Sebuah berita dari Afghanistan melaporkan bahawa pejuang Taliban telah menangkap seorang petani tempatan dan mengorek keluar biji matanya hingga tertanggal. Akibatnya petani tersebut yang bernama Sayed Ghulam menjadi buta. Laporan berkenaan menjadi berita hangat dan disiarkan oleh berbagai akhbar terutamanya di Barat. Sekali baca memang apa yang dilakukan mereka nampak kejam. Dan begitulah gaya berita yang disiarkan oleh pemberita Barat. Namun menurut pihak Taliban petani malang tersebut menjadi agen Amerika dan dituduh khianat kepada perjuangan pihak Taliban. Kita tidak tahu apakah kedudukan sebenar tuduhan tersebut dan bagaimana sistem perundangan di negara itu ketika ini. Apa yang pasti petani Sayed Ghulam hilang nikmat penglihatan buat selama-lamanya.
Petikan berita yang dimaksudkan
Membaca berita tersebut mengingatkan kembali tentang peristiwa sama yang pernah berlaku pada zaman pemerintahan Abbasiah. Dalam sejarah Abbasiah terdapat dua khalifah yang telah mengalami peristiwa yang serupa. Dua Khalifah yang malang itu ialah al-Qahir dan al-Muttaqi. Khalifah al-Qahir mula naik takhta pada tahun 932M dan sempat memerintah dua tahun sahaja. Pada tahun 934M mata beliau telah dibutakan oleh pesaingnya dan akhirnya meninggal dunia. Nasib yang serupa menimpa al-Muttaqi yang mula memerintah pada tahun 940M. Beliau diseksa hingga buta pada tahun 944 dan akhirnya meninggal dunia.
Kejam atau tidak peristiwa tersebut? Sejarah, persepsi dan kebenaran yang akan menentukannya. Namun sejauh mana kebenaran yang kita tahu ...
1 comment:
Salam..
Sangat menakutkan jika Malaysia akan tersenarai sebagai negara Islam berikutnya dijajah. Sebagai Muslim saya lebih rela mati jika Malaysia dijajah. Apa guna hidup jika melihat kekejaman terhadap keluarga kita. Marilah mempertahankan semua hak kita di bumi tercinta ini.
Pada pendapat saya negara kuasa besar bimbang menyerang Malaysia kerana wujudnya Indonesia yang melindungi kita.
Post a Comment