Banyak sekali fenomena kejadian alam yang seharusnya menyedarkan kita akan kebesaran Allah SWT. Salah satu tanda yang dapat kita saksikan ialah kewujudan bulan (moon; lunar). Banyak sekali buku rujukan akademik yang telah ditulis mengenai bulan. Di perpustakaan utm terdapat beberapa judul buku yang sangat mengujakan untuk dibaca. Termasuklah teknologi sains angkasa Amerika Syarikat dan Rusia dalam menerokai bulan.
Satu fenomena menarik mengenai permukaan bulan ialah kewujudan kawah (crater) yang banyak imejnya boleh diperolehi melalui sumber internet. Crater terjadi akibat hentaman objek seperti asteroid, meteoroid, comet dan sebagainya yang berterbangan jatuh di permukaan bulan. Ada banyak sekali tompok-tompok crater dan setiap satunya mempunyai nama. Siapa yang menamakan crater tersebut. Katalog nama-nama crater ini di rekodkan oleh IAU -International Astronomical Union iaitu sebuah badan di bawah PBB. Namun begitu, usaha merekod katalog tersebut menjadi tugas kepada sebuah agensi sains angkasa di US iaitu USGS. Mereka melaksana tugas tersebut di bawah sebuah program - Astrogeology Research Program.
Imej gambaran crater yang wujud di bulan
Dari begitu banyak crater yang ada terdapat sejumlah 24 buah yang telah dinamakan mengikut nama Islam/Arab Muslim. Senarai lengkap 24 nama tersebut boleh diperolehi di sini. Berikut adalah di antara nama tokoh Muslim berkenaan berserta latitud dan longitud lokasi crater mereka (kat bulan pun dah termaktub latitud dan longitud macam kat bumi).
01 Kawah Abul Wafa (Abu al-Wafa) - 1 deg U; 117 deg T
02 Kawah Abulfeda (Abu al-Feda') - 14 S; 14 T
03 Kawah Al-Bakri (Al-Bakri) - 14 deg U; 20 deg T
04 Kawah Al-Biruni - 18 N; 93 E
05 Kawah Al-Khwarizmi - 7 N; 106 E
06 Kawah Al-Marrakushi - 10 S; 56 E
07 Kawah Albategnius (Al-Battani) - 12 S; 4 E
08 Kawah Alfraganus (Al-Farghani) -5 S
09 Kawah Alhazen (Al-Hasan Ibn al-Haytham) - 16 N; 72 E
10 Kawah Almanon (Al-Ma'mun) - 17 S;15 E
Bagi mengenali lebih dekat tokoh-tokoh yang nama mereka diabadikan nun di bulan sana boleh kita baca biodata mereka di laman berikut -Muslim Heritage.
Setem khas program angkasawan Malaysia
Sekadar renungan foto di atas merupakan usaha negara kita dalam memperingati genap setahun Dr SMS menyertai kapal angkasa Soyuz. Negara India dah melancarkan roket sendiri ke angkasa lepas. Kita nampaknya memadai berbangga dengan setem ...
1 comment:
Salam...
Ada sumber (tak ingat dah mana) yg mengatakan Ibnu Sina berjaya mendapatkan batuan bulan melalui penggunaan tenaga tertentu (mungkin zero point energy)yg selalu digunakan oleh magician yg terkenal. Ada seorang lecturer UKM yg buat PhD tesis tentang beliau yg bukan shj pelopor Perubatan moden tp menghafal ratusan ribu hadith. Salah satu kajian Ibnu Sina ialah dlm bidang tenaga manusia digunakan untuk membina bidang perubatan homeopathy yg berasakan tenaga ('ghost') yg terdapat dlm setiap benda yg dijadikan bahan ubatannya. Dikatakan hanya sebahagian kecil kitab karangannya yg masih ada termasuk Canon phitibbs..wallhua'lam
Post a Comment