Menurut pakar organisasi tandas atau bilik air adalah merupakan salah satu imej yang paling penting bagi suatu organisasi. Jika tandas bersih, selesa, harum, mesra pengguna dan lengkap iaitu bertaraf 'rest room' maka tetamu yang datang (biasanya mesti ke tandas untuk membuang air, bermekap dan lain-lain) akan merasa 'dilayan dengan baik'. Tandas yang kotor, berbau, kurang kelengkapan dan lain-lain akan menimbulkan ketidak selesaan dan rungutan kepada pengunjung.
Cuma hari ni nak tunjuk yang tandas guru/staf lelaki tingkat 2 sudah bersih, berkilat dan wangi. Terima kasih atas tindakan Us Wi HEP dan juga akak 'cleaner' syarikat baru yg dapat tender pencucian. Khabarnya gaji di bayar cepat dan tepat iaitu 1 dan 2 haribulan. Maka semua tumpang gembira.
Sebagai tambahan kalau boleh ditambah dengan 'hanger', sabun tangan, tisu dan diperbaiki kunci pintu tandas (dibimbangi berlaku 'accident')
Jadi..inilah bukti foto tandas yang makin ceria ini..
Akhir kata sama-sama kita menjaga bilik yang penting ini)
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment