Persoalan Tidur Menjelang Peperiksaan
October 6, 2008 at 6:55 am | In Panduan Peperiksaan, Untuk Renungan |
Tags: tidur ritma biologikal
Isnin, 6 Oktober 2008
by Dr Shukri Abdullah (Smart Learning)
Bagi anda yang akan menduduki PMR, peperiksaan sudah terlalu dekat. Ingat di minggu terakhir ini, antara lainnya, sila beri perhatian kepada perkara berikut. JAGA KESIHATAN dan JAGA KESEGARAN badan dan minda. Nampak macam perkara remeh, tetapi sebenarnya amat penting.
Sesetengah pelajar membuat kesilapan besar semasa menduduki peperiksaan … MENGANTUK ketika menjawab soalan peperiksaan. Bagaimana boleh berlaku dan apa implikasinya ? Dia mungkin berjaga sehingga lewat malam di minggu-minggu terakhir dan semasa minggu peperiksaan. Barangkali tidur jam 3 - 4 pagi dan bangun jam 9 Itu adalah satu tabiat yang saya klasifikasikan sebagai “bodoh bin bahlul” atau “stupid s/o idiot” ! Kenapa saya begitu keras mengenai perkara ini ?
Kekurangan “tidur” dan “rehat” menjejaskan tiga perkara, yakni (a) tumpuan (b) ketangkasan berfikir, dan (c) daya ingatan. Ketiga-ketiga perkara ini diperlukan untuk menjuarai peperiksaan. Untuk memahami sepenuhnya soalan peperiksaan (agar tidak tersalah faham atau tersalah tafsir) seseorang pelajar mesti memiliki daya tumpuan yang kuat. Sementara itu untuk membolehkannya menjawab soalan dengan “cepat” kerana masa terlalu suntuk pelajar berkenaan mesti tangkas pemikirannya, justeru berupaya mentafsir dan menjawab apa jua soalan dengan tepat. Perkara ketiga yang dinyatakan di atas ialah daya ingatan. Macam mana seseorang pelajar mampu menjawab soalan dengan baik melainkan mereka memiliki daya ingatan yang baik.
Berdasarkan kenyataan di atas pelajar mesti memastikan tidur dan rehat yang mencukupi sekurang-kurangnya seminggu sebelum dan sepanjang minggu peperiksaan. Kenapa seminggu sebelum peperiksaan pun kita kena jaga tempoh tidur dan rehat kita ? Ia berkaitan dengan ritma biologikal seseroang. Persoalannya seperti berikut. Bagi anda yang selalu bangun awal tiap-tiap pagi (katakan 5 pagi), tiba-tiba pada satu pagi itu (atas sebab tertentu) anda bangun jam 8 pagi. Apakah anda rasa segar kerana tambahan masa tidur (3 jam) ?. Atau bagi anda yang selalu bangun tidur lewat (katakan 9 pagi), kemudian pada satu pagi itu anda terpaksa bangun jam 6 pagi. Rasa segar ? Dalam kedua-dua kes di atas, mereka akan terasa mengantuk, letih dan tidak selesa kerana ritma biologikal badan sudah berubah kerana masa tidur berubah dengan ketara sekali. Jadi untuk membiasakan minda dan badan anda selesa dengan masa bangun tindur sepanjang minggu peperiksaan, saya mencadangkan anda mula tidur lebih awal seminggu sebelum peperiksaan supaya menjelang minggu peperiksaan masa tidur dan bangun sudah menjadi normal, justeru tidak menjejaskan ritma biologikal anda. Makna, sekiranya anda bercadang untuk tidur jam 11 malam dan bangun jam 6 pagi (atau tidur jam 10 dan bangun jam 5 pagi bagi pelajar di Sabah, Sarawak dan Labuan) pada hari peperiksaan nanti, maka seminggu sebelumnya, elok dipastikan agar masa tidur dan masa bangun juga sama seperti itu agar ritma biologikal kita tidak terjejas.
Selamat menempuh peperiksaan. Yes, you surely can … InsyaAllah.
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment