Keputusan UPSR diumumkan sudah lama sebelum cuti sekolah yang lalu. Namun masih ada baki-baki ceritanya di akhbar. Saya kutip salah satu berita tersebut mengenai pencapaian sekolah di Mersing. Pencapaian 5A paling banyak ialah dari SK Sri Mersing seramai 16 calun. Seterusnya diikuti oleh SK Bandar Mersing (9 calun), SK Bandar Endau (6 calun), SK Sri Pantai (6 calun), SK Teluk Lipat (3 calun) dan SK Triang Endau (2 calun). Cuma itu saja yang disebutkan dalam berita tersebut.
Keseluruhannya terdapat 88 calun dari Daerah Mersing yang memperolehi 5A. Statistik itu meliputi sekolah Cina dan juga India (ada ke sekolah India ni?). Kemungkinan besarnya ramai dari mereka ini yang akan memasuki MRSM dan SMSSI kat Mersing tu.
Sebagai bandingan di JB pencapaian di SK Bandar Uda 2 sahaja ada 85 calun yang mendapat 5A. Itu sahaja dah menyamai bilangan seluruh Mersing. Selain itu SK Convent JB juga hampir sama ramai berjaya dapat 5A. Kedua-dua sekolah ini memang bersaing hebat tetapi Convent punya kelebihan kerana ia dah jadi sekolah kluster.
Sebuah blok baru sedang dibina di SK Bandar Uda 2
3 comments:
Saya rasa bertima kasih sangat atas data statistik perbandingan ini. Saya pernah berada di Bandar Baru Bangi dan prestasi akademik pelajar di sekolah persekitarannya juga tinggi.
Selama hampir 7 tahun saya di Mersing mendapati bahawa keupayaan cemerlang pelajara berkaitan dengan persekitarannya terutama peranan ibu bapa, budaya persekitaran, contoh-contoh yang baik dan lain-lain yang berkaitannya.
Terus-terang saya katakan di taman tempatsaya tinggal sekarang 90% kanak-kanak, remaja bersekolah dan juga bapa masih merayau-rayau di luar rumah bersembang, bermain basikal, berlepak digerai2 (utk melepaskan lelah bekerja). Tak ada suasana belajar dan rata-rata ibu bapa percaya yang anak-anak mereka boleh 'hidup' pd masa depan seperti mereka juga. Mereka percaya jika tanpa pelajaran tinggi tetapi berjaya menjadi kontraktor mereka boleh mendapat wang yang banyak juga. Oleh sebab itu jumlah kontraktor kelas F di Mersing amat tinggi berbanding projek yang ada. Para ibu bapa pada sebelah petangpun banyak yang melepak di kedai kopi atau mamak. Amak-anak dari kecil Tahun 1 pergi sekolah awal pagi dan pulang tengahari sebahagian besarnya tanpa penglibatan ibu bapa walhal kebanyakan mereka masih di rumah dan bukan bekerja sebagai pegawai kerajaan. Ada beberapa pemimpin kampung dan politik memberitahu saya yang Mersing adalah bandar yang paling makmur dan membangun (Hospital pun tanpa pakar, bilik bedah, ICU), longkang tak dicuci di taman saya dll). Kesedaran dan contoh adalah penting untuk kepercayaan pelajar untuk berjaya. Kebanyakan ibu-ibu (bapa macam tak pedulipun) hairan kenapa anak-anak saya masih minum susu walaupun anak saya telah berumur lebih 2 tahun). Begitulah mentaliti mereka. InsyaAllah akan berubah dalam masa 10 tahun lagi. Guru-guru bekerja kuat malah lebih lagi setanding guru-guru semasa di Melaka. Tetapi sambutan pelajar kurang dan feedback yang saya dapati pelajar2 di sini tak mampu terima knowledge yang banyak dan kurang mampu menguruskan pelajarn dengan baik. Fokus juga kurang.Wallahua'lam
..Merayau-rayau tadi maksud saya pada waktu malam persekolahan. Tuan datanglah ke sini pada waktu malam untuk melihat statistik ramainya bapa berlepak di gerai, restoren, pondok bas dan bilangan pelajar di luar rumah malah ibu-ibu pun suka berkumpul bersembang di luar rumah kecuali hari hujan !!
Alhamdulillah, keberadaan MRSM, sekolah lain, termasuk institut latihan di Mersing memberikan pencahayaan baru kepada anak-anak muda. Dedahkan mereka dengan keluasan benua, rapatkan mereka dari jurang pautan manusia. Maka target GHD dalam 10 tahun itu insyaAllah beroleh singkat dari yang disangka.
Semoga, MRSM lebih memperkasakan aktiviti sosial bersama sekolah lain dan mengeratkan silaturrahim. Terutamanya kepada sekolah rendah. Bermula rebung untuk dilentur, kan?
Post a Comment