Wednesday, 22 May 2013

Kerajaan-kerajaan Melayu yg Hilang..

Sumber : https://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/kerajaan-kerajaan-melayu-yang-hilang/432702310116160


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti mana yang dijanjikan, saya akan menulis mengenai Kerajaan Aroi Matahari yang lokasinya terletak di Kepulaan Pasifik. Pada asalnya, artikel ini hanya berkisar mengenai Kerajaan Aroi tetapi kajian yang saya lakukan membawa saya kepada beberapa benang halus yang berkait rapat antara Kerajaan Aroi Matahari dan Lemuria serta Atlantis. Jadi, saya merasakan tajuk Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang merupakan tajuk yang paling baik.

Kalau kita mahu bercakap mengenai Kerajaan Aroi, kita harus belajar dahulu mengenai Lemuria dan Atlantis. Kenapa? Soalan itu senang sahaja kerana rekod sejarah menunjukkan bahawa pengasas Kerajaan Aroi ialah leluhur daripada Lemuria. Jadi, untuk mengenali Aroi, harus belajar mengenali bapa kepada Aroi iaitu Lemuria dan Atlantis.

Juga, untuk mengkhatamkan bab mengenai Lemuria dan Atlantis, harus anda mengkhatamkan topik mengenai bangsa Melayu. Memahami apa itu definisi perkataan Austronesian dan Polynesian. Bila anda sudah memahami perkataan ini, anda pasti tidak menghadapi masalah untuk menelan artikel saya ini. Jangan risau, sebenarnya ada artikel saya yang lepas berkisar mengenai definisi bangsa Melayu.

Rujuk: http://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/rumpun-melayu-dan-pribumi-sabah-sarawak/288291507890575


Lemuria dan Atlantis

Lemuria merupakan sebuah peradaban kuno yang masih didebatkan kewujudannya oleh para sejarawan. Manakala Atlantis berdiri selepas kewujudan Lemuria tetapi pernah berada pada period yang sama. Bukan kerana kewujudannya palsu tetapi kekurangan bukti untuk menjadikan Lemuria benar-benar wujud. Persoalan itu kita tolak ketepi, kerana kita ada benda yang lebih penting untuk dipelajari.

Lemuria ialah sebuah kerajaan yang dikatakan berdiri pada 75 000 tahun sebelum masihi hinggalah ke era 11 000 S.M. Tamadun ini dikatakan ranap atas beberapa sebab, diserang oleh jiran mereka iaitu Atlantis dan menjadi mangsa banjir Besar. Tentang isu ini, ramai pengkaji berpendapat bahawa Lemuria dan Atlantis ialah umat Nabi Nuh yang ingkar pada ajaran rasul ALLAH itu untuk menyembah ALLAH meninggalkan tinggalan berhala dan matahari mereka.

Kembali kepada topik, Lemuria pada zaman puncaknya, mempunyai 60 Juta orang dan terdiri daripada pelbagai bangsa. Di sini saya mahu membetulkan kenyataan bahawa Lemuria dan Atlantis itu bukanlah milik orang Melayu. TETAPI...

Tahukah anda bahawa Melayu merupakan salah satu bangsa yang pernah menjadi sebahagian daripada Lemuria dan Atlantis? Menurut Powell dalam bukunya The Solar System, pada bab 35 menceritakan bahawa akar bangsa keempat Lemuria merupakan malayan brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian. Akar keempat ini digelar sebagai Atlanteans.

Dan fakta yang mengejutkan ialah lokasi Lemuria dikatakan terletak di Asia Tenggara. (Peta di bawah)



Lemuria meliputi Semenanjung Tanah Melayu, pentas Sunda, Kepulauan Borneo, Sumatera dan Kepulauan Jawa. Ini ialah wilayah yang memang diektahui sebagai Kepulauan Melayu pada hari ini. Hal ini telah membawa saya untuk mengkaji kembali kenyataan  Augustus Le Plongeon (1825–1908), SEORANG PENYELIDIK yang menemui catatan bangsa Mayan mengenai Lemuria dan Atlantis bahawa pengasas kerajaan Mesir Purba ialah Permaisuri Moo, gelandangan daripada Lemuria.

Sekaligus saya teringat akan artikel mengenai Punt, bahawa lokasi tempat misteri yang dikatakan tanah para nenek moyang bansga Mesir dan Qibti, juag dikenali sebagai tanah para dewa yang dikunjungi oleh Ratu Hatsheptsut terletak di Nusantara. Sekarang, sudah jelas kenapa Nusantara ini di kunjungi oleh Firaun Hatshepsut kerana pernah suatu masa dahulu, di tanah ini berdirinya Lemuria.

Banyak juga pengkaji yang mengatakan bahawa Nusantara ialah lokasi Lemuria. W. Eliotscot dalam bukunya The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria, juga tidak ketinggalan seorang professor daripada Brazil dalam bukunya The Lost Continent Of Atlantis Found (gambar di bawah)




Nampak bukan? Bukan seorang dua pengkaji yang telah menemui rahsia bumi kita ini. Cuma Melayu tidur... terlalu lama tidur... selepas sampai bangsa sendiri dipandang hina. Hari ini, bukti arkeologi menunjukkan bahawa keluasan Lemuria mencecah sehingga Pulau Ester yang merupakan wilayah terhujung dalam benua Melayu yang digariskan oleh pakar antropologi pada hari ini.

Teknologi Canggih Lemuria Dan Atlantis 

Nenek moyang orang Melayu pada hari ini dikatakan antara bangsa termaju yang pernah dilihat oleh dunia. Lemuria dan Atlantis mempunyai tanah subur sepanjang masa. Matahari asyik bersinar 24 jam (sesuai dengan iklim khatulistiwa). Mereka mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam dan teknologi bangsa ini sangat-sangat canggih. Ada pendapat mengatakan lebih canggih daripada hari ini. Namun semuanya musnah angkara melawan ajaran Nabi Nuh. Maka, ALLAH turunkan banjir besar dan hanya yang mengikut Nabi Nuh sahaja selamat daripada tragedi itu.

Saya percaya Nabi Nuh bercakap dengan bangsa yang sangat maju. Nabi Nuh tidak berdakwah dan menyeru manusia primitif yang konon sedang berevolusi tetapi sedang bercakap dengan bangsa yang mampu membina kapal terbang dan senjata nuklear. Baca catatan Plato mengenai tragedi yang menimpa bangsa Atlantis (Lemuria tidak disebut kerana Lemuria telah kalah dalam peperangan derngan Atlantis).

Plato dalam bukunya:

"Kerana hanya dalam semalaman, hujan yang luar biasa lebat menyapu bumi dan pada saat yang bersamaan terjadi gempa bumi. Lalu muncul air bah yang menggenang seluruh wilayah (Atlantis)" 

Kemudian bandingkan dengan ayat Al-Quran:

"Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan" (Surah Hud, ayat 37)

Dan...

"Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja." (Surah Hud, ayat 40)

Lihat petunjuk ALLAH dalam Al-Quran, bagaimana Nabi Nuh mampu membina sebuah bahtera dengan jumlah pengikut yang kecil, itu pun tidak ditolak jumlah kanak-kanak dan wanita serta orang tua dalam masa yang sangat singkat kecuali Nabi Nuh merupakan seorang jurutera dan arkitek yang hebat dengan teknologi yang amat canggih. Isi kapal yang bakal dihuni itu terdiri daripada manusia beriman dan haiwan yang hidup di atas muka bumi ini.

Dalam lipatan sejarah, hanya satu tamadun sahaja yang musnah kerana banjir air bah, iaitu Tamadun Atlantis. Anda nampak perkaitannya di sini?

Untuk membuktikan dakwaan saya bahawa tamadun Lemuria dan Atlantis ini maju, mari kita lihat bukti-bukti dalam lipatan sejarah. Teknologi yang paling terkenal melibatkan kedua-dua peradaban ini ialah kristal. Kuil-kuil Lemuria dan Atlantis menempatkan sebuah generator raksasa yang dikelilingi kristal-kristal, sebagai sumber tenaga dan juga digunakan untuk perubatan.

Terdapat perbezaan antara Lemuria dan Atlantis. Bangsa Lemuria tidak sangat mempunyai teknologi yang canggih, dan teknologi mereka sangat mesra alam berbanding teknologi Atlantis sangat canggih dan bangsa ini sangat suka berperang. Bangsa Lemuria yang boleh dikategorikan sebagai bangsa spiritual diserang oleh Atlantis dan akibatnya, Lemuria jatuh. Kejahatan demi kejahatan dilakukan oleh bangsa Atlantis, mereka juga semakin menyeleweng ajaran nabi yang asal sehingga satu masa, ALLAH mengutuskan seorang nabi untuk mereka, namun sayang... seperti umat yang akan datang selepas mereka, mereka menolak mentah-mentah. Akibatnya... terjadilah banjir besar yang disebut dalam setiap tamadun.

Pada hari ini, antara rekod arkelogi yang membuktikasn kewujudan Lemuria dan Atlantis ialah catatan Tamadun China, tulisan sejarawan Yunani seperti Plato, Dodrus, Timagenus, Aelenus, Theopampus, dan banyak lagi. Boleh dikatakan setiap tamadun silam menceritakan mengenai Lemuria dan Atlantis, seiring dengan kisah banjir besar yang melanda dunia.

Ekpedisi-ekpedisi yang dijalankan ke dasar lautan Atlantis (empayar mereka sangat luas) pada hari ini, menemui binaan piramid. Juga penemuan keris Melayu di dasar laut Jepun dengan piramid-piramid aneh. Penemuan paling mengangumkan ialah kru Kapten Reyes menemui makam, kuil dan jalan raya di Talia, Sepanyol.

Kerajaan Aroi Matahari 

Apabila banjir besar mula surut, maka terdapat beberapa orang bangsa Lemuria yang terdiri daripada pelbagai bangsa pada hari ini menubuhkan sebuah kerajaan yang bernama Aroi Matahari, lokasinya di Kepulauan Pasifik (salah satu wilayah rumpun Melayu yang digariskan oleh sejarawan). Kerajaan ini ditubuhkan oleh Tangoba. Ya, pengasas Kerajaan Aroi ialah bangsa Melayu. Tetapi, seperti biasa, kerajaan ini dihuni oleh bangsa-bangsa yang pernah mendiami Lemuria dahulu.

Dinasti yang ditubuhkan oleh Tangoba bernama Dinasti Araiki. Sepanjang pemerintahan Dinasti Araiki, terdapat lebih kurang 16 raja memerintah sehinggalah Dinasti Baralku mengambil alih. Kemudian, pelbagai bangsa kebanyakan sudah pupus di dunia mengambil alih tampuk pemerintahan melalui peperangan dan perkahwinan. Kerajaan ini juga menjalankan hubungan dengan tamadun-tamadun yang wujud selepas banjir besar seperti Tamadun Rama yang terkenal dengan kisah perang nuklear mereka, tamadun awal China, tamadun purba penduduk ASLI AMERIKA.

Namun, rekod penyelidik mengatakan bahawa Dinasti Nan Madol mengambil alih kerajaan Aroi. Dinasti ini ialah antara dinasti Kerajaan Aroi yang didirikan oleh orang Melayu. Dinasti ini sempat meninggalkan kepada kita sebuah bandar yang masih boleh dijumpai pada hari ini. (Gambar di bawah)






Tinggalan bandar Nan Madol boleh dijumpai di Pohnpei. Dijumpai pada tahun 1800 oleh penjarah eropah. Nan Madol bukan sahaja peningalan nenek moyang bangsa Melayu ini. Sebagai contoh, piramid ialah binaan biasa orang Melayu sejak zaman Lemuria lagi. Jadi, tidak hairanlah dakwaan bahawa terdapat ratusan piramid Melayu di dalam hutan kita yang sedang tunggu masa untuk didedahkan. Orang Melayu sebenarnya mampu membina lebih daripada itu. Sebagai contoh, dikatakan Kerajaan Aroi mampu membina terowong bawah laut yang menghubungkan pulau-pulau di bawah empayarnya.

Lagi satu yang perlu diketahui oleh orang Melayu, kerajaan Aroi sebenarnya merupakan sebuah kerajaan Maritim yang dimana kita dapat melihat warisan genetik nenek moyang kita berada dalam diri kita. Kerajaan-kerajaan Melayu selepas itu kebanyakannya bersifat maritim dan melakukan aktiviti perdagangan. Sebagai contoh, Srivijaya dan Melaka.

Kesimpulan 

Orang Melayu merupakan antara bangsa tertua di dunia yang masih bertahan dalam lipatan sejarah. Daripada zaman nenek moyang mereka, Lemuria sehinggalah zaman banjir besar, beratus-ratus kerajaan tumbang, beratus-ratus bangsa telah pupus di dunia tetapi orang Melayu masih kekal bertahan. Saya berharap segala apa yang saya tulis melalui hasil kajian saya diambil positif. Kita harus mengambil contoh nenek moyang kita, menjadi hebat seperti mereka dan jangan tidur lagi...

Rujukan:

  1. The Chronicles Of Genesis: A complete history Of Nefilm oleh Neil Zimmer. 
  2. Far out adventure: The Best World Explorer  oleh David Hatcher Childress. 
  3. Our Journey Through Time oleh John C. Carnes. 
  4. The Ancients oleh Fernando Gallegos. 
  5. The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria  oleh W. Eliotscot.
  6. The Lost Continent Of Atlantis Found oleh Arsyio Santos 
  7. The Solar System Oleh Powell
Ulasan :


Agak menarik namun tulisan ini jauh ketinggalan dari Kajian Lembah Bama yang sauat menerusi pendekatan ICT dan Komunikasi pada tahun 2009.Teori saya 1.Lembah Bama adalah Lembah Tamadun Tertua Didunia sejak 30,000tahun dahulu.Teori Melayu Berasal Dari Utara Keselatan Oleh Orientalis Barat Adalah SALAH.Tamadun Melayu Bermula diLembah Bama.2.Teori Komunikasi Telah Saya Buktikan Batu Granite dan Emas Dari Lembah Bama dibawa keMesir untuk dibuat Pramid dan peralatan emas Raja Mesir.Pelabuhan Maritime tertua diAlam Melayu adalah diKUala Medang dan Pulau Tioman,Pahang.TK

Monday, 13 May 2013

Raja-raja akan memulakan Kebangkitan Akhir Zaman di Timur ?

Saya percaya Kebangkitan Akhir Zaman di Nusantara oleh orang-orang Melayu dimulakan dgn munculnya seorang Raja Akhr Zaman. Beliau mengubah struktur pemikiran, sosial dan politik orang-orang Melayu utk mjadi bangsa terhebat menentang Barat. Orang Melayu tiada rekod sejarah berubah atau bangkit berjuang secara besar-besaran atas nama kezaliman atau penindasan. Dato' Onn Jaafar disokong dan Melayu bangkit juga atas isu Raja-raja Melayu. Jika atas isu lain orang Melayu tiada sokongan. Buktinya kes Hang Jebat atau Laksamana Bentan. Keputusan PRU 13 juga boleh dijadikan sebagai bukti.

Orang Melayu hanya bangkit berjuang apabila Raja-raja digugat, pembesar-pembesar dihalang kutip cukai atau dihalang melakukan ibadat. Perjuangan besar-besaran menentang kezaliman atau penindasan tiada dlm sejarah Melayu

Bermula dgn seorang Raja..Jepun begitu juga..Bangsa Asia revolusi hanya apabila muncul Raja yg hebat. Ahli politik atau pembesar tak mampu mgubah cuma sikit-sikit. Raja ni kesetiaan dan kasih-sayang kpd tanah air lebih genuine berbanding ahli politik

Orang Melayu tak suka mencuba. Istilah revolusi atau reinanssance dalam apa shj aspek kehidupan tiada dlm kamus sejarah Melayu. Berbeza dengan Eropah & Cina. Melayu hanya berubah secara besar-besaran apabila Raja-rajanya berubah. Contohnya apabila Raja memeluk Islam keseluruhan rakyat akan mengikutinya. Kelebihannya walaupun 500 tahun dijajah Kristian, orang Melayu kekal Islam. Tidak spt di Filipina atau Indonesia

Pada zaman dulu Raja ialah 'wakil tuhan' atau jelmaan tuhan ( ketika agama hindu). Selepas Melaka, raja Melayu adalah Khalifah Allah. Raja-raja kita juga berketrunan Ahlul Bait iaitu yg akan menerajui kebangkitan Akhir Zaman. Itu hebatnya status Raja-raja kita



Walaupun agak lewat, Raja-raja Melayu akan menerajui perubahan nanti. Hadith Nabi bermaksud "Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agama pemimpin mereka"..Apabila Monggol dgn ganas menghancurkan empayar islam spt tiada harapan kerana jutaan umat termasuk ulamak di bunuh. Tetapi ulama2 sufi dgn kebolehan masing2 mendakwah raja2 yg ganas itu sehingga mereka menjadi peneraju perubahan iaitu hampir sluruh keturunan mereka memeluk Islam dakwah Islamiyah berkembang hasil usaha mereka juga.

Lihatlah betapa besarnya sokongan apabila YM Sultan Kelantan mencemar duli berpakaian mengikut sunnah, menyertai program pemyembelihan, pemyempurnaan jenazah dan mengimami solat hajat. Berpuluh ribu rakyat jatuh hati dan menyertai bersama-sama. Ini juga berlaku di Johor Darul Takzim. Apabila Tengku Mahkota Johor menerajui persatuan bola sepak. Hampir semua bangsa Johor bangkit dengan penuh bersemangat turun beramai-ramai ke stadium. Hal yg sama apabila Parameswara memeluk Islam apabila Maulana Aziz berdakwah kepada baginda. Hampir seluruh pembesar dan rakyat menyertainya. Masanya akan tiba apabila seorang Raja Akhir Zaman muncul untuk kebangkitan Islam di Timur. SesungguhNya semua Raja Melayu berketurunan suci Ahlul Bait. Sudah termaktub begitu pada Kalam dan kitabNya..Allahuakbar !!

Friday, 10 May 2013

Kunci kebangkitan Melayu menjadi Kuasa Dunia


 
Renungan untuk bangsa Melayu: Bangsa Jepun membina empayar moden yang terhebat pada abad ke -20 hasil dari usaha Maharaja Meiji menghapuskan semua mitos dan kepercayaan lama bahawa Jepun bangsa terpilih oleh Tuhan dan bakal menakluk dunia. Ini dibuat melalui penghapuskan kuasa Samurai yg kononnya menjadi penguasa dan penjaga bumi ini. Walaupun masih muda Meiji dengan berani menongkah arus kepercayaan beratus tahun itu yg dinamakan Meiji Ishiin. Selepas itu barulah struktur pemikiran dan sosial bangsa Jepun dapat diubah dan hasilnya mereka jadi gigih mengejar ilmu, mencipta teknologi dan sistem ekonomi yg membawa kepada lonjakan kekuatan negara. Mitos kepercayaan bangsa pilihan tuhan dan bakal menakluk dunia ini sebenarnya melemahkan sesuatu bangsa utk berusaha. Mereka menunggu dan menunggu Penyelamat atau Pemimpin Akhir Zaman. Kaum Red India, kaum Inca di Peru mempunyai mitos yg sama. Bangsa mereka musnah kerana menjadi malas berfikir, malas berubah dan malas untuk bersatu atas kebenaran. Kehebatan sesebuah negara pada masa depan apabila pemimpin dan rakyat berubah fikiran pada hari ini kepada suatu yg lebih hebat dan membina. Semua penaklukan termasuk penaklukan terhadap Troy ( kuda kayu gergasi) , penaklukan Al Fatih (menggunakan teknologi kapal mendaki gunung), penaklukan Eropah oleh Hitler dllnya apabila ilmu dan teknologi mengatasi apa2 pencapaian negara lain pada zaman tersebut. 100 tahun lalu, saintis-saintis di US dan Eropah sudah mengkaji dan membincangkan tentang kuasa nuklear, sudah memajukan teknologi elektrik, sudah membina kapal terbang dan membina roket. Pada masa tersebut orang-orang Melayu masih dibuai mimpi dengan mitos kepahlawanan dan berperang dgn kafir. Pengecualian hanya kpd bangsa Johor. Pemerintah Johor iaitu Sultan Sir Abu Bakar dan Sultan Sir Ibrahim membina sistem pemerintahan moden yg membawa negeri tersebut antara terkaya di dunia. Masa untuk orang Melayu khayal dgn mimpi akhir zaman sudah berakhir. Semua kepercayaan bahawa kita orang Melayu dan pemimpin Melayu mempunyai kuasa sakti sudah berubah. Kita perlu berubah pertamanya dengan meninggalkan semua yg mungkar iaitu kezaliman, pembaziran, rasuah, kronisme, berpuak-puak, suka bergaduh, suka tuduh-menuduh, suka melihat orang lain susah, hasad dengki dll seperti mana syarat kemenangan iaitu Taat kpd Allah dan Rasul. Menentang kemungkaran dan menganjur yg makruf. Solat , puasa, haji, zakat itu hanya rukun Islam sahaja dan perlu dilengkapkan dengan Rukun Iman iaitu melaksanakan semua perintah dan hukum yg terkandung di dalam Al Quran untuk selamat di dunia dan akhirat. Pandangan ini adalah untuk semua tak mengira apa kedudukan, status, parti atau organisasi. Wassalam

Tuesday, 7 May 2013

Surat Terbuka kepada YB-YB Mersing yang terpilih pada PRU 13

Assalamualaikum wbt. 
Posting ini dituju khas kpd YB2 Mersing yg baru dilantik. Saya nak mohon sangat-sangat pertimbangan Dato'/Tuan untuk mendesak Kerajaan Pusat menyegerakan pembinaan jalan raya berkualiti tinggi menghubungkan Kluang-Mersing. Berkualiti tinggi bermaksud lebar, lebih lurus dan permukaan turapan adalah yang terbaik. Jalan raya ini juga hendaklah selamat dan boleh dilalui 24 jam dan mempunyai sistem lampu di selekoh-selekoh dan simpang disamping R&R 24 jam. Kenapa sangat mendesak jalan raya baru ini:-

1. Melonjak ekonomi Mersing kerana Pantai Barat mempunyai penduduk yang mempunyai kuasa beli tertinggi untuk melancong dan melakukan aktiviti kerja ( function) ke sini

2. Sudah ramai orang Mersing yang bekerja dan belajar di Pantai Barat. Ada yang sedang buat PJJ. Mereka lebih mudah berurusan, berurus-niaga, melawat ibu bapa, saudara mara jika ada kenduri, kematian dll. Jadi warga Mersing akan sentiasa diperkuatkan ukhwah dan kekeluargaan

3. Keselamatan dan kesihatan. Laluan Kluang-Mersing sangat tidak selamat terutama di waktu malam atau di awal pagi. Ramai yg terpaksa pulang lewat atas urusan penting terpaksa menanggung risiko yg besar kerosakan kereta, kemalangan, jenayah, keletihan dll. Ramai yg terpaksa bermalam di Kluang atau menangguh perjalanan. Ini merugikan dari segi kos, masa dan produktiviti

4. Mersing sudah mempunyai banyak institusi utama seperti Politeknik, MRSM, SBP, Kem tentera yg terbesar di Asia Tenggara. Sudah tentu para pegawai yang bertugas .ibu bapa, keluarga dan sahabat handai sering berulang-alik ke sini
5. Mersing sebuah daerah yang sangat berpotensi menjadi MUTIARA Pantai Timur Selatan. Kemajuan Mersing akan memacu pembangunan wilayah ini.
 
Banyak lagi sebab kenapa jalan raya ini perlu disegerakan. Moga kesetiaan dan kepercayaan warga Mersing memberi mandat yang terbesar setiap kali PRU akan dibalas dengan kemakmuran yang setara dengan pengorbanan tersebut.

Keprihatinan YB-YB dengan saranan ini saya akhiri dengan Jazakallahukhairan khatiran
 
Mind Installer@Penunggu Hujung Dunia

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing

Blog Pilihan