Sambutan memperingati Israk dan Mikraj merupakan satu tarikh penting dalam kalendar Islam. Masyarakat di negara kita umumnya memilih malam 27 Rejab sebagai tarikh untuk memperingati peristiwa tersebut. Betul atau tidak peristiwa ini berlaku pada malam 27 Rejab bukanlah untuk kita membincangkannya. Kita serahkan urusan tersebut kepada para bijak pandai dan para agamawan untuk mereka perdebatkan. Saya terjumpa satu ulasan tentang perkara ini di satu laman yang menulis dengan tajuk “Meninjau semula tarikh 27 Rejab”. Tentu ada banyak rencana lain mengenai hal ini yang boleh kita temui kalau rajin mencari.
Kain rentang ceramah Israk Mikraj di Masjid UDA, JB
Baru-baru ini sewaktu berjalan di kedai buku terjumpa sebuah kitab bertajuk “Israk dan Mikraj – latar belakang dan falsafahnya”. Kitab ini agak tebal dan merupakan terjemahan penulisan seorang ulama dari timur tengah. Seharusnyalah kita meluangkan waktu membaca kitab sebegini untuk mendalami keistimewaan israk dan mikraj.
Kitab - Israk & Mikraj
Peristiwa israk dan mikraj sebenarnya telah turut dikaji oleh orang Barat. Saya terjumpa satu tesis mengenai israk dan mikraj dihasilkan oleh seorang pengkaji dari Amerika. Beliau menulis tesis kedoktoran dengan judul “Heavenly journeys, earthly concerns – The legacy of the Mi’raj in the formation of Islam”. Tesis tersebut akhirnya di terbitkan dalam sebuah buku dengan judul yang sama – (maklumat dari amazon).
Buku tesis mengenai Israk-Mikraj oleh penulis Barat
Mesej dari hal ini ialah rajin-rajinlah kita membaca keranalah itulah yang paling mudah. Nak menulis buku mungkin kita tak mampu, sedangkan orang di Barat menulis tesis tentang Islam - walau pun niatnya mungkin suatu yang kita ragui. (Tesis yang disebutkan boleh di download percuma di UTM – ini satu lagi kemudahan yang seharusnya dimanfaat semasa berada di ipta, semua maklumat di hujung jari !)
1 comment:
Bacaan begini membolehkan minda kita diaktifkan untuk memahami pelbagai perspektif akan intipati makna Israq dan mikraj berbanding cara lama yang mengulang-ulang cerita yang sama. Ini secara tak sedar akan menambah keimanan dan ketakwaan pada diri. Janganlah jadi spt orang kita yang bersemangat berarak sambil bermahaban dan berzanji semasa maulidul rasul tapi bila diajak mengamalkan semua sunnah dan seruan nabi maka cepat2 menjawab:"eh..eh..tak sesuai..belum boleh lagi"..Inilah iman ikut-ikutan tak tertanam dalam hati..
Tapi saya percaya warga seperti guru memang minat membaca buku-buku ni tapi dek kerana tugas2 terlampau demi agama dan bangsa (tapi sebenarnya untuk..)niat itu terpendamn shj.Warga pendidik sebenarnya lebih tertutup dan jumud disebabkan 'masa' yg banyak dirampas.Mereka tak faham maksud Surah Al-Asr..ianya bukan bermaksud menambah-nambah atau menambun kerja tapi time management..lihatlah di barat mereka faham makna kuantiti dan kualiti..yakni jika ditambah murid dan ditambah kerja maka lebih banyak masa diluangkan untuk kecemerlangan. Oleh itu keluarga mula terabai dan kerosakan masyarakat akan semakin parah..Nabi tak suruhpun berkampung kat tempat kerja (demi negara)..Nabi juga pernah bersabda yang antara lain:Aku pun berbuka dan berkahwin (jawapan untuk golongan yang terlalu ekstrem melakukan pekerjaan atau ibadah). Kurang membaca dan mencari maklumat menyebabkan orang kita paling banyak buat silap dalam serba-serbi sama ada dalam pendidikan, politik mahunpun agama islam..
Post a Comment