumbang menyebabkan sukar melelapkan mata kerana ketika itu menginap di rumah warden yg diperbuat dari kayu.Dalam masa 6 hari itu setiap pagi persekitaran rumah akan dipenuhi dahan-dahan pokok sebesar sehingga sepemeluk tumbang. Mujur tak mengenai asrama pelajar (waktu itu asrama daripada kayu-rumah panjang). Al-kisah keluar dlm paper masa tu seorang lelaki diterbangkan angin ketika berbasikal melalui Jambatan Sultan Mahmud yg terbuka mengadap laut di KT
Hari ni Pay Day..sungguh melegakan kerana banyak pbelanjaan untuk persekolahan anak-anak bulan Januari ni
(foto semalam)
Foto hari ni
No comments:
Post a Comment