Hydrofuel di pasaran dua minggu lagi
Oleh SITI NOR HAFIZA KAMARUDIN
SEORANG pekerja Hydrogen Fuel Industries memasang
kit hydrofuel di Shah Alam.
KUALALUMPUR - Kit sistem bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen (Hydrofuel) yang berupaya mengurangkan kos petrol dijangka akan berada di pasaran dua minggu lagi.
Presiden Hydrogen FuelIndustries (M) Sdn. Bhd., Dr. Halim Mohd. Ali berkata, untuk permulaan,produk tersebut boleh didapati di beberapa bengkel terpilih di seluruhnegara.
Katanya, syarikatnya menyasarkan untuk melantik 600 pengusaha bengkel bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan alat itu.
"Kamijuga mengalu-alukan mana-mana pengusaha bengkel yang berminat untukmenjadi pengedar alat ini dengan menghubungi ibu pejabat kami diBanting.
"Kit ini dijamin selama dua tahun atau 50,000kilometer, perlindungan insurans serta wang akan dikembalikan jikatidak memberi penjimatan dalam tempoh sebulan," katanya ketikadihubungi di sini semalam.
s t
KOTAK diod pemberi isyarat bacaan gas hydrofuel.
Menurut Halim, alat tersebut begitu mudah untuk dipasang pada kenderaan iaitu mengambil masa hanya minimum 45 minit.
"Produk ini dijamin bermutu tinggi, ringan, kecil, mudah guna, mesra alam sertai tidak akan memberi sebarang kesan terhadap kuasa enjin sesebuahkereta.
"Alat ini didatangkan dengan pakej yang mengandungi sebuah tong air berkapasiti lima liter, satu set kanister, satu set komputer kawalan (ECU), kabel penyambung, pengikat, manual pemasangan,kad jaminan dan pelekat kereta hydrofuel," jelas beliau.
Halimyang juga pencipta produk itu berkata, hydrofuel menggunakan sistem teknologi air sebagai sebahagian daripada bahan bakar dan sesuai digunakan oleh kenderaan 2,000cc ke bawah.
"Formulanya lebih kepada fizik di mana air dipecahkan kepada molekul hidrogen yang kemudiannya diselarikan dengan petrol dan oksigen dimasukkan untuk mengayakan pembakaran.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

No comments:
Post a Comment