Apa dia IFC, 'Projek Pluralism' dan Illuminati ini ?
Nama penuhnya adalah Interfaith Council (IFC). Sebelum ini dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). IFC didalangi beberapa pemimpin dari pertubuhan yang berlandaskan politik baik di dalam mahupun di luar negara manakala mereka berlandaskan pula ‘instruction’ dari pertubuhan atau agensi yang bukan berlandaskan politik (iaitu sebagai mastermind kepada dunia politik) di luar negara berpengkalan di USA, Israel, German, United Kingdom, Australia, France dan beberapa negara yang lain.
14 Tuntutan IFC
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Ulasan :
Jika dilihat sebahagian tuntutan ini sering dibangkitkan oleh DAP terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang menyaksikan kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR). PAS seolah-olah 'terperangkap' apabila DAP berselindung di bawah Kerajaan PR. PKR pula 'melayan' semua tuntutan DAP, Hindraf dan IFC demi sokongan untuk meraih kuasa pemerintahan. Ini satu permainan berani mereka dan amat bahaya bagi umat Islam di negara ini)
Projek Pluralism melemahkan kuasa pemerintahan melalui forum bebas
Selain dari teknik traditional dalam missionaries (dakwah) yang dilakukan oleh puak kristian, teknik yang terbaru ialah dengan menubuhkan pertubuhan-pertubuhan palsu yang kononnya bertujuan sebagai forum perbincangan, seminar serta pemahaman bahawa semua agama hidup harmoni di bawah satu bumbung. Tapi sebenarnya, ‘bumbung’ tersebut ialah fahaman Pluralism yang cuba untuk diterapkan. Ini dikatakan amat bertepatan dengan tujuan 'dajjal' (Shadow Government yang menguasai US) ialah untuk menubuhkan Satu Kerajaan Dunia, Satu Pemimpin Dunia dan juga Satu Agama Dunia. Pluralism ialah nama lain bagi Satu Agama Dunia. Nama saja berbeza, matlamat tetap sama. Islam tidak boleh disamakan dengan mana-mana agama (termasuk gabungan dalam Pluralism). Apabila menyebut tentang "Forum", sudah tentu akan ada sesi soal jawab di antara peserta dan tetamu jemputan pada penghujungnya. Di sinilah akan dibangkitkan pertanyaan dan persoalan sebagai contoh "Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam." Persoalan ini kebanyakkannya akan disoal oleh wakil media termasuk akhbar dan majalah. Sudah tentu apabila pulang saja dari forum, mereka akan terbitkan sesi soal jawab tersebut berserta kandungan perbincangannya. Lebih bahaya lagi apabila mereka (terutama media dari luar negara) membuat perbandingan agama di antara negara kita dan negara lain yang bebas. Apabila status negara kita dipersoalkan di luar negara (konon atas hak asasi dan kebebasan manusia), mereka akan menggunakan pelbagai organisasi dalam dan luar negara untuk menekan negara kita sehingga negara kita tunduk kepada kehendak mereka (teknik yang sama digunakan untuk mengistiharkan ’sanction’ atau sekatan kepada sesebuah negara).
Bukti Projek Pluralism di Malaysia
Pada 17 Mac 2003, bengkel mengenai keperluan kewujudannya telah diadakan di Malaysia. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan NGO Islam serta beberapa pemimpin Islam menarik diri. Dan pada Januari 2005 pula, draf undang-undang penubuhan dikemukakan dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).
Konrad Adenauer Foundation (Konrad-Adenauer-Stiftung) (KAS) ialah sebuah yayasan kajian German yang bersekutu dengan Christian Democratic Union di negara tersebut. Ianya diasaskan pada 1956 dan pada awalnya dikenali sebagai "Pertubuhan untuk Kerja-kerja Pendidikan Demokrasi Kristian (Society for Christian Democratic Education Work)". Ianya ditukar nama kepada Konrad Adenauer Foundation pada 1964 dengan mengambil nama bekas Chancellor Konrad Adenauer.
Yayasan ini merupakan "politically affiliated research foundations" yang terbesar di German dengan bajet tahunan sebanyak €100 million (~RM450 juta), yang mana sebahagian besarnya diperolehi dari kerajaan German. Yayasan ini membiayai pula kajian tentang sesuatu policy dan bergerak sebagai think-tank.
Siapakah pemimpin yang "menyambut" kehendak IFC ini?....Allah berfirman di dalam Al-Quran yang maksudnya :
- Al Imran ayat 111
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
-
Al Maidah ayat 51
No comments:
Post a Comment