#45 Guru Hujung Dunia Says:
November 14th, 2008 at 12:36 am
Pencinta kat dunia ni memang ada masalah. Apakah masalah tersebut…..KESEMPURNAAN
Masing-masing tak dapat memenuhi 100% KEHENDAK pasangan masing-masing kerana memang TIADA MAKHLUK YANG SEMPURNA..
Apa yang dilihat CANTIK hari ini mungkin esok sudah HODOH…
Seorang PEMBELA pada hari semalam mungkin dianggap PEMUSNAH pada hari ini.
Semua ini dijadikan supaya kita TUNDUK dan kembali kepada KECINTAAN SUCI lagi universal iaitu CINTA KEPADA ALLAH dan RASUL.
CINTA KEPADA MAKHLUK ada SYARAT dan BATASAN dan TIADA JAMINAN
CINTA KEPADA ALLAH TANPA SYARAT tetapi TERJAMIN
CINTA KEPADA MAKHLUK mungkin syaratnya masih cantik di mata, bahasa yang indah di dengar, belum dilanda masalah mahupun belum muncul orang ketiga. Kemungkinan menjadi hamba kepada percintaan yang mengakibatkan terhina di dunia dan di akhirat
CINTA KEPADA ALLAH 24 jam/7 hari seminggu/366 hari setahun. Walaupun pernah berbuat dosa dan tidak jujur masih diterima .Malah mendapat kemuliaan semua makhluk yang melata di bumi mahupun di langit.
BERCINTALAH kepada manusia kerana Allah dan Rasul. Isteri atau suami itu satu amanah tetapi bukan milik kita 100%. Mungkin cinta dari mereka akan ditarik/dikurangkan tetapi Cinta dalam lubuk hati sanubari kita hanya Allah iaitu di dalam hati Lubuk Hati sanubari kita hanya Allah sahaja. Di situ tiada nama makhluk pun.
Apabila hati atau keseluruhan sel atau tisu badan milik kita dipenuhi dengan kecintaan kepada Allah sahaja, kecintaan kepada Makhluk bernama suami atau sang kekasih tidak didambakan sangat..
Guru Hujung Dunia reply on November 14th, 2008 3:11 am:
Salam..
Saya merasa amat simpati dengan saudara. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bagi saya apa-apa kenikmatan dunia ni tak semuanya dapat kita kecapi kesemuanya. Mungkin kita akan dapat sebahagiannya dan hilang sebahgiannya. Alangkah bahagianya melihat pasangan lain dikelilingi oleh anak-anak.
Saya pernah alami pada awal tahun yang lalu suatu keadaan yang amat teruk (anak accident hampir maut dan projek kehidupan yang gagal). Saya merasa amat ‘down’ ketika itu. Fikiran menjadi rungsing dan badan selalu ditimpa sakit serta demam. Ditakdirkan pula saya terpaksa ke KL untuk mengikuti kursus dan menginap di sebuah hotel di Jalan Tun Razak. Pagi tu saya menaiki LRT dan turun di SOGO. Dengan perasaan yang sedih dan langkah yang lemah (umpama mati sebelum mati) saya berjalan ke tempat berkursus di Medan Mara. Tiba-tiba satu pandangan yang amat luarbiasa iaitu seorang lelaki buta terkial-kial cuba melintas jalan di simpang lampu trafik. Begitu sukar bagi beliau namun wajah beliau masih menguntum senyuman (walaupun tidak dapat melihat mentari pagi dan keindahan bandaraya). MasyaAllah !! Tiba-tiba fikiran saya menjadi selapang-lapangnya, nafas saya menjadi panjang dan segar..Lantas saya menyebut Alhamdulillah berkali-kali. Badan saya berpeluh dan menjadi segar kembali. Ya sesuatu yang amat mudah (nikmat Allah) menjadi amat sukar bagi sesetengah orang lain yang lebih ‘malang’ hidupnya. Rupa-rupanya saya belum menghargai kehidupan ini !!
Satu TAULADAN dari Rasulullah SAW ialah yang ramai tidak sedar:
1. Baginda pernah menjalankan perkahwinan MONOGAMI iaitu dengan seorang isteri bernama Khadijah ra. sehingga akhir hayat isternya. Contoh tauladan seorang suami yang ber’monogami’ ditunjukkan di situ.
2. Baginda pernah BERPOLIGAMI iaitu dengan beberapa isteri sehingga akhir hayat baginda.
Buatlah pilhan dan Rasulullah SAW pernah tunjukkan ke dua-dua jalan. Namun ketika Sayidina Ali kwjh berkeinginan untuk berpoligami Rasulullah SAW minta beliau pertimbangkan memandangkan pengorbanan yang amat tinggi oleh Sayyiditina Fatimah RA
Zuriat bukan segala-galanya cuma apabila kita membandingkan diri kita dengan pasangan lain maka kekurangan itu cuba dipenuhi. Sayyid Qutb dan Sayyd Nursi pernah menolak pernikahan semata-mata untuk perjuangan. Mereka memandang lebih jauh..
Ulasan :
Umpama kaunselor rumah-tangga pulak. Tak mengapa. Sekali-sekala kerana cemburu melihat komen-komen dari orang lain.
No comments:
Post a Comment