Ceramah oleh Prof Salleh Buang
Tajuk ceramah - Lessons of Pulau Batu Putih
Ceramah yang beliau sampaikan selama satu jam bertajuk ‘ Lessons of Batu Putih – why we lost at the ICJ”. Salah satu sebab yang beliau sebutkan ialah kelemahan pasukan negara kita yang ditampilkan di ICJ berbanding pasukan Singapura. Pihak Singapura telah menghantar perwakilan yang boleh diiktiraf sebagai ‘pro’ sedangkan negara kita diwakili oleh pasukan yang dikategori sebagai ‘novice’. Makanya tentu sekali penghujahan pihak lawan sukar ditandingi. Sebab-sebab lain yang beliau kemukakan antaranya ialah kelemahan sistem arkib menyimpan dokumen penting, gagal mengemukakan dokumen bertulis sebagai bukti sah (eg. kehilangan surat penting bertarikh 1884), sejumlah enam buah peta Malaysia diterbitkan oleh pihak berkuasa kita sendiri (sebelum tahun 1980) yang mengakui PBP sebagai di bawah milikan S’pura.
2 comments:
Kamu kenal diri kamu, kamu kenal musuh kamu, dalam seratus peperangan kamu tidak akan dapat dikalahkan, kamu kenal dirikamu, kamu tidak kenal musuh kamu, kamu akan tukar kemenangan jadi kekalahan, kamu tak kenal diri kamu, kamu tak kenal musuh kamu, kamu tak layak memenaginya selama-lamanya.
(Terimalah akibatnya kita semua..Nasi dah jadi bubur)
Kebijaksanaan mengatur strategi adalah ciri utama dalam 'peperangan'. Diorang ni tak apply pun Sun Tzi Art of War..
Singapore tetap Singa pura-pura. Dan kita entah brapa kali ditipu spt Perjanjian Pangkor..Syabas Malaysia
Orang-orang kita suka minum atau makan hidangan yang banyak meletak perisa/perasa/aroma tiruan dan tak kurang gemar menyediakan bahan-bahan asli kerana sering menganggap 'deal' dengan benda-benda ni 'leceh' dan 'complicated'
Manakala orang lain akan 'extract' dari bahan-bahan 'asli' tadi menjadi bahan aktif yang lebih berkualiti dan kuat kuasanya..
Ini adalah perumpamaan tentang insan yang sangat bijak dan benar-benar 'wise man'yang berada di tahap 'witch' dipinggir dan dinafikan 'hak untuk bersuara'dan meng'implement' kebolehannya.
Golongan 'bijak pandai'yang ibarat perisa tiruan (atau tin kosong)ini akhirnya memusnahkan semua asas negara yang mengancam generasi akan datang
Post a Comment