
Tapi banyak dah lupa..Masa tu 'budaya MRSM' yang dibanggakan itu masih segar. Apatah lagi MHI adalah 'ikon' kepada budaya tersebut. Kini budaya MRSM tersebut mungkin tinggal 10% sahaja. MRSM memang sudah tiada beza dengan kementerian. Budaya tersebut terhakis kerana mungkin sebahagian besar masa, tenaga dan fikiran hanya untuk memperolehi sebanyak mungkin A. Kegagalan mendapat A yang bertimbun-timbun dikira MRSM itu gagal. Nampaknya usaha untuk menjadikan MRSM seperti kolej-kolej terkenal di US (kerana banyak menghasilkan manusia yang menempa nama dalam pelbagai bidang) mungkin tak tercapai kerana di sana sijil tak penting tetapi penarafan sesebuah kolej itu lebih diutamakan .(buktinya Malaysia tiada IPTA tersenarai dalam 200 terbaik dunia; sebelum ini ada)
Saya pernah bersembang-sembang dengan MHI ketika lawatan terakhir beliau ke sini. Beliau mengakui budaya istimewa tersebut telah hampir lenyap dan 'produk' mutakhir MRSM dah tak macam dulu.
Saya rasa tiada siapa yang ingin membuat kajian tentang ini. Masing-masing sudah terlalu sibuk.
Dunia Barat telah melalui lebih awal ( lebih kurang 50 tahun lebih awal) dengan situasi 'kesibukan' ini dan telah menerima banyak 'padah'nya. Kini mereka telah beransur-ansur 'memperbaiki'nya supaya lebih akses kepada masa, keluarga, pembacaan ilmiah dan lain-lain'. Mereka memperbaiki sistem kerja, infrakstruktur, mengurangkan birokrasi, mengutamakan yang 'utama' dengan menggunakan pelbagai kemudahan masa kini seperti internet, software, sistem-sistem terbaru dan lain-lain. Kepentingan, nilai dan pembahagian masa telah disusun semula dan telah dilaksanakan dengan jayanya sejak 25 tahun lepas.
No comments:
Post a Comment